Basir Ismail

Tan Sri Basir Ismail merupakan bekas pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Tan Sri

Basir Ismail
Kelahiran(1927-02-11)11 Februari 1927
Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia19 Januari 2007(2007-01-19) (umur 79)
Sebab kematianSerangan jantung
PekerjaanBekas Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia
Tahun aktif1956–2007
PasanganHamidah Abdul Rahman
Anak-anak4

Basir lahir pada 11 Februari 1927 dan meninggal dunia pada 19 Januari 2007 di usia 79 tahun.

Keluarga

Isteri beliau ialah Puan Sri Hamidah Abdul Rahman .Mereka mempunyai 4 anak iaitu Ahmad Riza , Roshayati, Rozilawati dan Rozana Zeti.

Formula One

Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Basir Ismail adalah orang yang bertanggungjawab meletakkan Malaysia dalam peta perlumbaan Formula Satu. Pada tahun 1996, Mahathir, Azizan Zainul Abidin bekas presiden Petronas, dan Basir Ismail telah menyaksikan Portuguese Grand Prix pada 1996 di Lisbon dan bercadang Formula Satu ke Malaysia.

Pengalaman korporat

Beliau pernah menjadi pegawai di Jabatan Pertanian dan menjadi Pengerusi Syarikat Pegawai-Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Bekerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Berhad (kini Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad). Basir Ismail menubuhkan Syarikat Bekerjasama-sama Permodalan Melayu Negeri Johor Dengan Tanggungan Berhad (kini Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor .[1]

Beliau pernah menjadi pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, pengerusi Pusat Pakar Universiti Malaya dan pelbagai jawatan kanan di Kementerian Pertanian semasa mudanya dari 1956 hingga 1970. Antara jawatan terakhir beliau ialah pengerusi Malaysia Airports Berhad , Kumpulan FIMA, Institut Penyelidikan Kelapa Sawit, Lembaga Padi Dan beras Negara dan Sepang F1 International Circuit

Buku terakhir beliau ialah `Management Astray: Resuscitating Ailing Organisations' .

Rujukan

  1. ^ Allahyarham Tan Sri Basir Ismail Dalam Kenangnan[pautan mati kekal]