Alexander Nanta Linggi
Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi | |
---|---|
أليکزيندر ننتا ليڠݢي | |
Menteri Kerja Raya | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Sultan Ibrahim Ismail |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan | Dato Sri Haji Abdul Rahman Mohamad |
Didahului oleh | Dato Sri Fadillah Yusof |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kapit, Sarawak | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 1999 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | James Jimbun Pungga |
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Dato' Haji Rosol Haji Wahid |
Kawasan pilihan raya | Kapit |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin |
Timbalan | Dato' Haji Rosol Haji Wahid |
Didahului oleh | Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
Kawasan pilihan raya | Kapit |
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 Berkhidmat dengan Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub | |
Raja | Abdul Halim Muhammad V |
Perdana Menteri | Mohammad Najib bin Abdul Razak |
Menteri | Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal (2013-2015) Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (2015-2018) |
Didahului oleh | Datuk Joseph Entulu Anak Belaun |
Digantikan oleh | Sivarasa K. Rasiah |
Butiran peribadi | |
Lahir | Alexander Nanta Linggi (1958-06-16) 16 Jun 1958 (umur 66) Crown Colony of Sarawak (Sekarang Sarawak, Malaysia) |
Parti politik | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (sehingga-2018) Gabungan Parti Sarawak (GPS) (2018-Sekarang) Perikatan Nasional (PN) (2020-2022) |
Pasangan | Datin Angelina Celestine Ujang Anak Jilan |
Saudara | Wilson Ugak Kumbong (sepupu) |
Pekerjaan | Anggota Parlimen |
Gaji | RM43,637.33 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM8.5 ke 10 juta[1] |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2020 |
YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi (lahir 16 Jun 1958) merupakan ahli politik Malaysia dari Parlimen Kapit, negeri Sarawak dan kini beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya selepas Kerajaan Perpaduan mempunyai mejoriti didalam Parlimen. Beliau mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 03 Disember 2022.[2] Beliau adalah dari parti Gabungan Parti Sarawak dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan kini bersama dengan komponen parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan. Beliau juga adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sehingga Mei 2018.
Beliau adalah cucu kepada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pertama iaitu Jugah anak Barieng dan anak bekas ahli politik Leonard Linggi.[3] Beliau juga merupakan ahli perniagaan, setelah berkhidmat sebagai Pengerusi syarikat perkapalan Swee Joo Bhd.[4]
Alexander menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 2010, yang membolehkan beliau menggunakan gelaran kehormat 'Datuk'.[5] Pada 16 Mei 2013, selepas kemenangannya dalam pilihan raya 2013, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di bawah kabinet baru Perdana Menteri Najib Razak.[6]
Keputusan Pilihan Raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Undian | Peratusan | Lawan(s) | Undian | Peratusan | Jumlah | % | Majoriti | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Kapit | Alexander Nanta Linggi (PBB) | 12,157 | 85.97% | Richard Nujong Abit (BEBAS) | 1,141 | 8.07% | 14,442 | 65.75 | 11,016 | ||
Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda (PKR) | 843 | 5.96% | ||||||||||
2004 | Alexander Nanta Linggi (PBB) | Tidak bertanding | ||||||||||
2008 | Alexander Nanta Linggi (PBB) | Tidak bertanding | ||||||||||
2013 | Alexander Nanta Linggi (PBB) | 13,446 | 78.35% | Ramli Malaka (DAP) | 3,715 | 21.65% | 17,474 | 66.71 | 9,731 | |||
2018 | Alexander Nanta Linggi (PBB) | 14,302 | 78.91% | Paren Nyawi (DAP) | 3,823 | 21.09% | 18,485 | 57.82 | 10,479 |
Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Alexander Nanta Linggi bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kapit , negeri Sarawak. Alexander Nanta Linggi telah menang tanpa bertanding.
Anugerah
- Sarawak :
- Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) - Dato Sri (2020)[9]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
- ^ "SENARAI KABINET 2020". www.bharian.com.my. 2020-03-13. Dicapai pada 2020-03-19.
- ^ Teo, John (25 January 2003). "Political legacy of paramount chief of Ibans lives on". New Straits Times. New Straits Times Press.
- ^ "Swee Joo To Expand Tanker Business With Regional Focus". Bernama. 2 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2011. Dicapai pada 19 Mac 2020.
- ^ "King Presents awards to 39 people at investiture". The Star. 5 June 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2010. Dicapai pada 19 Mac 2020.
- ^ "Alexander Nanta Linggi, New Rural And Regional Development Deputy Minister". Bernama. 15 May 2013. Dicapai pada 19 Mac 2020.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 24 April 2010..
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-03-28.
- ^ Bernama (10 Oktober 2020). "Manyin dahului senarai penerima pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak".