Bahasa Melayu Selangor
Bahasa Melayu Selangor بهاس ملايو سلاڠور | |
---|---|
Bahase Selangow/Bahasa Selango | |
Asli kepada | Malaysia |
Kawasan | Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak (sebagai subdialek Perak Selatan) |
Etnik | Orang Melayu Selangor |
Penutur bahasa | 3,700,000 |
Keluarga bahasa | Austronesia
|
Dialek/loghat |
|
Sistem penulisan |
|
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | – |
Bahasa Melayu Selangor (Tulisan Jawi: بهاس ملايو سلاڠور) atau bahase Selangow ialah salah satu bahasa Melayu setempat dituturkan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Terdapat 2 subdialek Selangor iaitu subdialek Kuala Lumpur dan subdialek Selangor Barat. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu lain di semenanjung. Bahasa Melayu Selangor dengan Bahasa Melayu Johor-Riau tidak banyak berbeza. Hal adalah kerana, kedua-duanya tidak banyak menerima pengaruh daripada negara luar.
Tentang Dialek Selangor
Sepertimana dialek-dialek Melayu yang lain, Selangor pada hakikatnya mempunyai dialek sendiri. Berasaskan kajian bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu oleh Prof. Emeritus Dato’ Asmah Haji Omar (1985), beliau menggunakan kajian fonologi iaitu penyebutan huruf dan pola bunyi sesuatu perkataan dalam subdialek Selangor Barat dan Kuala Lumpur.
Kawasan Timur di Selangor iaitu dari Petaling Jaya dan Ulu Langat di Selatan, meliputi wilayah Kuala Lumpur dan dari Utara hingga ke Ipoh dan dinamakan subdialek Kuala Lumpur. Seterusnya, kawasan Barat dari Selatan Sungai Selangor hingga ke Selatan meliputi daerah Kuala Langat namakan subdialek Selangor Barat.
Sebut sahaja mengenai dialek Selangor mesti berkait rapat dengan “cakap KL” iaitu bahasa standard kelainan pepet (bahasa pasar). Sebelum kemerdekaan, ramai orang dari negeri lain berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dan ketika itu juga Bahasa Melayu belum menjadi bahasa rasmi negara. Hal ini mencetuskan dua subdialek di Selangor iaitu subdialek Kuala Lumpur dan subdialek Selangor Barat.
Dialek Daerah
Dialek Melayu Jugra dan Dialek Melayu Langat turut mempunyai keunikan.
Dialek Melayu Langat
Majoriti penduduk di Kuala Langat merupakan keturunan yang berkomunikasi dalam pencampuran dialek (varian koine) iaitu orang Melayu yang berketurunan Jawa atau dipanggil sebagai Jawa-Melayu. Namun, menurut James T. Collins (1997), beliau menjumpai satu dialek yang berasal dari penduduk Melayu di Kuala Langat iaitu dialek Melayu Langat. Dialek ini merupakan varian kepada dialek Melayu Negeri Sembilan kerana kawasan Hulu Langat bersempadan dengan Negeri Sembilan.
Bahasa Melayu Piawai | Dialek Melayu Langat |
---|---|
Silau | Silae |
Payau | Payae |
Ular | Ulae |
Besar | Besae |
Semak | Elukae |
Sebelas | Sebelah |
Nipis | Nipih |
Dialek Melayu Jugra
Korang tahu tak yang Jugra ini mempunyai dialek mereka sendiri iaitu dialek Melayu Jugra, bahkan dialek ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana dialek lain atau pencampuran dialek (koine), Tambahan pula, terdapat tiga varian dalam dialek Melayu Jugra ini iaitu varian Sungai Buaya, varian Pulau Nyatoh, dan varian Kelanang berdasarkan kajian. (korang boleh baca kajian tersebut di sini)
Sebelum itu, mari kami jelaskan simbol vokal dan konsonan yang digunakan dalam kajian dialek ini:
- ə : sebutan huruf e taling. (contoh: kedai, helang, emak, dan belut)
- ? : hentian glotis atau tidak menyebut akhir perkataan. (contoh: tidak, jimak, dan istinjak)
- x : sebutan perkataan yang mempunyai huruf “kh”(contoh: khabar, khazanah, dan akhir)
Vokal depan dalam Dialek Melayu Jugra melingkupi bunyi-bunyi [i, e, a]. Vokal depan [i, e, a] mempunyai pembahagian yang luas kerana boleh muncul pada posisi awal suku kata, tengah suku kata serta akhir suku kata, dan dalam suku kata terbuka ataupun tertutup.
