Alenia Aermacchi M-346 Master

M-346 Master
Sebuah M-346FA membawa peluru berpandu udara ke udara AIM-9 tiba di Royal International Air Tattoo 2017.
Peranan Pesawat tempur ringan dan pesawat latihan.
National origin Itali
Pengeluar Alenia Aermacchi
Leonardo S.p.A.
Penerbangan sulung 15 Julai 2004
Pengenalan September 2015
Status Dalam perkhidmatan
Pengguna utamas Tentera Udara Itali
Tentera Udara Israel
Tentera Udara Poland
Tentera Udara Republik Singapura
Dikeluarkan 2004–kini
Dibangunkan daripada Yakovlev-Aermacchi Yak/AEM-130

Aermacchi M-346 Master adalah sebuah pesawat serangan ringan dan pesawat latihan berenjin kembar. Asalnya ia dibangunkan secara bersama dengan Yakovlev sebagai Yak/AEM-130, bagaimanapun kerjasama ini dibubarkan pada tahun 2000. Alenia Aermacchi kemudian membangunkan secara bersendirian M-346 Master, sementara Yakolev meneruskan kerja-kerja pembangunan Yakovlev Yak-130. Penerbangan sulung M-346 dilakukan pada tahun 2004. Pesawat ini kini digunakan oleh tentera udara di Itali, Israel, Singapura, Greece, Turkmenistan dan Poland. Sejak tahun 2016, pengeluar adalah Leonardo-Finmeccanica setelah Alenia Aermacchi bergabung dan membentuk Finmeccanica baharu, sebelum akhirnya dijenamakan semula sebagai Leonardo pada tahun 2017.[1]

Pembangunan

Latar belakang

Pada tahun 1992, Aermacchi telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Yakovlev untuk menyediakan sokongan teknikal dan kewangan bagi membangunkan sebuah pesawat latihan baharu yang mana telah dibangunkan sejak tahun 1991 untuk Tentera Udara Rusia dalam persaingan dengan Mikoyan MiG-AT. Aermacchi juga memperolehi hak untuk mengubah dan memasarkan pesawat ini ke negara-negara Barat.[2] Penerbangan sulung ini berjaya dilakukan pada tahun 1996 dan dibawa ke Itali pada tahun berikutnya bagi mengantikan pesawat MB-339 yang telah usang. Pada ketika ini, pesawat ini dipasarkan sebagai Yak/AEM-130. Pada Februari 1996, Rusia menyediakan dana awal untuk Yak/AEM-130 dan berjanji untuk membeli sehingga 200 buah pesawat untuk kegunaan Tentera Udara Rusia.[3]

Pada Oktober 1998, laporan mengatakan bahawa kerjasama ini menjadi usaha diketuai oleh Itali di sebabkan kekurangan sokongan dana di pihak Rusia.[4] Menjelang Julai 2000, Aermacchi memegang kepentingan sebanyak 50% dalam program pembangunan, manakala Yakovlev dan Sokol masing-masing sebanyak 25%.[5] Pada pertengahan-2000, pengumuman dibuat bahawa perbezaan keutamaan antara dua buah firma, dan kekurangan sokongan dana daripada pihak Rusia, telah mengakhiri kerjasama ini dan setiap firma akan meneruskan pembangunan pesawat secara berasingan; Yakovlev telah menerima dokumen teknikal pesawat bernilai AS$77 juta.[6][7] Yakovlev mampu menjual Yak-130 kepada negara-negara dalam Commonwealth of Independent States, India, Slovakia dan Algeria, manakala Aermacchi akan menjual M-346 kepada negara-negara NATO.[6]

M-346 adalah sebuah versi yang melalui program ubahsuai yang besar dan dibangunkan dalam satu program kerjasama. Ia menggunakan peralatan daripada negara-negara Barat, seperti sistem kawalan penerbangan digital yang dibangunankan secara usahasama oleh Teleavio, Marconi Italiana dan BAE Systems.[7] Pada Julai 2000, Aermacchi telah memilih enjin kipas turbin Honeywell F124 untuk mengantikan enjin asal, Lotarev DV-2S.[5][8] Pada tahun 2004, satu kontrak untuk membangunkan sebuah penyelaku misi penuh untuk pesawat M-346 telah dianugerahkan kepada CAE.[9] Kontrak produksi lanjut untuk penyelaku misi penuh keluaran CAE telah dikeluarkan.[10]

Penerbangan

Pada 7 Jun 2003, prototaip M-346 pertama dikeluarkan; ujian darat dibuat tidak lama selepasnya. Pada 15 Julai 2004, prototaip pertama melakukan penerbangan sulungnya.[11]

Pada Januari 2005, Kementerian Pertahanan Greece menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk menjadi rakan di dalam program ini, diikuti dengan perjanjian kerjasama industri antara Aermacchi dan Hellenic Aerospace Industry pada tahun 2006.[12] Pada Mac 2008, ENAER daripada Chile menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Alenia Aermacchi di Pertunjukan Udara FIDAE.[13]

Prototaip 002, M-346 di Pertunjukan Udara Le Bourget, 2005

Pada 10 April 2008, pesawat produksi awal berskala rendah (LRIP-00) pertama, dikeluarkan dalam konfigurasi akhir (giar pendaratan baharu dan brek udara, lebih banyak bahagian komposit).[14] Pada 18 Disember 2008, Aermacchi telah mengumumkan bahawa M-346 telah mencapai halaju maksimum Mach 1.15 (1,255 km/j, 678 knot, 780 bsj), mendakwa ia merupakan percapaian pertama bagi pesawat buatan Itali yang melepasi had halaju bunyi dalam masa 50 tahun.[15]

