Cacar monyet

Cacar monyet
Ruam kulit akibat cacar monyet pada anak perempuan berusia 4 tahun
PengkhususanPenyakit berjangkit
GejalaRuam, demam, sakit otot, sakit tekak, nodus limfa bengkak[1]
KerumitanJangkitan sekunder, pneumonia, sepsis, ensefalitis, kehilangan penglihatan dengan jangkitan mata teruk[2]
Permulaan biasa
5-21 hari setelah pendedahan[3]
Tempoh2 ke 4 minggu[3]
JenisKlad I, Klad II[2]
PuncaVirus cacar monyet[4]
Kaedah diagnosis
Pengesanan DNA virus[2]
Diagnosis pembezaan
Cacar air, variola[5]
PencegahanVaksin cacar[6]
RawatanSokongan[2]
Rawatan perubatan
Tekovirimat, antivirus
PrognosisKebanyakannya pulih[7]
KekerapanJarang[4]
Kematiankurang 1% (klad Afrika Barat),[8] hingga 10%[3] (klad lembangan Kongo, tanpa rawatan)[9]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Cacar monyet (diberi nama baharu mpox pada 2022)[10] ialah suatu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan virus cacar monyet dalam sesetengah haiwan, termasuk manusia.[2] ialah suatu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan virus cacar monyet dalam sesetengah haiwan termasuk manusia.[4] Gejala termasuk ruam yang membentuk lepuh dan kemudian menjadi berkerak, demam, bengkak nodus limfa dan lelah. Penyakit ini biasanya ringan, dan kebanyakan individu yang dijangkiti pulih dalam beberapa minggu tanpa rawatan.[7] Masa dari pendedahan hingga permulaan gejala adalah antara lima hingga dua puluh satu hari, dan gejala biasanya berlarutan antara dua hingga empat minggu.[1] Walau bagaimanapun, kes-kes cacar mungkin bersifat teruk, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, wanita mengandung atau mereka dengan sistem imun yang terjejas.[11]

Punca dan diagnosis

Penyakit ini disebabkan oleh virus Orthopoxvirus monkeypox, dahulunya dikenali sebagai "virus cacar monyet",[12] iaitu virus zoonotik dalam genus Orthopoxvirus. Virus variola, yang menyebabkan cacar, juga berada dalam genus ini.[2] Penularan dari manusia ke manusia boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan kulit atau cecair badan yang dijangkiti, termasuk melalui hubungan seksual.[2] Orang yang dijangkiti kekal berjangkit dari permulaan gejala sehingga semua luka telah berkerak dan sembuh. Seseorang dapat dijangkiti virus akibat digigit atau dicakar haiwan, bersentuhan dengan daging atau bendalir tubuh haiwan liar terjangkit, objek tercemar atau berada dalam jarak dekat dengan orang yang dijangkiti. Virus cacar monyet umumnya mengalir dalam kalangan rodensia.[13] Diagnosis boleh disahkan melalui ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) pada sampel luka untuk DNA virus.[2] Tanda klinikal penyakit ini mirip dengan cacar air.[5]

Rawatan

Vaksinasi disyorkan pada mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti.[2] Tiada vaksin yang dibangunkan khusus untuk mpox, tetapi vaksin cacar didapati berkesan.[14] Tiada rawatan khusus untuk penyakit ini, jadi rawatan bertujuan untuk menguruskan gejala dan mencegah komplikasi.[2][15] Vaksin cacar (variola) dapat mencegah jangkitan dengan keberkesanan 85%.[6][16] Pada 2019, vaksin cacar monyet, Jynneos (juga dikenal sebagai Imvanex di Kesatuan Eropah dan Imvamune di Kanada[17]), telah disetujui bagi penggunaan terhadap orang dewasa di Amerika Syarikat.[18] Buat masa kini, tiada rawatan khusus untuk merawat penyakit ini, dan fokus utama rawatan ialah pengurusan gejala serta kawalan penyakit.[15] Terapi lazim yang digunakan saat ini ialah tekovirimat, antivirus yang secara khusus ditujukan untuk mengubati virus ortopoks, walaupun keberkesanannya masih belum terbukti.[19] Ubat ini disetujui untuk mengubati cacar monyet di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Sidofovir atau brinsidofovir mungkin juga bermanfaat bagi melawan penyakit ini.[5][20] Risiko kematian, jika tidak diubati, dilaporkan sebesar 10% hingga 11% dalam klad basin Kongo (Afrika Tengah).[3][21][22]

