Ahmad Shah Hussein Tambakau
YBhg Datuk Ahmad Shah Datuk Hussein Tambakau PGDK, BSK (Sabah) | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia | |
Dalam jawatan 20 Julai 2018 – 2 Ogos 2020 | |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin (2020) Mahathir Mohamad (2018-2020) |
Menteri | Nancy Shukri (2020) Mohammadin Ketapi (2018-2020) |
Didahului oleh | Ng Yen Yen |
Digantikan oleh | Dato’ Seri Ramlan Ibrahim |
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Dalam jawatan 1983–1986 | |
Didahului oleh | Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Zulhasnan Rafique |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Keningau, Sabah | |
Dalam jawatan 1982–1986 | |
Didahului oleh | Stephen Robert Evans |
Digantikan oleh | Joseph Pairin Kitingan |
Butiran peribadi | |
Parti politik | WARISAN (2020-kini) PKR (2018-2020) PR-PKR BERJAYA (1990) BERJAYA (-1990) |
Pasangan | Datin Jeanette Tambakau |
Anak-anak | Kaiyeesha Tambakau |
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Berbahagia Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau adalah Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia[1] yang telah dilantik pada 20 Julai 2018[2] lalu. Beliau juga adalah mantan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan[3] dan mantan Ahli Parlimen Keningau, Sabah.
Politik
Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Keningau, Sabah untuk satu penggal dari 1982-1986 lalu. Kemudian, beliau telah digantikan oleh Joseph Pairin Kitingan yang memenangi kerusi tersebut pada tahun 1986.
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau telah bertanding di kerusi DUN Bingkor, Sabah atas tiket PKR yang ketika itu dalam Pakatan Rakyat.[4] Dalam pertandingan 4 penjuru tersebut, beliau telah tewas dan kerusi tersebut telah dimenangi oleh Jeffrey Kitingan, adik kepada Joseph Pairin Kitingan.
Selepas politik
Setelah Pakatan Harapan memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohammadin Ketapi telah melantik beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia).[5]
Keluarga
Beliau adalah anak kepada Datuk Hussein Tambakau dari Sabah.