Pada Mei 2008, Boeing menandatangani satu Memorandum Persefahaman untuk berkerjasama dalam pemasaran jualan, latihan dan sokongan untuk dua buah pesawat latihan Aermacchi, M-346 dan M-311.[16]

Pada 20 Jun 2011, satu Persijilan Jenis Ketenteraan telah diberi kepada Alenia Aermacchi bagi pesawat M-346 Master oleh "General Directorate" untuk Persenjataan Aeronautikal dari Kementerian Pertahanan Itali di Rome. Sepanjang proses persijilan, pesawat pembangunan M-346 melakukan 180 ujian penerbangan, melengkapkan 200 penerbangan untuk lima bulan sebelumnya, di mana 3,300 titik ujian telah disiapkan.[17]

Pembangunan lanjut

Dalam peranan sebagai jet latihan lanjut, model asal M-346 tidak dipersenjatai; bagaimanapun pada bulan November 2015, laporan mengatakan bahawa Alenia Aermacchi hampir memuktamadkan sebuah versi dual-peranan dengan keupayaan tempur.[18] Pada akhir tahun 2017, satu siri ujian bersenjata yang melibatkan peluru berpandu AIM-9L dilakukan.[19][20] Pada tahun 2015, sebuah versi bersenjata dengan designasi sebagai M-346 LCA (Light Combat Aircraft), telah ditawarkan kepada Poland; ia dilaporkan termasuk keupayaan untuk menggunakan peluru berpandu udara ke darat Brimstone.[18][21]

Versi bersenjata masih dalam pembangunan, designasi sebagai M-346FA. Pesawat pra-siri pertama diterbangkan daripada lapangan terbang Venegono pada bulan Julai 2020.[22]

Pada Februari 2016, syarikat yang baharu dibentuk iaitu Leonardo-Finmeccanica telah mempromosikan Aermacchi M346 dalam dua peranan: latihan iringan dan pertempuran udara. Bagi memastikan replikasi yang lebih baik dalam keupayaan penerbangan dan tingkah laku pelbagai pesawat musuh, kedua-dua daya-G dan sudut serangan secara dipilih secara bebas di dalam sistem kawalan penerbangan; para pelanggan sedia ada dilaporkan telah menyatakan bahawa jenis ini memenuhi peranan sebagai pesawat musuh.[23] Leonardo telah menawarkan M-346 untuk peranan "Companion Training and Adversary/Red Air".[24][25]

Pada Januari 2021, menteri pertahanan daripada Israel dan Greece telah mengumumkan rancangan untuk mewujudkan satu perjanjian keselamatan bernilai $1.68 termasuk pembelian 10 buah M-346 dan penubuhan operasi sekolah penerbangan untuk Tentera Udara Greece oleh Elbit Systems, termasuk cadangan penyelaku, latihan dan sokongan logistik.[26]

Sejarah operasi

Tentera Udara Itali

M-346 di RIAT 2009

Pada tahun 2007, laporan menyatakan bahawa Tentera Udara Itali ingin memperolehi sekumpulan 15 buah pesawat M-346.[27] Pada 18 Jun 2009, Alenia Aermacchi telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima satu pesanan untuk 6 buah pesawat dengan pilihan tambahan untuk 9 buah.[28] Pada September 2015, Tentera Udara Itali memulakan kursus latihan pertama mereka dengan menggunakan pesawat latihan M-346.[29] Pada Mac 2016, Finmeccanica telah menandatangani satu kontrak bernilai lebih 300 juta Euro dengan Kementerian Pertahanan Itali untuk 9 buah pesawat M-346, menjadikan jumlah yang dipesan oleh Itali sebanyak 18 buah.[30]

Pada Februari 2018, Tentera Udara Itali telah menerima pesawat M-346 ke-18, menamatkan program pembeliannya.[31] Pada tahun 2019, 4 buah pesawat M-346 telah diserahkan kepada Sekolah Latihan Penerbangan Antarabangsa Tentera Udara Itali/Leonardo (IFTS) yang baru dibentuk di Pangkalan Udara Galatina.[32]

Tentera Udara Republik Singapura

Pada Julai 2010, M-346 telah dipilih oleh Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) untuk mengantikan ST Aerospace A-4SU Super Skyhawks dalam peranan latihan jet lanjutan (AJT), yang berpangkalan di Pangkalan Udara Cazaux BA 120 Perancis.[33][34] Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Singapura pada 28 September 2010, ST Aerospace telah dianugerahkan kontrak untuk membekalkan 12 buah M-346 dan sistem latihan di darat bagi pihak RSAF. Seperti termaktud di dalam kontrak, ST Aerospace bertindak sebagai kontraktor utama dalam sektor penyelenggaraan pesawat selepas diserahkan oleh Alenia Aermacchi sementara Boeing akan menyediakan sistem latihan.[35][36][37] RSAF merupakan pelanggan eksport pertama bagi pesawat ini.[23]

