Akta Pewarisan Mahkota 2013
Parlimen United Kingdom | |
Tajuk panjang | Suatu Akta untuk membuat pewarisan Mahkota tidak bergantung pada jantina; membuat peruntukan tentang Perkahwinan Diraja; dan untuk tujuan berkait. |
---|---|
Petikan | 2013 c. 20 |
Diperkenalkan oleh | Nick Clegg |
Tarikh | |
Perkenan diraja | 25 April 2013 |
Berkuatkuasa | 26 Mac 2015[1] |
Status: Undang-undang semasa | |
Sejarah laluan melalui Parlimen | |
Teks undang-undang seperti yang asalnya digubal |
Akta Pewarisan Takhta 2013 (bahasa Inggeris: Succession to the Crown Act 2013code: en is deprecated ) (c. 20) ialah suatu Akta Parlimen United Kingdom yang mengubah undang-undang pewarisan takhta British selaras dengan Perjanjian Perth 2011.[2] Akta ini memansuhkan Akta Perkahwinan Diraja 1772, menggantikan pewarisan putera sulung dengan pewarisan anakanda sulung mutlak bagi yang diputerakan dalam susur galur pewarisan selepas 28 Oktober 2011, yang bermaksud paduka anakanda sulung, tanpa mengira jantina, akan mendahului paduka-paduka adindanya. Akta ini juga menamatkan ahli kerabat yang mengahwini penganut Roman Katolik tidak dibenarkan daripada susur galur pewarisan, dan membuang syarat bagi yang di luar enam ahli kerabat pertama dalam susur galur takhta memohon limpah perkenan Raja Pemerintah untuk berkahwin. Ia berkuat kuasa pada 26 Mac 2015,[1] pada masa sama dengan alam Komanwel yang lain melaksanakan Perjanjian Perth dalam undang-undang masing-masing.[3]
Catatan
Lihat juga
- Pemerintahan beraja United Kingdom
- Akta Pewarisan Diraja 2013, penggubalan undang-undang New Zealand melaksanakan Perjanjian Perth.
- Rang Undang-undang Persamaan (Gelaran), penggubalan undang-undang UK yang berkaitan pewarisan pewaris perempuan kepada gelaran dan bangsawan turun-temurun
Rujukan
Pautan luar
- Full text of the Act
- Full text of the bill as introduced to the House of Commons
- Research paper by the House of Commons Library