Anjing rubah kecil Itali

Anjing rubah kecil Itali
Nama lain
  • Volpino Itali
  • Volpino
  • Cane del Quirinale
  • Cane di Firenze
Negara asalItali
Trait
Tinggi Jantan 27–30 cm (11–12 in)[1]
Betina 25–28 cm (9.8–11.0 in)[1]
Bulu panjang
Warna putih, merah, atau hitam padu
sebarang warna lain diterima juga
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing rubah kecil Itali atau volpino Itali,[a] atau hanya volpino, ialah satu baka anjing daripada jenis spits.[2] Ia berkait rapat dengan anjing Pomerania[3]:234[4] dan dengan spits Jerman.[5]

Sejarah

Perincian St. Augustinus dalam Kajiannya (1502) oleh Vittore Carpaccio, di Scuola di San Giorgio degli Schiavoni di Venice

Anjing jenis spits kecil yang menyerupai volpino moden telah dikenal pasti dalam sebilangan lukisan, yang terawal daripada lukisan-lukisan tersebut mungkin merupakan St. Augustinus dalam Kajiannya oleh Vittore Carpaccio, yang dilukis di Scuola di San Giorgio degli Schiavoni di Venice pada tahun 1502.[6] Pengukir dari Firenze Michelangelo disangkakan pernah memiliki anjing sedemikian.[6]

Pada abad kelapan belas dan abad kesembilan belas, jenis anjing ini umum di Toscana (di sana ia dikenali sebagai cane di Firenze ("anjing Firenze") dan digunakan sebagai anjing penjaga oleh pengguna kereta tarik dan gembala) dan di Lazio (di sana ia dipanggil cane del Quirinale ("anjing Quirinale").[3]:234

Ratu Victoria dari United Kingdom melawati Firenze pada tahun 1888 dan membawa empat ekor anjing jenis Pomerania atau jenis spits.[7]:323[8]:216

Piawaian pertama untuk volpino Itali disusun oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 1913 dan anjing-anjing ditunjukkan dengan sedikit kejayaan.[6] Ia sepenuhnya diterima oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956.[2] Menjelang tahun 1960-an, baka ini hampir sepenuhnya lenyap dan hampir kepada kepupusan. Sedikit contoh dikenal pasti pada tahun 1968 dan pendaftaran dimulakan semula pada tahun 1972.[5]

Pada tempoh dari tahun 2011 hingga tahun 2019, pendaftaran baharu di Itali berpurata sekitar 160 setiap tahun.[5]

Ciri

Volpino ialah anjing kecil yang berdiri tidak lebih tinggi daripada kira-kira 30 cm (12 in) pada paras kelasa. Ia kasar-kasar berbentuk segi empat sama dari segi garis luar, dengan panjang tubuhnya lebih kurang sama berbanding dengan tingginya.[1] Lapis bulunya panjang dan menjauh dari tubuh. Ia sama ada berwarna putih padu, merah pekat padu, atau hitam padu; walau bagaimanapun, dalam piawaian baka kemas kini, mana-mana warna lain juga diterima/ditoleransi.[6]

Ia merupakan salah satu daripada banyak baka yang terjejas akibat kehelan kanta primer keturunan, iaitu penyakit mata yang mungkin menyebabkan nyeri atau kebutaan.[9]

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ روبه کچيل ايتالي; ۏولڤينو ايتاليcode: ms is deprecated ; Itali: volpino italiano, lit.'[anjing] rubah kecil Itali'code: it is deprecated , sebutan bahasa Itali: [volˈpiːno itaˈljaːno]; bahasa Inggeris: Italian volpinocode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b c Volpino Italiano (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  2. ^ a b "FCI breeds nomenclature: VOLPINO ITALIANO (195)" [Tatanama baka FCI: ANJING RUBAH KECIL ITALI (195)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  3. ^ a b Margherita Neri, Serena Tonelli, Eraldo Tonelli (2005). Cani (dalam bahasa Itali). Firenze, Itali; Milan, Itali: Giunti. ISBN 9788809039131.
  4. ^ Volpino (dalam bahasa Itali). Enciclopedie on line. Rom, Itali: Istituto dell'Enciclopedia Italiana. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  5. ^ a b c Volpino Italiano (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  6. ^ a b c d "FCI-Standard N° 195 VOLPINO ITALIANO (Italian Volpino)" [Piawaian FCI No. 195 Anjing Rubah Kecil Itali (Volpino Itali)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis, Antonio Crepaldi, dan Renée Sporre-Willes. Dikemaskinikan kali terakhir oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 21 September 2023. Dicapai pada 1 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  7. ^ William Secord (2009). Dog Painting: A History of the Dog in Art, edisi ke-2. Woodbridge, Suffolk, United Kingdom: The Antique Collectors' Club. ISBN 9781851495764.
  8. ^ Stanley Coren (2012). Why We Love The Dogs We Do (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Simon and Schuster. ISBN 9781471109409.
  9. ^ Gould, David J.; Pettitt, Louise; McLaughlin, Bryan; Holmes, Nigel; Forman, Oliver P.; Thomas, Anne; Ahonen, Saija; Lohi, Hannes; O'Leary, Caroline A.; Sargan, David R.; Mellersh, Cathryn S. (3 Ogos 2011). "ADAMTS17 mutation associated with primary lens luxation is widespread among breeds" [Mutasi ADAMTS17 yang berkaitan dengan kehelan kanta primer tersebar meluas sesama baka]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 14 (6): 378–384. doi:10.1111/j.1463-5224.2011.00892.x. ISSN 1463-5224. PMID 22050825. S2CID 26787715.
  • l
  • b
  • s
Anjing jenis spits
Anjing tarikan
Anjing pemburu
Anjing gembala
Baka Asia
Anjing teman
Baka pupus
Jenis: Husky, laika, tugou