Tentera Udara Israel

Pada 16 Februari 2012, M-346 telah dipilih oleh Tentera Udara Israel (IAF) dalam satu perjanjian pertukaran, di mana Israel akan membina sebuah satelit pengawasan dan sistem AWAC[38] sebagai balasan kepada Itali yang akan membekalkan pesawat.[39][40] Ia akan dioperasikan sebagai pesawat latihan utama Israel untuk mengantikan pesawat McDonnell Douglas A-4H/N Skyhawk, yang mana telah digunakan lebih daripada 40 tahun.[41][42] Pada 19 Julai 2012, satu kontrak telah ditandatangani antara Alenia Aermacchi dan Kementerian Pertahanan Israel untuk membekalkan 30 buah M-346, dengan penghantaran pertama dijangka pada pertengahan tahun 2014.[43] Tentera Udara Israel telah mengumumkan pada 2 Julai 2013 bahawa pesawat ini akan dikenali sebagai Lavi, menggunakan semula nama yang telah diberi kepada program pesawat IAI Lavi yang telah dibatalkan.[44] Pesawat M-346 pertama untuk IAF telah dirasmikan dalam satu majlis di kilang Alenia Aermacchi yang terletak di Venegono Superiore pada 20 Mac, 2014.[45]

Tentera Udara Poland

Pada 23 Disember 2013, laporan menyebut bahawa Poland telah memilih M-346 untuk memenuhi keperluan jet latihan lanjut negara itu.[46] Satu kontrak untuk lapan buah pesawat telah ditandatangani pada 27 Februari 2014.[47] Dua buah pesawat pertama M-346 tiba di Dęblin pada bulan November 2016.[48] Pesawat ini pada awalnya tidak diterima secara rasmi di sebabkan tidak memenuhi spesifikasi kontrak.[49] Tarikh akhir penghantaran asalnya adalah pada bulan November 2016, akan tetapi kelewatan bermakna penghantaran dan penerimaan tidak akan selesai sehingga 22 Disember 2017.[50]

Pada Disember 2017, Kementerian Pertahanan Negara Poland telah mengumumkan bahawa ia menuntut penalti kewangan daripada Leonardo berjumlah hingga 100 juta zlotys (A.S. $28 juta) berkaitan dengan kelewatan ini. Selain itu, kementerian juga mendakwa bahawa M-346 tidak berupaya penuh dalam simulasi beberapa sistem persenjataan untuk tujuan latihan.[51] Pada 19 November 2018, Divisyen Pesawat Leonardo bersama dengan Elbit Systems menyelesaikan penghantaran Penyelaku Misi Penuh (FMS) dan Peralatan Latihan Penerbangan (FTD) untuk pesawat M346 kepada Tentera Udara Poland (PLAF). Jadual asal ia sepatutnya dilengkapkan menjelang bulan November 2016.[52]

Pada Mac 2018, Poland telah menandatangani kontrak untuk tambahan empat buah M-346 dan pakej sokongan, selain pilihan untuk tambahan empat buah pesawat lagi dan pakej sokongan.[53][54] Pada Disember 2018, Poland menandatangani tambahan empat buah pesawat, selain pakej naik taraf untuk lapan buah pesawat sedia ada. Penghantaran dan kerja naik taraf untuk 16 buah M-346 dijangka akan berlanjutan sehingga tahun 2022.[55][56]

Tentera Udara Amerika Syarikat

T-100 di Pertunjukan Udara Farnborough, 2018

Alenia Aermacchi telah menghantar M-346 untuk bersaing dalam program T-X untuk Tentera Udara Amerika Syarikat bagi menggantikan Northrop T-38 Talon, dijenamakan semula sebagai Leonardo DRS T-100 Integrated Training System. Asalnya, Alenia berniat untuk menjadi kontraktor utama, dan akan memindahkan lokasi pemasangan akhir daripada Itali ke Amerika Syarikat sekiranya bidaan mereka berjaya Sekita 350 buah pesawat dijangka akan dipesan, dengan pembelian seterusnya sehingga lebih 1,000 buah akan dibeli.[57] Pada Januari 2013, Alenia Aermacchi menandatangai satu surat niat dengan General Dynamics C4 Systems, yang mana berniat untuk menjadi kontraktor utama dalam bidaan T-X; bagaimanapun, General Dynamics mengumumkan bahawa mereka menarik diri pada Mac 2015.[58][59] Pada 1 Januari, 2016, Alenia Aermacchi telah diserap ke dalam Leonardo S.p.A. Pada Februari 2016, ia telah mengumumkan bahawa Raytheon, akan bertindak sebagai kontraktor utama, berkerjasama dengan Leonardo untuk menawarkan versi termaju M-346 dalam program T-X yang dikenali dengan T-100.[60]

Pada 25 Januari 2017, Raytheon telah mengumumkan bahawa ia telah menarik diri sebagai kontraktor utama dan rakan kongsi Amerika dalam persaingan T-X.[61] Salah satu alasan di sebabkan oleh kos seunitnya: di mana kos pembuatan M-346 pada harga $25 juta, akan tetapi Raytheon mahukan Leonardo untuk menurunkan sehingga 30%.[62] Pada 8 Februari 2017, Leonardo mengesahkan bahawa ia akan kekal dalam persaingan T-X secara bersendirian, bersama-sama Leonardo DRS, anak syarikatnya di Amerika, yang akan bertindak sebagai kontraktor utama.[63] Pada September 2017, pengumuman dibuat bahawa program T-X telah memilih Boeing T-7 Red Hawk.[64]

Lain-lain

Argentina

Pada Oktober 2016, Tentera Udara Argentina juga telah menilai M-346 sebagai sebuah pesawat tempur berpotensi untuk mengantikan Dassault Mirage III dan Mirage 5 yang mana telah dibersarakan pada tahun 2015, selain Douglas A-4AR yang masih digunakan dalam perkhidmatan dengan keupayaan terhad. Argentina dispekulasikan berminat antara 10 hingga 12 buah pesawat.[65]