Cacar monyet pertama kali dikenal pasti pada 1958 dalam monyet makmal di Copenhagen, Denmark.[23] Walaupun demikian, monyet bukanlah reservoir alami virus tersebut.[24] Kes pertama melibatkan manusia ditemui pada 1970 di Republik Demokratik Congo.[23] Wabak cacar monyet yang terjadi di Amerika Syarikat pada 2003 diduga berasal dari pasaran haiwan peliharaan serta penjualan haiwan rodensia yang diimport dari Ghana.[6] Wabak cacar monyet 2022 merupakan insiden pertama penularan meluas di luar Afrika, yang dimulai di England pada Mei 2022, dengan kes-kes berikutnya dikesan di kawasan Eropah, Amerika, Australia dan Timur Tengah.[25][26] Wabak global klad II pada tahun 2022–2023 menandakan kejadian pertama penularan komuniti yang meluas di luar Afrika. Pada Julai 2022, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak tersebut sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC). WHO menarik balik status ini pada Mei 2023 setelah wabak tersebut berjaya dikawal, dengan memetik gabungan vaksinasi dan maklumat kesihatan awam sebagai langkah kawalan yang berjaya.[27]

Wabak klad I mpox dikesan di Republik Demokratik Congo pada tahun 2023. Sehingga Ogos 2024, ia telah merebak ke beberapa negara di Afrika, menimbulkan kebimbangan bahawa ia mungkin telah menyesuaikan diri untuk penularan manusia yang lebih berterusan.[28][21] Pada 14 Ogos 2024, WHO mengisytiharkan wabak ini sebagai PHEIC.[29] Pada hari berikutnya, kes pertama di luar Afrika dilaporkan di Sweden.[30]

Penamaan

Nama monkeypox pada asalnya diperoleh kerana penyakit ini pertama kali dikenal pasti pada monyet makmal.[31] Nama ini kemudiannya dikritik sebagai istilah yang salah kerana monyet bukanlah hos utama atau takungan penyakit ini. Ia juga dikritik kerana nama tersebut mengukuhkan unsur perkauman dan stigma terhadap negara-negara Afrika sebagai sumber penyakit.[32]

Selepas permintaan daripada beberapa organisasi kesihatan awam dan saintis, yang berhujah bahawa isu-isu ini menghalang usaha untuk mengawal wabak penyakit tersebut,[33] subjenis virus cacar monyet telah dinamakan semula pada Ogos 2022: klad Lembangan Congo (Afrika Tengah) dinamakan semula sebagai klad I, dan klad Afrika Barat dinamakan semula sebagai klad II.[34] Pada November 2022, WHO mengumumkan bahawa ia "akan menggunakan istilah mpox dalam komunikasinya dan menggalakkan pihak lain untuk mengikuti cadangan ini."[10]

Tanda dan gejala

Peringkat perkembangan lesi mpox
Perkembangan lesi nekrotik mpox selepas kecederaan batang jarum daripada pustul[35]
Lesi mpox pada zakar
Pembesaran tonsil kanan dengan lesi pustul di atasnya semasa wabak 2022.