Glos | Varian Sg. Buaya | Varian Pulau Nyatoh | Varian Kelanang |
---|---|---|---|
Siapa | Sapə | Sapə | Sapə |
Lama | Lamə | Lamə | Lamə |
Ubat | Obat | Oba? |
Bunyi-bunyi bagi vokal belakang yang terdapat dua fonem vokal dalam Dialek Melayu Jugra ialah [u, o,]. Vokal belakang tinggi [u] dan vokal belakang separuh tinggi [o]. Oleh itu, dalam dialek Melayu Jugra, kedua-dua vokal belakang boleh muncul pada posisi awal kata, tengah kata dan akhir kata. Contohnya, korang boleh tengok jadual berikut:
Glos | Varian Sg. Buaya | Varian Pulau Nyatoh | Varian Kelanang |
---|---|---|---|
Ular | Ula | Ula | Ula |
Boleh | Buleh | Buleh | Buleh |
Ubat | Obat | Oba? |
Vokal tengah [ǝ] ini dilihat mempunyai bahagian yang lengkap kerana boleh muncul pada semua posisi kata misalnya pada posisi suku kata tengah, dan posisi akhir kata. Penyebaran vokal tengah [ǝ] dalam Dialek Melayu Jugra boleh dilihat dalam contoh jadual yang berikut:
Glos | Varian Sg. Buaya | Varian Pulau Nyatoh | Varian Kelanang |
---|---|---|---|
Siapa | Sapə | Sapə | Sapə |
Lama | Lamə | Lamə | Lamə |
Sepuluh | Səpuloh | Səpuloh |
Dialek KL
Dialek KL | Bahasa Melayu Piawai |
---|---|
Buwi | Beri/Bagi |
Timun Cino | Tembikai |
Kencing | Tipu |
Kace Camboh | Taugeh |
Co’tek | Sesuatu |
Peleting | Straw |
Serok | Sedut |
Deras | Laju |
Lorat Gadoh | Kelam Kabut |
Belana | Banyak |
Manis Leting | Sangat Manis |
Jabil Rokrak | Plastik Beg |
Ikan Kerongan | Ikan Cencaru |
Luga | Loya |
Jeluak | Muntah |
Paus Ringan | Mempelam |
Rukah | Panjat |
Soyak | Koyak |
Kenalin | Takut |
Segar | Sihat |
Tina | Perempuan/Wanita |
Jangok | Lawa |
Neka | Dulang |
Robok | Almari |
Royak | Beritahu |
Ban | Azan |
Sengelen | Sengaja |
Sereban | Keras |
Jenis-jenis subdialek
Penggunakan Subdialek Selangor Barat dan Subdialek Kuala Lumpur telah berkembang sebelum Merdeka.
Masyarakat Melayu Selangor disebut A bertukar menjadi E dan ikut kelompok dialek selatan Semenanjung.
Bahasa Selangor | Bahasa Melayu Piawai |
---|---|
Ape | Apa |
Ade | Ada |
Kerane | Kerana |
Lupe | Lupa |
Muke | Muka |
Gi | Pergi |
Jap | Kejap |
Perbezaan ketara antaranya sebutan H tidak kedengaran bagi subdialek Selangor Barat, Tidak seperti subdialek Kuala Lumpur mengikut Bahasa Stardard.
Subdialek Selangor Barat | Bahasa Melayu Piawai dan juga subdialek Kuala Lumpur |
---|---|
Abis | Habis |
Ijau | Hijau |
Itam | Hitam |
Ari | Hari |
Ujan | Hujan |
Utang | Hutang |
Persamaan bagi kedua subdialek ini menggantikan huruf U kepada O,namun huruf di hujung tidak disebut dalam subdialek Selangor Barat.
Subdialek Selangor Barat | Subdialek Kuala Lumpur | Bahasa Melayu Piawai |
---|---|---|
Pelo | Peloh | Peluh |
Pulo | Puloh | Puluh |
Jato | Jatoh | Jatuh |
Tujo | Tujoh | Tujuh |
Gado | Gadoh | Gaduh |
Sembo | Semboh | Sembuh |
Yang ketiga dalam subdialek Kuala Lumpur, perkataan huruf R akan dibuang manakala subdialek Selangor Barat akan menukarkan huruf R kepada W seperti dialek Melaka.