Azerbaijan

Pada 20 Februari 2020, presiden Azerbaijan mengumumkan bahawa negara itu akan membeli M-346 dalam jumlah yang tidak didedahkan. Tentera Udara dan Pertahanan Udara Azerbaijan mempunyai keperluan untuk mengantikan pesawar era Soviet iaitu Mikoyan MiG-29, Sukhoi Su-25, dan Aero L-39 Albatros.[66] Jumlah pesawat yang akan dibeli adalah antara 10 hingga 25 (10 buah dengan pilihan tambahan 15 buah).[67] Para pemimpin tentera Azerbaijan juga menimbang Yak-130 untuk tujuan latihan tetapi telah memilih M-346 meskipun lebih mahal di sebabkan berat yang lebih ringan, manuver yang lebih baik dan masalah dalam pengeluaran enjin bagi pesawat Yak-130.[67]

UAE

M-346 dinamakan sebagai pemenang oleh Emiriah Arab Bersatu di pertunjukan pertahanan IDEX 2009 bertempat di Abu Dhabi pada 25 Februari 2009.[68] Pegawai mengatakan bahawa pesanan ini melibatkan penghantaran 48 buah pesawat yang akan digunakan dalam tugas-tugas latihan dan serangan ringan. Satu permohonan untuk cadangan akhir pada tahun 2010 telah menetapkan keperluan untuk 20 buah pesawat latihan, 20 buah untuk tugas tempur dan selebihnya untuk penubuhan pasukan aerobatik. Bagaimanapun menjelang bulan Januari 2010, rundingan untuk menandatangani satu kontrak telah dilaporkan tergantung ekoran isu spesifikasi.[69] Pada 18 November 2011, prototaip pesawat yang mana dipamerkan di Pertunjukan Udara Dubai, terhempas selepas berlepas daripada Dubai untuk kembali ke Itali.[70]

The Advance European Pilot Training (AEPTJ) program – unofficially called Eurotraining – a consortium of 12 European nations to give advance & lead-in fighter training with a common core course and training provided by a common aircraft – has contacted Alenia Aermacchi through the European Defence agency in 2010, for further information on the M-346.[71] In May 2013, Alenia Aermacchi announced that the AEPTJ held a low priority for the firm and that "...progress has been slow."[72]

Pada 11 Mei 2013, sebuah M-346 yang digunakan oleh Alenia telah terhempas berdekatan dengan kampung di Piana Crixia, Val Bormida, terletak antara wilayah Cuneo dan Savona, Itali semasa dalam ujian penerbangan. Juruterbang berjaya melenting keluar dan menyelamatkan diri, tetapi mengalami beberapa kecederaan serius selepas melompat daripada pokok apabila payung terjun beliau terbelit.[73] Penggunaan pesawat jenis ini dihentikan selama lebih tiga bulan kerana menunggu keputusan siasatan kemalangan ini[74]

Pada Julai 2021, Leonardo menghantar satu cadangan kepada Suruhanjaya Pasukan Pertahanan Ireland untuk M-346FA dijadikan sebagai sebuah pesawat latihan lanjut dan tempur pelbagai peranan ringan kepada Kor Udara Ireland. Suruhanjaya ini mempunyai beberapa tugasan, termasuk menentukan keperluan keupayaan masa depan bagi Pasukan Pertahanan Ireland. Pada masa sekarang, Kor Udara Ireland mempunyai keupayaan tempur udara yang sangat terhad dengan kehadiran lapan buah pesawat serangan ringan/latihan, Pilatus PC-9M. M-346FA mungkin menjadi pilihan murah berbanding pesawat pejuang yang lebih mahall dan menjadi pesawat tempur pertama Ireland semenjak perbersaraan enam buah pesawat Fouga CM.170 Magister pada tahun 1999. Sebagai perbandingan dengan keupayaan tempur udara Ireland terkini, perolehan M-346FA boleh dianggap sebagai satu lonjakan, dengan pengenalan ciri-ciri seperti peluru berpandu udara ke udara dan radar di dalam pesawat.[75]

Versi

Versi pelbagai peranan M-346FT pada 2016
Versi pelbagai peranan M-346FA pada 2017
M-346
Designasi untuk versi asas.
T-346A
Designasi ketenteraan Itali bermula pada tahun 2012 untuk M-346.[76]
M-346LCA (Pesawat Tempur Ringan)
Versi bersenjata yang ditawarkan kepada Poland untuk menggantikan pesawat Su-22.[21] Designasi ini tidak lagi digunakan.[24]
M-346FT (Latihan Pejuang)
Versi pelbagai peranan yang boleh ditukar antara operasi latihan dan tempur. Ciri-ciri baharu termasuk sistem pautan data taktikal terbaru dan keupayaan persenjataan yang berbeza, tetapi tidak termasuk perubahan fizikal kepada perkakasan.[77]
M-346FA (Serangan Pejuang)
Versi pelbagai peranan dengan kemampuan pertempuran udara ke udara dan udara ke permukaan dengan muatan sebanyak 3 tan pada 7 buah tenggekannya, radar Grifo-M346 [24] termaju, ciri-ciri tindak balas dan halimunan termasuk grid masuk enjin dan lapisan menyerap radar pada bahagian kanopi dan sisi sayap. Ia dipasarkan sebagai pesawat serangan ringan yang juga sesuai digunakan untuk tujuan latihan pencerobohan dan iringan. Pesawat ini telah didedahkan pada 18 Jun, 2017, dalam satu pameran statik pada tahun sama di Pertunjukan Udara Paris. Pesawat ini dipasarkan untuk tujuan eksport ke negara-negara Amerika Selatan dan Asia Timur dan didakwa boleh melaksanakan misi-misi operasi pada kos yang jauh lebih rendah berbanding pesawat pejuang lain.[78][79][80][81]
T-100
Designasi yang digunakan dalam program T-X untuk Tentera Udara Amerika Syarikat.[57]
M-346N ITS
Cadangan pesawat latihan jet lanjutan berpangkalan di atas kapal pengangkut pesawat untuk Tentera Laut Amerika Syarikat dalam persaingan Undergraduate Jet Training System (UJTS) untuk menggantikan T-45 Goshawk. "ITS" bermakna "Integrated Training System". Leonardo bekerjasama dengan Textron Aviation. Ia bersaing dengan Lockheed Martin-KAI TF-50N dan versi tentera laut daripada Boeing-Saab AB T-7 Red Hawk.[82][83]