Gejala awal jangkitan mpox termasuk demam, sakit otot, dan sakit tekak, diikuti dengan ruam yang gatal atau menyakitkan, sakit kepala, nodus limpa bengkak, dan keletihan. Tidak semua orang akan menunjukkan kesemua gejala tersebut.[2][1]

Kebanyakan pesakit mpox mula menunjukkan gejala 4–11 hari selepas jangkitan. Walau bagaimanapun, tempoh inkubasi/pengeraman boleh sependek satu hari. Wabak 2022–2023 mendedahkan bahawa tempoh inkubasi sehingga 4 minggu adalah mungkin, dengan 5% kes mempunyai tempoh inkubasi lebih lama daripada 21 hari yang diandaikan sebelum ini.[2][36]

Ruam tersebut terdiri daripada banyak lesi kecil, yang mungkin muncul pada tapak tangan, tapak kaki, muka, mulut, tekak, alat kelamin, atau dubur.[2] Lesi tersebut bermula sebagai bintik rata kecil sebelum berkembang menjadi benjolan kecil yang kemudian dipenuhi cecair, akhirnya pecah dan berkerak, yang biasanya berlangsung sekitar sepuluh hari.[1] Dalam kes-kes yang jarang berlaku, lesi boleh menjadi nekrosis, memerlukan pendebridan dan mengambil masa lebih lama untuk sembuh.[37][35]

Sesetengah pesakit mungkin hanya menunjukkan satu kudis daripada penyakit ini, manakala yang lain mungkin mempunyai ratusan. Seseorang boleh dijangkiti virus Orthopoxvirus monkeypox tanpa menunjukkan sebarang gejala.[2] Gejala biasanya berlarutan selama dua hingga empat minggu tetapi mungkin berterusan lebih lama pada pesakit dengan sistem imun yang lemah.[1][2]

Komplikasi

Komplikasi termasuk jangkitan sekunder, radang paru-paru, sepsis, ensefalitis, dan kehilangan penglihatan akibat jangkitan kornea.[2] Individu dengan sistem imun yang lemah, sama ada disebabkan oleh ubat, keadaan perubatan, atau HIV, lebih berkemungkinan mengalami kes penyakit yang teruk.[2] Jika jangkitan berlaku semasa kehamilan, ia boleh menyebabkan kelahiran mati atau komplikasi lain.[11]

Kesan sampingan

Sekiranya tiada komplikasi, kesan sampingan jarang berlaku. Selepas sembuh, kerak mungkin meninggalkan kesan pucat sebelum menjadi parut yang lebih gelap.[38]

Kematian

Jika diikutkan sejarah terdahulu, kadar kematian kes (CFR) wabak terdahulu dianggarkan antara 1% hingga 10%, dengan klad I dianggap lebih teruk daripada klad II.[39][40]

Kadar kematian kes untuk wabak global 2022–2023 yang disebabkan oleh klad IIb sangat rendah, dianggarkan pada 0.16%, dengan majoriti kematian berlaku pada individu yang sudah mengalami sistem imun yang lemah.[41] Sebaliknya, pada April 2024, wabak klad I di Republik Demokratik Congo mempunyai CFR sebanyak 4.9%.[42]

Perbezaan besar antara anggaran ini dikaitkan dengan:

  • perbezaan dalam virulens klad I berbanding klad II.[42]
  • pelaporan yang kurang terhadap kes ringan atau tanpa gejala di kawasan endemik di Afrika, yang biasanya mempunyai infrastruktur penjagaan kesihatan yang lemah.[39]
  • evolusi virus menyebabkan penyakit yang lebih ringan pada manusia.[43]
  • kesihatan umum dan penjagaan kesihatan yang lebih baik dalam populasi yang paling terjejas oleh wabak global 2022–2023.[39]

Pada haiwan lain

Mamalia kecil diandaikan menyediakan takungan bagi virus di kawasan endemik.[44] Penularan dalam kalangan haiwan berlaku melalui laluan tinja oral, juga melalui hidung, luka dan memakan daging yang dijangkiti.[45] Penyakit ini juga telah dilaporkan dalam pelbagai haiwan lain, termasuk monyet, pemakan semut, landak, anjing padang, tupai, dan cencorot (tikus kesturi). Tanda dan gejala pada haiwan tidak banyak dikaji dan kajian lanjut sedang dijalankan.[44]

