Eco-marathon

Eco-marathon merupakan satu pertandingan tahunan anjuran syarikat petroleum Shell yang menguji sejauh mana kereta-kereta yang menyertai dapat meningkatkan kecekapan bahan api. Ia pernah diadakan di United Kingdom, Finland, Perancis, Holland, Jepun dan Amerika Syarikat.

Terdapat banyak kategori dalam kejohanan ini: berkuasa sel bahan api, sel suria, petrol, diesel dan LPG.

Keputusan

Dalam Shell Eco-Marathon Europe 2008, pasukan Belanda De Haagse Hogeschool memenangi kategori konsep bandar dengan mendapat 848 km seliter daripada kenderaan berkuasa hidrogen sementara Lycee La Joliverie dari Perancis memenangi kategori prototaip untuk mengembara 3,382 km seliter dengan kenderaan menggunakan tenaga petrol.[1]

Penyertaan Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul sebagai pasukan pertama Malaysia menyertai Shell Eco-Marathon Europe. Pertandingan ini diadakan pada 7 - 9 Mei 2009 di EuroSpeedway Lausitz, Berlin, negara Jerman.[1]

Shell Malaysia menjadi tuan rumah Shell Eco-Marathon Asia di Litar Antarabangsa Sepang pada Julai 2010.

Rujukan

  1. ^ a b UTM Pasukan Pertama Malaysia Cabaran Kecekapan Bahan Api Shell, Bernama

Pautan luar

  • Tapak rasmi Shell Eco-Marathon Diarkibkan 2009-09-17 di Wayback Machine