Pengguna

Pengguna M-346 (dalam warna biru)
 Azerbaijan
 Yunani
 Israel
 Itali
  • Tentera Udara Itali – 18 buah dengan designasi T-346A, penghantaran disudahkan pada Februari 2018.[31]
  • International Flight Training School (dioperasikan oleh Tentera Udara Itali dan Leonardo) – 4 buah telah diserahkan setakat Mei 2020.[90][91]
 Nigeria
  • Tentera Udara Nigeria – 12 M-346FA telah dipesan (+ 12 buah pilihan tambahan).[92] Perjanjian ini dilaporkan bernilai $1.2 billion untuk 24 buah pesawat M-346.[93]
 Poland
 Qatar
 Singapura
 Turkmenistan
  • Tentera Udara Turkmenistan – 4 buah M-346FA dan 2 buah M-346DR/FT telah dipesan[86][100]

Spesifikasi (M-346)

Projeksi orthografi pesawat Alenia Aermacchi M-346 Master
Projeksi orthografi pesawat Alenia Aermacchi M-346 Master
Video sebuah M-346 dalam penerbangan, 2011
Sebuah M-346 at "Giornata Azzurra" 2006 di Pratica di Mare AFB, Itali

Data dari Alenia Aermacchi;[101] Leonardo[102][103]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 2
  • Panjang: 11.49 m (37 ka 8 in)
  • Rentang sayap: 9.72 m (31 ka 11 in)
  • Tinggi: 4.76 m (15 ka 7 in)
  • Luas sayap: 23.52 m2 (253.2 ka2)
  • Berat kosong: 4,900 kg (10,803 lb)
  • Berat kasar: 6,700 kg (14,771 lb)
  • Berat berlepas maks: 9,600 kg (21,164 lb) versi latihan[104]
  • Kapasiti bahan api: 2,000 kg (4,409 lb) tangki dalaman
  • Janakuasa: 2 × Honeywell/ITEC F124-GA-200 enjin turbin kipas, 28 kN (6,300 lbf) tujahan setiap enjin

Prestasi

  • Halaju maksimum: 1,090 km/j (680 mph, 590 kn) [104]
  • Kelajuan maksimum: Mach 0.95[11]
  • Halaju pegun: 176 km/j (109 mph, 95 kn)
  • Had halaju : 1,470 km/j (910 mph, 790 kn) / M1.2
  • Jarak: 1,925 km (1,196 bt, 1,039 nmi)
  • Julat feri: 2,550 km (1,580 bt, 1,380 nmi) dengan 3 buah tangki guguran luar
  • Endurance: 2 jam 45 minit (4 jam dengan tangki guguran luar)
  • Had khidmat: 13,716 m (45,000 ka)
  • Had-g: +8 -3
  • Kadar mendaki: 112 m/s (22,000 ft/min) [104]
  • Wing loading: 285 kg/m2 (58 lb/ka2)
  • Tujahan/berat: 0.84

Persenjataan

Avionik

  • Radar: Radar Grifo-M346 (M-346FA)