Terdapat kes jangkitan haiwan di luar Afrika endemik; semasa wabak di AS pada tahun 2003, ynomys (Cynomys ludovicianus) dijangkiti dan menunjukkan demam, batuk, sakit mata, kurang selera makan, dan ruam.[46] Terdapat juga satu kes anjing peliharaan (Canis familiaris) yang dijangkiti dan menunjukkan lesi serta pengulseran.[47]

Punca

Cacar monyet dalam kalangan manusia serta haiwan disebabkan oleh virus cacar monyetvirus DNA dwibebenang dalam genus Orthopoxvirus, keluarga Poxviridae, berkait dengan variola, cacar lembu dan vaksinia. Dua subjenis virus yang ada ialah Klad I dan Klad II.[2] Klad II dibahagikan lagi menjadi subklad: Klad IIa dan Klad IIb. Kes yang dikenal pasti dalam wabak dunia 2022-2023 berlaku disebabkan oleh Klad IIb.[2] Klad I secara amnya terhad di Republik Demokratik Congo, dan dianggarkan menyebabkan penyakit yang lebih teruk dengan peluang maut lebih tinggi berbanding IIa dan IIb.[48]

Struktur dan skala virus cacar monyet

Virus ini disifatkan endemik di kawasan hutan hujan tropika di Afrika Tengah dan Barat.[49] Di samping monyet, virus ini telah dikenal pasti hadir dalam tikus Cricetomys gambianus, tikus Graphiurus spp., dan tupai Afrika (Heliosciurus dan Funisciurus). Penggunaan haiwan ini sebagai sumber makanan mungkin menjadi sumber penghantaran utama virus ke manusia.[2]

Penularan

Takungan semula jadi bagi Orthopoxvirus monkeypox dipercayai adalah mamalia kecil di Afrika tropika.[49] Virus ini boleh ditularkan dari haiwan ke manusia melalui gigitan atau cakaran, atau semasa aktiviti seperti memburu, mengupas kulit, atau memasak haiwan yang dijangkiti. Virus ini memasuki badan melalui kulit yang tercedera, atau permukaan mukosa seperti mulut, saluran pernafasan, atau alat kelamin.[2]

Mpox boleh ditularkan dari seorang individu ke individu lain melalui sentuhan dengan bahan lesi berjangkit atau cecair pada kulit, di mulut, atau pada alat kelamin; ini termasuk sentuhan, hubungan rapat, dan semasa hubungan seks. Ia juga boleh merebak dari sentuhan rapat yang berpanjangan dengan individu yang dijangkiti melalui titisan pernafasan.[2][50] Semasa wabak global 2022–2023 bagi klad II, penularan antara manusia hampir sepenuhnya melalui hubungan seksual.[51]

Risiko jangkitan dari fomit (objek yang boleh menjadi berjangkit selepas disentuh oleh individu yang dijangkiti) seperti pakaian atau cadar adalah lebih rendah, tetapi langkah berjaga-jaga harus diambil.[50]

Rawatan

Kebanyakan kes cacar hadir dengan gejala ringan, dan pulih sepenuhnya dalam 2 hingga 4 minggu.[11] Tiada rawatan khusus bagai penyakit ini, tetapi antivirus seperti tekovirimat telah diluluskan bagi rawatan cacar monyet teruk.[19][52][15] Kesakitan adalah biasa dan mungkin teruk; rawatan sokongan seperti kawalan sakit dan demam mungkin diberi.[11][53] Pesakit dengan gejala ringan perlu dilindungi di rumah, berada dalam hidrasi baik, makan dengan baik, dan mengambil langkah-langkah untuk menjaga kesihatan mental.[2]

