Gandasuli

Gandasuli
Bunga gandasuli.
Status pemuliharaan

Terlindung  (NatureServe)
Pengelasan saintifik
Alam:
Viridiplantae
Superdivisi:
Tracheophyta
Divisi:
Angiospermophyta
Kelas:
Liliopsida
Superorder:
Commelinids
Order:
Zingiberales
Keluarga:
Zingiberaceae
Genus:
Hedychium
Spesies:
H. coronarium
Nama binomial
Hedychium coronarium
J. Koenig
Sinonim
  • Amomum filiforme Hunter ex Ridl.
  • Gandasulium coronarium (J.Koenig) Kuntze
  • Gandasulium lingulatum (Hassk.) Kuntze
  • Hedychium chrysoleucum Hook.
  • Hedychium gandasulium Buch.-Ham. ex Wall.
  • Hedychium lingulatum Hassk.
  • Hedychium maximum Roscoe
  • Hedychium prophetae Buch.-Ham. ex Wall.

Gandasuli[1] (juga gondasuli) atau tentulang terbang[2] (Hedychium coronarium) adalah jenis tumbuhan herba yang mengandungi khasiat perubatan. Pokok ini berasal dari India timur laut, sampai ke pantai timur China.

Tumbuhan ini sering ditemukan di tempat-tempat yang lembap dan dekat aliran air, dan dapat ditemukan di dataran rendah sampai ke ketinggian 1900 m di atas permukaan laut.[3]

Peristilahan

Nama-nama setempat didapati serata Nusantara termasuk:[4]

  • dugahuli (Bahasa Batak Toba)
  • andasoli (Bahasa Sunda),
  • gondasuli, kembang laras (Bahasa Jawa)
  • manasuli, mandasul (Bali)
  • dagasuli, dagahuli (Halmahera Utara, Kepulauan Maluku).

Penerangan

Sejambak bunga gandasuli atau tentulang terbang di dalam tandan.

Gandasuli adalah herba yang tumbuh berukuran besar, dan tidak memiliki batang sebenar kerana batangnya telah diubahsuai menjadi rimpang yang menjalar dan bercabang-cabang di bawah tanah. Akar dan tunasnya tumbuh dari ruas-ruas rimpang yang berisi. Tunas ini tumbuh ke atas dengan batang semu yang dapat mencapai tinggi 1.5-2 m dengan helai berbentuk bujur panah, panjang 7-55 cm, lebar 3-5 cm dan berhujung runcing.[3]

Perbungaannya berbentuk bulir (spike) dengan tandan berwarna hijau bersisip kuntum bunga. Bunga tersebut berbentuk seperti kupu-kupu dengan bibir berwarna kuning, dan bau harum seperti cempaka. Buahnya adalah berbentuk lenggai berwarna jingga terang, pecah setelah matang, dan mengeluarkan benih berwarna merah. Pokok ini sesuai ditanam di tempat yang mendapat sinaran matahari penuh, subur dan bersaliran baik.[5]

Kelebihan

Keratan rimpang atau umbi batang gandasuli berguna dalam tujuan perubatan. Rimpang ini mempunyai rasa yang pahit dan pedas ketika ditelan. Kandungan bahan kimia yang terkandung dalam gandasuli antaranya adalah glukosa, albumin dan resin, selulosa, dan berbagai asam organik.

Khasiat perubatan gandasuli termasuklah membantu perpeluhan dan perangsang enzim pencernaan. Gandasuli banyak digunakan untuk menyembuhkan penyakit seperti sakit kepala, demam, keradangan, gangguan pencernaan, masalah haid tidak teratur, reumatik, luka dan lebam, dan lain-lain.[3]

Hubungan dengan manusia

Daun gandasuli pernah dipercayai mampu menghalau gangguan langsuir dan hantu sejenisnya.[6]:78–81

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "gandasuli". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "tentulang". SEAlang Library Malay Lexicography. Southeast Asian Languages Library. 2005.
  3. ^ a b c Wijayakusuma, Hembing (2000). "Gandasuli". Ensiklopedia millenium: Bunga-bungaan. Jakarta: Prestasi Insan Indonesia. m/s. 58–60. ISBN 979-9157-18-8.
  4. ^ "Gandasuli [Hedychium coronarium Koen.] - Khasiat & Manfaat". Tanamanherbal. Dicapai pada 1 Mei 2020.
  5. ^ "Hedychium coronarium Roxb". Flora Fauna Web. Lembaga Taman Negara Singapura. 2019. Dicapai pada 3 Disember 2021.
  6. ^ Skeat, Walter William (1900). "Chapter 3: Relations with the Supernatural World". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 56–82.

Pautan luar

  • Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
  • Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura
Pengenalpastian takson
  • Wd: Q1994229
  • APDB: 20059
  • BOLD: 370882
  • EoL: 1118165
  • EPPO: HEYCO
  • FNA: 200028392
  • FoC: 200028392
  • GBIF: 2758744
  • GRIN: 18576
  • iNaturalist: 143955
  • IPNI: 796836-1
  • IRMNG: 10766180
  • ITIS: 42396
  • IUCN: 13416798
  • NCBI: 71610
  • NZOR: 649d20ba-0472-46ae-b6ef-11ba08d8f1a9
  • PfaF: coronarium Hedychium coronarium
  • Plantarium: 54199
  • Plant List: kew-248115
  • PLANTS: HECO11
  • POWO: urn:lsid:ipni.org:names:796836-1
  • Tropicos: 34500026
  • WCSP: 248115