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan

  1. ^ "Leonardo: filing of Articles of Association". leonardocompany.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 April 2021.
  2. ^ 1996-08-07T00:00:00+01:00. "Aermacchi proves Yak-130/AEM performance". Flight Global (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 April 2021.
  3. ^ "Yak/Aermacchi trainer funds released; Russia will buy up to 200." Aviation Week, 27 February 1996.
  4. ^ "Italy studies the Yak/AEM-130 as Russia falters." Flight International, 21 October 1998.
  5. ^ a b "F124 engine turns Yak-130 into the Aermacchi 346." Flight International, 25 July 2000.
  6. ^ a b Butowski, Piotr (1 Mei 2002). "Russian military trainer strategy falls into place; the selection of the Yak-130 marks an important step towards replacing the country's aging fleet of L-39Cs. Things are moving in the simulator business, too". Interavia Business & Technology. Aerospace Media Publishing. ISSN 1423-3215. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 22 Ogos 2015.
  7. ^ a b "Aermacchi assembles M-346 trainer team to replace Russians." Flight International, 1 August 2000.
  8. ^ Doyle, Andrew. "Aermacchi may seek new engine for Yak-130." Flight International, 1 February 2000.
  9. ^ CAE wins contract for the development and supply of Alenia Aermacchi's M-346 simulator (press release), 2004, diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2006.
  10. ^ "CAE wins defence contracts valued at approximately C$220 million." Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine CAE, 8 April 2016.
  11. ^ a b "Early Flights Achievement with the Aermacchi M-346 Advanced Trainer" (PDF). NATO Science and Technology Organization. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 10 Jun 2022. Dicapai pada 10 Jun 2022.
  12. ^ Peruzzi, Luca. "Greece’s HAI snatches stake in M346 trainer programme." Flight International, 24 January 2006.
  13. ^ "Alenia Aermacchi e Lacilena Enaer siglano MOU per M.346 e M.311" [ENAER signed a Memorandum of Understanding], Dedalo news, IT, Mac 2008, diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2009.
  14. ^ Alenia Aermacchi Industrial Baseline Configuration roll outi (press release), IT: Aermacchi, 2008, diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2008.
  15. ^ "The Aermacchi M-346 advanced trainer breaks the sound barrier. After 50 years an all-Italian aircraft flies at Mach 1" (PDF) (Siaran akhbar). Alenia Aermacchi. 2008. Dicapai pada 19 Februari 2012.[pautan mati kekal]
  16. ^ "Boeing signed a Memorandum of Understanding", Defense News[pautan mati].
  17. ^ "M-346 Master Gains Military Certification" Air Forces Monthly (Key Publishing), Issue 282, September 2011, pp. 10. ISSN 0955-7091. Retrieved 30 September 2011.
  18. ^ a b "Alenia Aermacchi sets dual-role path for M-346". Flight Global. 9 September 2015. Dicapai pada 21 November 2015.
  19. ^ "M-346 Master is flying with the AIM-9 replacement: the IRIS-T missile". The Aviationist. 29 Oktober 2014. Dicapai pada 21 November 2015.
  20. ^ "airpressonline.it". airpressonline.it. Dicapai pada 22 April 2023.
  21. ^ a b "Radom Air Show 2015: Will the Armed Master Replace the Su-22?". Defence Aerospace. 25 Ogos 2015. Dicapai pada 21 November 2015.
  22. ^ Staff, Blog Before Flight. "Leonardo's M-346 Fighter Attack embarks on maiden flight equipped with Grifo radar". Blog Before Flight - Aerospace and Defense News. Dicapai pada 14 April 2021.
  23. ^ a b Pocock, Chris. "Italian Jet Trainer Finds New Cost-Saving Roles." AIN Online, 13 February 2016.
  24. ^ a b c "Aerospace, Defence and Security". leonardo.com. Dicapai pada 22 April 2023.
  25. ^ "M-346 product page, Leonardo web site". leonardocompany.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2021.
  26. ^ Shaham, Udi (5 Januari 2021). "Israeli and Greek governments set to sign expansive defense deal". The Jerusalem Post. Dicapai pada 5 Januari 2021.
  27. ^ "Finmeccanica to win govt order for 14 trainer aircraft – junior minister", Money, UK: ABC, diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2007.
  28. ^ Alenia Aermacchi (Finmeccanica) and Italian Ministry of Defence sign agreement to supply Six M-346s (PDF) (press release), Finmeccanica, 2009, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Julai 2011.
  29. ^ Kington, Tom. "Italy Launches M-346 Training With Eye on T-X Bid." Defense News, 12 September 2015.
  30. ^ "Finmeccanica signs contract worth over 300 million Euros with the Italian Ministry of Defence for nine Aermacchi M-346 aircraft". leonardo.com.
  31. ^ a b Jennings, Gareth (27 Februari 2018). "Italy receives final M-346 jet trainer". London. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2018. Dicapai pada 2 Mac 2018.
  32. ^ "Training at the Top". gbp.com.sg.
  33. ^ "Alenia Aermacchi's M-346 wins Singapore jet trainer race". Jane's Information Group. 12 Julai 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2010. Dicapai pada 16 Julai 2010.
  34. ^ Govindasamy, Siva (8 Julai 2010). "Singapore to announce M-346 trainer selection". Flightglobal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2010. Dicapai pada 16 Julai 2010.
  35. ^ S, Ramesh (28 September 2010). "MINDEF awards contract to ST Aerospace to acquire 12 M-346 aircraft". Singapore: MediaCorp Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2010. Dicapai pada 28 September 2010.
  36. ^ "New Generation Advanced Fighter Trainer for the RSAF" (Siaran akhbar). MINDEF. 28 September 2010. Dicapai pada 28 September 2010.
  37. ^ "New fighter trainer for RSAF". The Straits Times. Singapore Press Holdings. 28 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2010. Dicapai pada 28 September 2010.
  38. ^ Israel delivers advanced G-550 aircraft to Italy 19 Dec, 2016, Globes correspondent
  39. ^ a b Final plane in billion-dollar deal with Italy lands in Israel BY ILAN BEN ZION July 21, 2016, Times of Israel
  40. ^ Israel to buy Italy's M-346 jet trainer for $1b Diarkibkan Februari 15, 2015, di Wayback Machine 16/02/2012, 16:45
  41. ^ Arie Egozi. "Israel selects Alenia Aermacchi M-346 for trainer deal". Flightglobal.com. Dicapai pada 17 Februari 2012.
  42. ^ Katz, Yaakov (16 Februari 2012). "Italy wins IAF with combat trainer jet bid". JPost.
  43. ^ "Alenia Aermacchi signs contract with Israeli MoD for 30 M-346" (Siaran akhbar). Alenia Aermacchi. 19 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2012. Dicapai pada 19 Julai 2012.
  44. ^ Egozi, Arie. "Israel's Lavi reborn as renamed M-346." Flight International, 2 July 2013.
  45. ^ Hoarn, Steven (25 Mac 2014). "First Israeli M-346 Advanced Trainer Aircraft Rolls Out". Defense Media Network. Dicapai pada 2 April 2014.
  46. ^ "Poland pick M-346 for training deal", Flight global.
  47. ^ "Podpisanie umowy na M-346 dla Sił Powietrznych" [Signing a contract for M-346 for the Air Force], Altair (dalam bahasa Poland), PL.
  48. ^ "Poland's first M-346 trainers arrive in Deblin". flightglobal.com. 16 November 2016. Dicapai pada 19 Mac 2017.
  49. ^ "Samoloty M-346 Master nadal uziemione". dlapilota.pl. 31 Ogos 2017.
  50. ^ "Master gotowe do lotu". dziennikzbrojny. 22 Disember 2017. Dicapai pada 22 Disember 2017.
  51. ^ Adamowski, Jaroslaw (20 Disember 2017). "Poland seeks penalty from Leonardo over M-346 trainers". Defense News. Warsaw. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2017. Dicapai pada 26 Disember 2017.
  52. ^ "Elbit delivers final M-346 training systems to Polish Air Force". airrecognition. 19 November 2018. Dicapai pada 19 November 2018.
  53. ^ leonardo.com https://www.leonardo.com/en/press-release-detail/-/detail/poland-grows-its-m-346-fleet-with-an-order-worth-more-than-%25E22%25AC115-mln-for-four-additional-aircraft. Missing or empty |title= (bantuan)
  54. ^ a b Herk, Hans van (5 Februari 2021). "Polish Air Force orders four more M346s". scramble.nl (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 April 2021.
  55. ^ Jennings, Gareth (14 Disember 2018). "Poland exercises option for four more M-346 jet trainers, to upgrade existing fleet". IHS Jane's 360. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2018. Dicapai pada 17 Disember 2018.
  56. ^ Perry, Dominic (14 Disember 2018). "Poland firms options for four more M-346 trainers". FlightGlobal. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2018. Dicapai pada 17 Disember 2018.
  57. ^ a b Trimble, Stephen (22 Jun 2010). "US Air Force, industry prepare for T-38 replacement". Flight global. Dicapai pada 19 Februari 2012.
  58. ^ "GD & Alenia Aermacchi join forces for USAF T-X trainer competition", ASD news, diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2013, dicapai pada 19 Januari 2013.
  59. ^ Mehta, Aaron."GD Withdraws as T-100 Prime Contractor." Defense News, 27 March 2015.
  60. ^ "Raytheon Team to Deliver Next-Generation Jet Trainer; Finmeccanica, CAE USA and Honeywell Join Raytheon to Provide Fully Integrated Solution." Raytheon Co., 22 February 2016.
  61. ^ "Raytheon/Leonardo team withdraws from T-X competition". Raytheon. 25 Januari 2017. Dicapai pada 2 Februari 2017.
  62. ^ Tom Kington (26 Januari 2017). "Trainer Price Wars: Raytheon Wanted Millions Less Per Plane Than Leonardo". Defense News.
  63. ^ "Leonardo returns to T-X competition alone". flightglobal.com. 8 Februari 2017. Dicapai pada 19 Mac 2017.
  64. ^ Insinna, Valerie (27 September 2018). "US Air Force awards $9B contract to Boeing for next training jet". Defense News.
  65. ^ Jennings, Gareth (21 Oktober 2016). "Argentina evaluates M-346 as potential combat fighter". IHS Jane's 360. London. Dicapai pada 22 Oktober 2016.
  66. ^ "Azerbaijan to buy M-346 Master jet". Jane's 360 (janes.com). Dicapai pada 13 Mac 2020.
  67. ^ a b Dunai, Peter. "Azerbaijan Buys the M-346 as Caucasus Stand-off Continues". Aviation International News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Mac 2020.
  68. ^ UAE chooses M-346 as advanced lead-in fighter trainer, Flight global, 25 Februari 2009.
  69. ^ "UAE Reopens Talks To Buy T-50 Trainer", Defense News, diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2013.
  70. ^ O’Keeffe, Niall (18 November 2011). "Alenia Aermacchi M-346 crashes in UAE". Flightglobal. Dicapai pada 21 November 2015.
  71. ^ Peruzzi, Luca. "M-346 partners make case for Eurotraining deal." Flight International, 22 June 2010.
  72. ^ Mirto, FM; La Caverna, L (Mei 2013), "The Italian Master", Air International, m/s. 28–35.
  73. ^ Cade aereo militare sperimentale salvo pilota (dalam bahasa Itali), IT: Ansa.
  74. ^ Pocock, Chris. "M346 Jet Trainer Still Grounded After Second Crash." AIN Online, 9 August 2014.
  75. ^ Government document
  76. ^ "Utilizzo della Nomenclatura 'Mission Design Series' (MDS) nelle Pubblicazioni Tecniche (PPTT) di Competenza della Daa" [Using the nomenclature 'Mission Design Series' (MDS) in Technical Publications (PTT) of competence of Daa] (PDF) (dalam bahasa Itali). IT: Ministero Della Defesa. Jun 2011.
  77. ^ Tom, Kington (10 Julai 2016). "Leonardo-Finmeccanica Launches New Dual Role M-346FT". Defense News (dalam bahasa Inggeris). Farnborough. Dicapai pada 11 Julai 2016.
  78. ^ Hoyle, Craig (18 Jun 2017). "PARIS: Leonardo takes wraps off M-346FA fighter". FlightGlobal. Paris, France. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2017. Dicapai pada 18 Jun 2017.
  79. ^ Shalal, Andrea; Blair, Edmund (18 Jun 2017). "Italy's Leonardo sees Asia, South American interest in M-346 attack fighter". Reuters. Paris. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2017. Dicapai pada 19 Jun 2017.
  80. ^ Allison, George (19 Jun 2017). "Leonardo introduces fighter attack version of the M-346 trainer". UK Defence Journal. Paris. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2017. Dicapai pada 19 Jun 2017.
  81. ^ "Leonardo Unveils Fighter Attack Version of M-346 Trainer jet At Paris Air Show 2017". Defense World. Paris. 19 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2017. Dicapai pada 19 Jun 2017.
  82. ^ Tegler, Jan. "US Navy could begin replacing some T-45 jet trainers by 2026". FlightGlobal.
  83. ^ Everstine, Brian. "U.S. Navy Is Steaming Ahead On A New Trainer". Aviation Week.
  84. ^ Dunai, Peter. "Azerbaijan Buys the M-346 as Caucasus Stand-off Continues". Aviation International News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2021.
  85. ^ GDC (7 Julai 2021). "Azerbaijan acquires Leonardo M-346 advanced training aircraft". Global Defense Corp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2021.
  86. ^ a b GDC (29 Ogos 2021). "Italian Leonardo Scored Major M-346 Trainer Deal From Egypt, Greece, Poland and Turkmenistan". Global Defense Corp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Ogos 2021.
  87. ^ "Greece okays $1.68 billion defense deal with Israel". www.timesofisrael.com.
  88. ^ "First M-346 Trainers Delivered To Greece". 12 Mei 2023.
  89. ^ "Brig. Gen. Shmuel Tzuker of the Israeli Ministry of Defence visits Venegono for the delivery of the last of 30 Israeli M-346 aircraft". Leonardo. 9 Jun 2016. Dicapai pada 10 Jun 2016.
  90. ^ "Leonardo delivers first M-346 aircraft for Italian Air Force's IFTS". Air Force Technology. 19 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2019. Dicapai pada 19 Februari 2019.
  91. ^ Jennings, Gareth (19 Februari 2019). "Leonardo delivers first 'international' M-346 to Italian Air Force". Jane's 360. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2019. Dicapai pada 19 Februari 2019.
  92. ^ "Nigeria To Buy M-346, Official Says | Aviation Week Network". aviationweek.com.
  93. ^ "Nigeria Ordered 24 M-346FA Aircraft Worth $1.2 Billion". 7 Mei 2021.
  94. ^ Herk, Hans van (25 Oktober 2020). "Polish Air Force M346 delivery". www.scramble.nl (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 April 2021.
  95. ^ Wilk, Remigiusz (16 Januari 2018). "Poland opts for additional Leonardo M-346 Master jet trainers". IHS Jane's 360. Warsaw. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2018. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  96. ^ "Aerospace, Defence and Security". www.leonardo.com. Dicapai pada 22 April 2023.
  97. ^ "Qatar receives M-346 jet trainers". Jane's. 26 Januari 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  98. ^ "MINDEF Singapore".
  99. ^ "ST Aerospace and Alenia Aermacchi will deliver the last of the 12 M-346". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2014.
  100. ^ "Il Turkmenistan acquista in Italia". 24 Mei 2020.
  101. ^ "M-346 Master." Alenia Aermacchi, June 2012. Diarkibkan Mei 8, 2014, di Wayback Machine
  102. ^ "M-346 Master Advanced Jet Trainer, Aggressor, Fighter" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 7 Oktober 2020.
  103. ^ "M-346 Master in training". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2020.
  104. ^ a b c "Brochure M-346 Dual Role" (PDF). Leonardo. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 10 Jun 2022. Dicapai pada 10 Jun 2022.
  105. ^ "FN® HMP250 Pod".
  106. ^ "NEW 20MM CANNON POD FOR M-346FA". 22 Jun 2023.
  107. ^ "M-346 Master Advanced Fighter Trainer".

Pautan luar

  • M-346 (product page), IT: Leonardo.
  • Officially released video of Alenia Aermacchi T-100 di YouTube
  • l
  • b
  • s
Pesawat Aeritalia, Alenia Aeronautica dan Alenia Aermacchi
Rekaan Aeritalia
  • F-104S
  • G.91
  • G.91Y
  • G.222
Rekaan Alenia Aermacchi
  • C-27J
  • M-311/M-345
  • M-346
UAV
  • Sky-X
  • Sky-Y
Usahasama
  • l
  • b
  • s
Nieuport-Macchi
Macchi
  • L.1
  • L.2
  • M.3
  • M.4
  • M.5
  • M.6
  • M.7
  • M.8
  • M.9
  • M.12
  • M.14
  • M.15
  • M.16
  • M.17
  • M.18
  • M.19
  • M.20
  • M.24
  • M.26
  • M.33
  • M.39
  • M.40
  • M.41
  • M.52
  • M.53
  • M.67
  • M.70
  • M.71
  • M.C.72
  • M.C.73
  • M.C.77
  • M.C.94
  • M.C.99
  • M.C.100
  • M.C.200
  • M.C.201
  • M.C.202
  • M.C.205
  • M.B.308
  • M.B.320
  • M.B.323
Aermacchi
Usahasama
Rekaan yang dibeli
  • AL-60
  • S-211
  • SF.260
  • M-290
  • l
  • b
  • s
Sistem designasi pesawat Angkatan Tentera Itali, 2009–kini
1–100
101–200
201–400
401–2006
  • H-412
  • H-500
  • E-550
  • KC-707
  • KC-767
    • A
    • B
  • C-900
  • P-1150
  • F-2000
  • T-2006
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Israel
  • Amerika Syarikat