Pesakit dengan risiko tinggi termasuk kanak-kanak, wanita mengandung, warga emas dan dengan sistem imun yang terganggu.[54] Bagi para pesakit ini atau pesakit tahap teruk, rawatan di hospital dengan pemantauan gejala secara rapi adalah digalakkan.[53] Rawatan bergejala adalah digalakkan bagi komplikasi seperti proktitis dan kegatalan.[53]

Rujukan

  1. ^ a b c d e "Mpox Symptoms". U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). 2 February 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 May 2023. Dicapai pada 21 May 2023.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w "WHO Factsheet – Mpox (Monkeypox)". World Health Organization (WHO). 18 April 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2022. Dicapai pada 21 May 2023.
  3. ^ a b c d "Signs and Symptoms Monkeypox". CDC (dalam bahasa Inggeris). 11 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 October 2017. Dicapai pada 15 October 2017.
  4. ^ a b c "About Monkeypox". CDC (dalam bahasa Inggeris). 11 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2017. Dicapai pada 15 Oktober 2017.
  5. ^ a b c McCollum AM, Damon IK (January 2014). "Human monkeypox". Clinical Infectious Diseases. 58 (2): 260–267. doi:10.1093/cid/cit703. PMID 24158414.
  6. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CDC2015Out
  7. ^ a b "Monkeypox". GOV.UK. 24 May 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2022. Dicapai pada 28 May 2022.
  8. ^ Sklenovská N, Van Ranst M (September 2018). "Emergence of Monkeypox as the Most Important Orthopoxvirus Infection in Humans". Frontiers in Public Health. 6: 241. doi:10.3389/fpubh.2018.00241. PMC 6131633. PMID 30234087.
  9. ^ Osorio, J.E.; Yuill, T.M. (2008). "Zoonoses". Encyclopedia of Virology. m/s. 485–495. doi:10.1016/B978-012374410-4.00536-7. ISBN 9780123744104. S2CID 214756407.
  10. ^ a b "WHO recommends new name for monkeypox disease" (Siaran akhbar). World Health Organization (WHO). 28 November 2022. Dicapai pada 29 November 2022. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Who291122" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  11. ^ a b c d "Mpox (monkeypox)". World Health Organisation. 12 May 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 May 2023. Dicapai pada 24 May 2023.
  12. ^ "Orthopoxvirus monkeypox". International Committee on Taxonomy of Viruses. Dicapai pada 2024-08-17.
  13. ^ "Transmission Monkeypox". CDC (dalam bahasa Inggeris). 11 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 October 2017. Dicapai pada 15 October 2017.
  14. ^ Christodoulidou MM, Mabbott NA (1 January 2023). "Efficacy of smallpox vaccines against Mpox infections in humans". Immunotherapy Advances. 3 (1): ltad020. doi:10.1093/immadv/ltad020.
  15. ^ a b c "Mpox (formerly Monkeypox)". NIH: National Institute of Allergy and Infectious Diseases (dalam bahasa Inggeris). 6 December 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 May 2023. Dicapai pada 24 May 2023. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "NIH_Mpox" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  16. ^ "Treatment | Monkeypox | Poxvirus | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 2021-07-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-15. Dicapai pada 2022-05-18.
  17. ^ "Smallpox Vaccine Supply & Strength". National Institute of Allergy and Infectious Diseases (NIAID). 26 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2019. Dicapai pada 16 October 2019.
  18. ^ "FDA approves first live, non-replicating vaccine to prevent smallpox and monkeypox". FDA (dalam bahasa Inggeris). 24 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2019. Dicapai pada 27 September 2019.
  19. ^ a b "Patient's Guide to Mpox Treatment with Tecovirimat (TPOXX)". Centers for Disease Control and Prevention. 28 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 May 2023. Dicapai pada 2023-05-24.
