Ali Sariah

  • Pemuzik
  • penyanyi
  • penulis lagu
PasanganNatasha Nurain (k. 2019)Anak-anak2Kerjaya muzikGenreRock, Pop, Pop Yeh YehInstrumen
  • Vokal
  • gitar
Tahun aktif2015–kini
Syarikat rakaman
  • Kamar Seni Recording Studio
Pengkarya berkait
  • Kugiran Masdo
Laman sesawang
www.tokorasmimasdo.com

Aliff Fahmi Bahtiar (lahir 22 Februari 1992) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Ali Sariah, merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan penulis lagu Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis dan gitaris kumpulan muzik Pop Yeh-Yeh Malaysia, Masdo. [1]

Kerjaya muzik

Ali memulakan kerjaya awalnya dalam bidang muzik sebagai penyanyi perseorangan sebelum Putu Ceri mengajaknya untuk sertai Masdo pada awal tahun 2015. Masdo yang dianggotai oleh Ali Sariah sebagai vokalis utama dan gitaris, Putu Ceri sebagai pemain bass, Azham Ahmad sebagai pemain dram, Asmawi sebagai gitaris utama dan Chakam sebagai pemain keyboard.

Bersama Masdo, Ali menjadi bualan masyarakat kerana membawa keunikan ala-ala penyanyi zaman P. Ramlee dalam setiap nyanyian lagunya . Hal itu secara tidak langsung menjadikan Kugiran Masdo satu kumpulan muzik Malaysia yang tersohor dan digilai ramai dalam kalangan anak-anak muda masa kini. Antara lagu-lagu yang menjadikan Masdo terkenal ialah Dinda, Bercanda Di Malam Indah dan Bunga, dimana ketiga-tiga lagu nyanyian Ali itu menjadi hits di Malaysia . Pada 2019, Lagu Dinda telah dicalonkan dalam finalis Anugerah Juara Lagu ke-34.[2]

Kehidupan peribadi

Pada 9 Ogos 2019 , Ali telah berkahwin dengan buah hati pilihannya, iaitu Natasha Nurain. Hasil dari perkahwinan mereka itu, Ali dan pasangannya telah dikurniakan cahaya mata pertama pada 28 Ogos 2020.[3] [4]

Diskografi

Album

Studio

Tahun Album Butiran album Catatan
2017
Selamat Tinggal Pujaan
  • Label: Kugiran Masdo Empire
  • Format: CD, muat turun digital

EP

Tahun Album Butiran album Catatan
2020
Jalan Abbey
  • Label: Kugiran Masdo Empire
  • Format: CD, muat turun digital

Rujukan

  1. ^ "Biodata Ali Sariah". Info Famous People. Dicapai pada 4 Oktober 2022.
  2. ^ "Suara tak sedap tapi lepas final ajl34". Gempak. Dicapai pada 4 Oktober 2022.
  3. ^ "Saya kahwin macam orang biasa-biasa saja ali kugiran masdo". Harian Metro. Dicapai pada 4 Oktober 2022.
  4. ^ "Syurga hati ali sariah". Harian Metro. Dicapai pada 4 Oktober 2022.

Pautan luar

  • Ali Sariah di Discogs
  • Ali Sariah di Instagram