Subdialek Selangor Barat | Subdialek Kuala Lumpur | Bahasa Melayu Piawai |
---|---|---|
Besaw | Besa | Besar |
Ulaw | Ula | Ular |
Sedaw | Seda | Sedar |
Khabaw | Khaba | Khabar |
Tukaw | Tuka | Tukar |
Kejaw | Keja | Kejar |
Kalau korang lihat dalam ketiga-tiga kajian ini, subdialek Selangor Barat boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan dialek Melaka manakala subdialek Kuala Lumpur mempunyai persamaan dengan dialek Johor. Hal ini bersangkut-paut dengan masa yang silam terdapat banyak dialek yang meluas secara selari dalam paksi Utara-Selatan
Penggunaan dialek Johor digunakan oleh orang dari kawasan Melaka Tengah sekarang ini hingga ke Sungai Selangor. Oleh itu, Negeri Selangor hanya menjadi tumpuan penduduk-penduduk dari kawasan-kawasan lain sebagai satu kawasan bahasa yang penuh dengan ciri kepelbagaian maka terciptalah subdialek-subdialek seperti Selangor Barat dan Kuala Lumpur.
Namun, kami ingin menekankan kepada subdialek Selangor Barat kerana subdialek ini tidak ramai orang tahu.
Ayat
Bahasa Melayu Selangor | Bahasa Melayu Piawai |
---|---|
Ko buat ape? | Kamu buat apa? |
Mak ko ijau/ijo! | Mak kau hijau! |
Ko nak gi mane? | Kamu nak pergi mana? |
Ari ni ari selase ke? | Hari ini hari selasa ke? |
Manelah telefon aku kat meje ni dah ilang ke? | Manalah telefon aku di meja ini dah hilang ke? |
Tolong amekkan baju kurung Saye wane ijau/ijo | Tolong ambilkan baru kurung saya yang berwarna hijau |
Mimi suke pakai baju wane itam | Mimi suka pakai baju warna hitam |
Ko ni, gi mandi! dah klabu asap aku tengok | Kau ini, pergilah mandi! Sudah macam orang penat aku tengok |
Kite nak gi Koselagow | Kita nak pergi Kuala Selangor |
Perbezaan Kosa Kata
Bahasa Melayu Selangor yang paling asli ialah Subdialek Selangor Barat
Bahasa Melayu Selangor | Bahasa Melayu Piawai |
---|---|
Kenape | Kenapa |
Besaw/Besow | Besar |
Kau/Ko | Kamu |
Runto | Runtuh |
Antaw | Hantar |
Ari | Hari |
Ijau/Ijo | Hijau |
Itam | Hitam |
Puteh | Putih |
Meyrah | Merah |
Wane | Warna |
Peno | Penuh |
Keje | Kerja |
Satuw | Satu |
Duwe | Dua |
Tige | Tiga |
Pat | Empat |
Limew | Lima |
Nam | Enam |
Tujo | Tujuh |
Semilan | Sembilan |
Sepulo | Sepuluh |
Doblas | Dua belas |
Doploh | Dua puluh |
Aiw | Air |
Ujan | Hujan |
Amekkan | Ambilkan |
Jap | Kejap |
Doh | Bodoh |
Ati | Hati |
Pegi/gi | Pergi |
Ape/Apew | Apa |
Tidow | Tidur |
Bece | Beca |
Kolumpo | Kuala Lumpur |
Dengkel | Dengkil |
Koselangow | Kuala Selangor |
Kite Selangow | Kita Selangor |
Sunggo | Sungguh |
Syukow | Syukur |
Ulu Langek | Hulu Langat |
Adiah | Hadiah |
Siape/Sape | Siapa |
Gado | Gaduh |
Belajow/Belajaw | Belajar |
Dapow | Dapur |
Kuneng | Kuning |
Luow Bandow/Luaw Bandaw | Luar Bandar |
Ampiw | Hampir |
Endak | Hendak |
Arus | Harus |
Entam | Hentam |
Meje | Meja |
Seluaw/Seluow | Seluar |
Baso | Basuh |
Mane | Mana |
Seblas | Sebelas |
Sejuta/Sejute | Satu Juta |
Oreng | Oren |
Ruso | Rusuh |
Bijik | Biji |
Muso | Musuh |
Pautan Luar
- https://soscili.my/orang-selangor-tidak-sedar-ada-dialek-sendiri-ini-perbezaan-dialek-yang-kita-tak-tahu/?amp=1
- https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/22485
- https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/download/22485/7081
- https://www.scribd.com/document/51680117/DIALEK-MELAYU-SELANGOR