  20. ^ "Treatment | Monkeypox | Poxvirus | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 28 December 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2019. Dicapai pada 11 October 2019.
  21. ^ a b Marriott KA, Parkinson CV, Morefield SI, Davenport R, Nichols R, Monath TP (January 2008). "Clonal vaccinia virus grown in cell culture fully protects monkeys from lethal monkeypox challenge". Vaccine. 26 (4): 581–588. doi:10.1016/j.vaccine.2007.10.063. PMID 18077063.
  22. ^ "Multi-country monkeypox outbreak in non-endemic countries". World Health Organization. Dicapai pada 22 May 2022.
  23. ^ a b "Monkeypox". CDC (dalam bahasa Inggeris). 11 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 October 2017. Dicapai pada 15 October 2017.
  24. ^ https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/monkeypox
  25. ^ "Monkeypox cases investigated in Europe, the United States, Canada and Australia". BBC News. Dicapai pada 20 May 2022.
  26. ^ Efrati, Ido. "Israel Confirms First Case of Monkeypox Virus". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 May 2022.
  27. ^ "Mpox (monkeypox) Outbreak". www.who.int (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 July 2022. Dicapai pada 13 May 2023.
  28. ^ "How scientists are racing to understand the new Mpox strain in the Democratic Republic of the Congo". VaccinesWork | Gavi, the Vaccine Alliance (dalam bahasa Inggeris). 30 July 2024. Dicapai pada 6 August 2024.
  29. ^ "WHO declares mpox a public health emergency as newer strain spreads in Africa". www.msn.com. 14 August 2024. Dicapai pada 14 August 2024.
  30. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :5
  31. ^ "About Mpox". U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 March 2023. Dicapai pada 13 March 2023.
  32. ^ Taylor L (June 2022). "Monkeypox: WHO to rename disease to prevent stigma". BMJ. 377: o1489. doi:10.1136/bmj.o1489.
  33. ^ "Urgent need for a non-discriminatory and non-stigmatizing nomenclature for monkeypox virus". Virological (dalam bahasa Inggeris). 16 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2023. Dicapai pada 25 May 2023.
  34. ^ "Monkeypox: experts give virus variants new names". World Health Organization (WHO) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-16.
  35. ^ a b Caldas JP, Valdoleiros SR, Rebelo S, Tavares M (December 2022). "Monkeypox after Occupational Needlestick Injury from Pustule". Emerging Infectious Diseases. 28 (12): 2516–2519.
  36. ^ McFarland SE, Marcus U, Hemmers L, Miura F, Iñigo Martínez J, Martínez FM, Montalbán EG, Chazelle E, Mailles A, Silue Y, Hammami N, Lecompte A, Ledent N, Vanden Berghe W, Liesenborghs L, Van den Bossche D, Cleary PR, Wallinga J, Robinson EP, Johansen TB, Bormane A, Melillo T, Seidl C, Coyer L, Boberg R, Jurke A, Werber D, Bartel A (July 2023). "Estimated incubation period distributions of mpox using cases from two international European festivals and outbreaks in a club in Berlin, May to June 2022". Euro Surveillance. 28 (27).
  37. ^ Prasad, Sonya; Galvan Casas, Cristina; Strahan, Alexis G.; Fuller, L. Claire; Peebles, Klint; Carugno, Andrea; Leslie, Kieron S.; Harp, Joanna L.; Pumnea, Teodora; McMahon, Devon E.; Rosenbach, Misha; Lubov, Janet E.; Chen, Geoffrey; Fox, Lindy P.; McMillen, Allen (March 2023). "A dermatologic assessment of 101 mpox (monkeypox) cases from 13 countries during the 2022 outbreak: Skin lesion morphology, clinical course, and scarring". Journal of the American Academy of Dermatology. 88 (5): 1066–1073. ISSN 0190-9622.
