Angélica Rivera

Angélica Rivera
Wanita Pertama Mexico
Dalam jawatan
1 Disember 2012 – 30 November 2018
PresidenEnrique Peña Nieto
Didahului olehMargarita Zavala
Digantikan olehBeatriz Gutiérrez Müller
Butiran peribadi
LahirAngélica Rivera Hurtado
(1969-08-02) 2 Ogos 1969 (umur 54)[1]
Mexico City, Mexico
PasanganJosé Alberto Castro (1994-2008)
Enrique Peña Nieto (2010-kini)
Anak-anakAngélica Sofía (l. 1996)
Fernanda (l. 1999)
Regina (l. 2005)
Ibu bapaManuel Rivera
María Eugenia Hurtado
PekerjaanPelakon (1988-2007)

Angélica Rivera Hurtado (Sebutan Sepanyol: [aŋˈxelika riˈβeɾa uɾˈtaðo]; lahir 2 Ogos 1969) ialah seorang pelakon, peragawati dan penyanyi Mexico. Sebagai isteri kepada Enrique Peña Nieto, Presiden Mexico, beliau merupakan Wanita Pertama Mexico.[2]

Hasil karyanya sebagai pelakon termasuk La Dueña (1995), Ángela (1998), Sin Pecado Concebido (2001), Mariana de la Noche (2003) dan Tequila De Maguey (2007). Selain itu, siri TV yang berjaya menaikkan namanya ialah "La Gaviota" dalam Destilando Amor.

Kehidiupan awal

Rivera diahirkan di Mexico City dan mempunyai enam adik-beradik.[1] Sewaktu pelakon Verónica Castro sedang menjalani penggambaran di satu lokasi dimana Rivera tinggal pada ketika itu, Castro dan Rivera bertemu dan Castro memujuknya untuk bersaing dalam The Face of the Herald, sebuah pertandingan yang dimenangi oleh Rivera pada 1987.

Kehidupan peribadi

Pada 11 Disember 1994, Rivera berkahwin dengan penerbit José Alberto Castro, adik Verónica Castro, dan dikurniakan tiga anak perempuan: Angélica Sofía (lahir 1996), Fernanda (lahir 1999) dan Regina (lahir 2005). Pasangan tersebut bercerai pada 2008.

Rivera berkahwim dengan Enrique Peña Nieto, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Gabenpr negara bahagian Mexico, pada 27 November 2010.[3] Beberapa hari kemudian, beliau mengumumkan persaraannya dari kerjaya seni untuk menumpukan perhatian pada "tanggung jawab besarnya pada sisinya, yang didedikasikan kepada rumahku, kepada anak-anakku".[4] Dari perkahwinan itu, beliau mempunyai tiga anak tiri.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1993 ¡Aquí espaantan! Gaby Filem sulung

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1988-1989 Dulce desafío Gina / María Inés Peranan pembantu
1989 Simplemente María Isabella de Peñalvert Peranan pembantu
1990 Mi pequeña Soledad Marisa Peranan pembantu
1991 La pícara soñadora Giovanna Carini Peranan utama
1991 Alcanzar una estrella II Silvana Vélez Peranan utama
1993 Sueño de amor Isabel González / Érika de la Cruz Peranan utama
1995 La dueña Regina Villareal Peranan utama
1998 Ángela Ángela Bellati Roldán Peranan utama
1998 Huracán Elena Peranan utama
2001 Sin pecado concebido Mariana Campos Ortiz Peranan utama
2003-2004 Mariana de la noche Marcia Montenegro Peranan utama
2007 Destilando amor Teresa Hernández García "Gaviota" / Mariana Franco Peranam utama

Rujukan

  1. ^ a b "Sra. Angélica Rivera de Peña". Presidencia de la República. Dicapai pada 3 November 2015.
  2. ^ Recibe Peña Nieto constancia de mayoría Diarkibkan 2013-04-19 di archive.today Milenio, 31 de agosto de 2012.
  3. ^ Peña Nieto y Angélica Rivera ya están casados Diarkibkan 2012-06-29 di archive.today Milenio, 27 de noviembre de 2010.
  4. ^ Angélica Rivera se retira por amor Diarkibkan 2013-12-18 di Wayback Machine Vanguardia, 21 de diciembre de 2010.

Pautan luar

  • Angélica Rivera di Internet Movie Database
Persondata
Nama Rivera, Angélica
Nama alternatif
Pemerihalan ringkas Pelakon dan Wanita Pertama Mexico
Tarikh kelahiran
Tempat kelahiran Mexico City, Mexico
Tarikh kematian
Tempat kematian
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat (melalui VIAF)
Perpustakaan negara
  • Amerika Syarikat