Anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis

Anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis ialah satu jenis anjing pemburu am yang termasuk anjing pemburu Perancis purba dan baka dicipta dengan pengacukan anjing Perancis dengan anjing pemburu rubah Inggeris. Ada tujuh baka anjing yang digambarkan sebagai anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis.

Baka

  • Anjing triwarna Perancis, anjing pemburu klasik yang mengikuti pemburu di belakang kuda. Serupa dengan anjing Poitou.[1]
  • Anjing putih dan hitam Perancis, yang asal berubah ansur selama berabad-abad dan dipengaruhi pada abad ke-19 dengan silangan dengan anjing Poitou dan anjing Gascogne Saintonge.[2]
  • Anjing putih dan jingga Perancis
  • Anjing pemburu Inggeris-Perancis putih dan hitam besar, pada asalnya daripada jenis anjing kacuk Inggeris Saintonge abad ke-19, satu silangan anjing Saintonge dengan anjing pemburu rubah.
  • Anjing pemburu Inggeris-Perancis triwarna besar, baka anjing pemburu Perancis paling dipengaruhi oleh anjing pemburu rubah.
  • Anjing pemburu Inggeris-Perancis putih dan jingga besar, pada asalnya daripada silangan antara anjing Billy dengan anjing pemburu rubah, menunjukkan banyak ciri jenis anjing pemburu rubah Inggeris.[3]
  • Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis (Perancis: anglo-français de petite véneriecode: fr is deprecated ), dicipta dengan penyilangan harrier dengan anjing Poitou, porcelaine, anjing Gascogne Saintonge kecil dan anjing Gascogne biru kecil. De petite vénerie merujuk anjing digunakan terhadap buruan lebih kecil, seperti arnab, bukan saiz anjing.

Nama-nama ini menggantikan nama-nama lama pada 1957, apabila diputuskan untuk menambahkan "Inggeris-Perancis" kepada nama semua baka hound yang telah disilangkan dengan anjing pemburu rubah. "Grand" (bahasa Perancis untuk "besar") tidak bererti bahawa anjing ini terutamanya besar, tetapi sebenarnya ia diperburukan dalam kawanan besar. Pemburuang dengan hound pada asalnya dilakukan dalam dua gaya, chasse-à-courre, yang melibatkan kawanan mengejar dan membunuh haiwan buruan, dan chasse-à-tir, yang melibatkan kawanan (atau kadang-kadang anjing individual) mengelilingi haiwan buruan dan mengejarnya kembali ke arah pemburu yang menunggu.[4]

Hound memburu secara individu tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan, kerana memerlukan banyak ruang, senaman, dan pengendalian berpengalaman. Kebanyakan baka biasanya dibela dalam kawanan atau 20 sehingga 100 ekor anjing. Anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis dibiakbakakan sebagai anjing pemburu, bukan sebagai anjing peliharaan atau untuk pertunjukan, dan didaftarkan melalui Société Centrale Canine (Persatuan Pusat Kanin) dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Sesetengah anjing daripada baka ini telah dieksport ke Amerika Utara dan diiktiraf oleh United Kennel Club, yang khas untuk hound pemburu selama betahun-tahun. Anjing lain daripada baka ini, terutamanya anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis, dibiakbakakan di Amerika Utara untuk pasaran haiwan peliharan baka jarang, dan didaftarkan melalui sebilangan pejabat pendaftaran kecil dan perniagaan pendaftaran anjing Internet. Satu nama baka tambahan, kelihatan dicipta di Amerika Utara, anjing pemburu buruan sederhana Inggeris-Perancis, kadang-kadang dilihat diiklankan.

Lihat juga

  • Anjing pemburu
  • Hound
  • Kumpulan Anjing Pemburu Bau

Rujukan

  1. ^ Piawaian baka anjing triwarna Perancis
  2. ^ Piawaian baka anjing putih dan hitam Perancis
  3. ^ Piawaian anjing pemburu Inggeris-Perancis putih dan jingga besar
  4. ^ Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs. Howell Book House. m/s. 87. ISBN 0-87605-624-9.
  • Philippe Salvadori, La Chasse sous l'Ancien Régime, Fayard, Paris, 1996 (ISBN 2-213-59728-6)

Pautan luar

  • Kawanan anjing pemburu sebelum perburuan
  • Muzium Pemburuan Alam Semula Jadi di Paris Diarkibkan 2009-02-26 di Wayback Machine
  • Musée de la Vénerie di Senlis
  • Kawanan anjing pemburu Perancis dalam sebuah majalah perburuan
  • Cari pautan DMOZ untuk kelab dan maklumat tentang baka Diarkibkan 2009-03-18 di Wayback Machine