Biawak Serunai

Biawak Serunai
Pengelasan saintifik


Biawak Serunai (bahasa Inggeris: Roughneck monitor) ialah sejenis biawak yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Varanus rudicollis[1]

Biawak Serunai merupakan haiwan yang dilindung sepenuhnya dan tidak dibenarkan sama sekali untuk di eksport. Kebenaran khas perlu didapati daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk tujuan pemeliharaan bagi penyelidikan atau pameran seperti di Zoo.

Mereka yang didapati bersalah kerana cuba mengeksport Biawak Serunai melanggar Bil 76, Akta Perlindungan Haiwan liar 1972, yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 68 akta berkenaan, yang membawa hukuman denda RM3,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pautan Google

  • Protection of Wild Life Act 1972
    LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76
  • http://www.mampam.com/index.php?option=com_content&task=view&id=58&Itemid=101 Diarkibkan 2016-04-06 di Wayback Machine
  • Carian gambar di Yahoo.
  • Carian gambar di Google.
  1. ^ Varanus rudicollis