  38. ^ Petersen BW, Damon IK (2020). "348. Smallpox, monkeypox and other poxvirus infections". Dalam Goldman L, Schafer AI (penyunting). Goldman-Cecil Medicine. 2 (ed. 26th). Philadelphia: Elsevier. m/s. 2180–2183. ISBN 978-0-323-53266-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 January 2023. Dicapai pada 28 May 2022.
  39. ^ a b c Vogel L (August 2022). "Making sense of monkeypox death rates". CMAJ. 194 (31): E1097. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 May 2023. Dicapai pada 31 May 2023.
  40. ^ Gessain A, Nakoune E, Yazdanpanah Y (November 2022). "Monkeypox". The New England Journal of Medicine. 387 (19): 1783–1793.
  41. ^ "Mpox (monkeypox) – Prognosis". BMJ Best Practice. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 May 2023. Dicapai pada 31 May 2023.
  42. ^ a b McQuiston JH, Luce R, Kazadi DM, Bwangandu CN, Mbala-Kingebeni P, Anderson M, Prasher JM, Williams IT, Phan A, Shelus V, Bratcher A, Soke GN, Fonjungo PN, Kabamba J, McCollum AM, Perry R, Rao AK, Doty J, Christensen B, Fuller JA, Baird N, Chaitram J, Brown CK, Kirby AE, Fitter D, Folster JM, Dualeh M, Hartman R, Bart SM, Hughes CM, Nakazawa Y, Sims E, Christie A, Hutson CL (May 2024). "U.S. Preparedness and Response to Increasing Clade I Mpox Cases in the Democratic Republic of the Congo – United States, 2024". MMWR. Morbidity and Mortality Weekly Report (dalam bahasa Inggeris). 73 (19): 435–440.
  43. ^ Dumonteil E, Herrera C, Sabino-Santos G (February 2023). "Monkeypox Virus Evolution before 2022 Outbreak". Emerging Infectious Diseases. 29 (2): 451–453. doi:10.3201/eid2902.220962.
  44. ^ a b "Mpox in Animals". Centers for Disease Control and Prevention. 4 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2024. Dicapai pada 25 May 2023.
  45. ^ Nash SL, Palmer SB, Wingfield WE (2009). "1.11. Zoonoses and zoonotic diseases". Dalam Wingfield WE, Palmer SB (penyunting). Veterinary Disaster Response. Iowa: John Wiley & Sons. m/s. 167–168. ISBN 978-0-8138-1014-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2024. Dicapai pada 1 June 2022.
  46. ^ "Examining Animals With Suspected Monkeypox | Monkeypox | Poxvirus". U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). 19 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 May 2022. Dicapai pada 24 May 2022.
  47. ^ Seang S, Burrel S, Todesco E, Leducq V, Monsel G, Le Pluart D, Cordevant C, Pourcher V, Palich R (August 2022). "Evidence of human-to-dog transmission of monkeypox virus". Lancet. 400 (10353): 658–659. doi:10.1016/S0140-6736(22)01487-8.
  48. ^ "Mpox (formerly Monkeypox) | NIH: National Institute of Allergy and Infectious Diseases". www.niaid.nih.gov (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 May 2023. Dicapai pada 2023-05-26.
  49. ^ a b Moore, Marlyn J.; Rathish, Balram; Zahra, Farah (30 November 2022), "Mpox (Monkeypox)", StatPearls, StatPearls Publishing, diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2023, dicapai pada 2023-05-26
  50. ^ a b "Mpox – How It Spreads". Centers for Disease Control and Prevention (dalam bahasa Inggeris). 2 February 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 May 2023. Dicapai pada 23 May 2023.
  51. ^ "Safer Sex, Social Gatherings, and Mpox". Centers for Disease Control and Prevention (dalam bahasa Inggeris). 28 April 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2023. Dicapai pada 26 May 2023.
  52. ^ "Tecovirimat SIGA". European Medicines Agency. 28 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2022. Dicapai pada 19 May 2022.
  53. ^ a b c "Mpox (monkeypox) – Treatment algorithm". BMJ Best Practice. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 December 2022. Dicapai pada 14 March 2023.
  54. ^ "Factsheet for health professionals on mpox (monkeypox)". European Centre for Disease Prevention and Control (dalam bahasa Inggeris). 25 October 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 June 2022. Dicapai pada 29 May 2023.
Pengelasan