Aksaray malaklısı

Aksaray malaklısı
Nama lainMalaklı karabaş, mastif Turki, singa Anatolia, anjing gembala Turki
Negara asalTurki
Trait
Berat Jantan 65–85 kilogram (143–187 lb)
Betina 60–70 kilogram (130–150 lb)
Tinggi Jantan 75–85 sentimeter (30–33 in)
Betina 70–80 sentimeter (28–31 in)
Bulu pendek
Warna pinto, grizzly, dan brindle
Saiz perinduk sekitar 10 ekor
Jangka hayat 13–15 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Aksaray malaklısı[a] atau malaklı karabaş ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan besar dari Wilayah Aksaray di Anatolia tengah, sebahagian daripada Turki.[1][2][3] Ia juga dikenali sebagai mastif Turki atau singa Anatolia.[4]

Baka ini telah menjadi anjing penjaga haiwan ternakan yang semakin popular di seluruh dunia.[5] Ia diiktiraf oleh Persekutuan Anjing Turki.[6]

Sejarah

Aksaray di Turki

Aksaray malaklısı dinamai sempena Wilayah Aksaray di Anatolia Tengah. Di sana, tradisi lisan melaporkan bahawa ia dibawa oleh orang Sumeria pada 3,500 tahun lalu.[4] Persatuan Penambahbaikan Baka Aksaray Malaklısı mendakwa bahawa baka ini ialah salah satu yang tertua di dunia, dengan sejarah berusia 3,500 tahun di Anatolia.[4] Menurut tradisi lisan, Aksaray malaklısı telah digunakan sebagai anjing perang oleh orang Asyur pada 2,500 tahun lalu.[4]

Analisis genetik telah menunjukkannya sebagai baka berbeza daripada baka-baka anjing penjaga haiwan ternakan lain Turki, termasuk anjing gembala Kangal, akbash, dan anjing Kars.[3][6]

Bahagian "malaklı(sı)" dalam nama baka dikatakan disebabkan oleh rahang berayunnya.[2][3]

Ciri

Penampilan

Profil sisi seekor Aksaray malaklısı

Aksaray malaklısı biasanya berdiri setinggi 70–85 sentimeter (28–33 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 60–85 kilogram (132–187 lb),[6] dengan panjang tubuh kira-kira 79–83 sentimeter (31–33 in).[1] Ia biasanya berwarna kelabu dengan topeng hitam; lapis bulunya pendek. Kepala dan telinganya besar, gelambirnya berayun, dan ekornya lurus.[1][2][3]

Tingkah laku

Anjing ini hanya mematuhi perintah daripada tuannya dan dapat menjadi agresif dengan orang lain. Ia biasanya tidak mentoleransi kerja dengan anjing lain yang sejantina.[3]

Kesihatan

Jangka hayatnya ialah 13–15 tahun.[3]

Kegunaan

Aksaray malaklısı digunakan di tanah airnya untuk melindungi kawanan biri-biri daripada pemangsa, terutamanya serigala. Sepasang Aksaray malaklısı, sentiasa seekor jantan dan seekor betina, dapat melindungi kira-kira 700–800 ekor biri-biri.[3]

Ia juga telah mendapat kepopularan sedunia sebagai anjing penjaga rumah.[7]

Persatuan Penambahbaikan Baka Aksaray Malaklısı (AKMID) telah mendakwa baka ini digunakan sebagai anjing perang oleh orang Asyur pada lebih daripada 2,500 tahun lalu.[4]

Catatan

  1. ^ Jawi: اکساراي مالکلىسىcode: ms is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b c Oğrak, Yusuf Ziya; Öztürk, Nurşen; Akın, Dilara; Özcan, Mustafa (31 Disember 2018). "Comparison various body measurements of Aksaray Malakli and Kangal Dogs" [Perbandingan pelbagai ukuran badan bagi Aksaray malaklısı dan anjing Kangal]. Journal of Istanbul Veterinary Sciences (dalam bahasa Inggeris). Dewan Doktor Bedah, Istanbul. 2 (3): 86–91. doi:10.30704/http-www-jivs-net.462546. ISSN 2602-3490. S2CID 92554048.
  2. ^ a b c Büyükleblebici, Olga (12 Oktober 2019). "Determination of Some Serum Biochemical Parameters of Aksaray Malakli Breed of Turkish Shepherd Dog" [Penentuan Sesetengah Parameter Biokimia Serum bagi Baka Anjing Gembala Turki Aksaray Malaklısı]. Turkish Journal of Agriculture - Food Science and Technology (dalam bahasa Inggeris). Turkish Science and Technology Publishing. 7 (10): 1678–1681. doi:10.24925/turjaf.v7i10.1678-1681.2806. ISSN 2148-127X. S2CID 204914784.
  3. ^ a b c d e f g Aslım, Gökhan; Sinmez, Çağrı Çağlar (September 2017). "Breeding Aksaray Malaklısı in folklore of Aksaray Province" [Pembiakbakaan Aksaray malaklısı dalam folklor Wilayah Aksaray]. Eurasian Journal of Veterinary Sciences (dalam bahasa Inggeris). Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Saljuk. 33 (3): 148–157. doi:10.15312/EurasianJVetSci.2017.151.
  4. ^ a b c d e "Turkey's Aksaray Malaklısı used by Assyrians as war dog 2,500 years ago, breeders association says" [Aksaray malaklısı Turki digunakan oleh orang Asyur sebagai anjing perang 2,500 tahun lalu, kata persatuan pembiak baka]. Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). 4 Ogos 2019. Dicapai pada 2 April 2024.
  5. ^ "China's han sheep under protection of Turkish mastiffs" [Biri-biri Han China dalam perlindungan mastif Turki]. Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). 14 September 2019. Dicapai pada 2 April 2024.
  6. ^ a b c "Malaklı" [Malaklı]. Persekutuan Anjing Turki (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  7. ^ "Turkey's Aksaray Malaklısı guard dog enjoys worldwide popularity" [Anjing pengawal Aksaray malaklısı' Turki nikmati kepopularan sedunia]. Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Turki
Turki
  • l
  • b
  • s
  • = Diturunkan daripada anjing penjaga haiwan ternakan dan berkait rapat dengan anjing penjaga haiwan ternakan, tetapi secara tradisional digunakan dalam peranan lain