Gunung Wakakusa

Gunung Wakakusa is located in Bumi
Gunung Wakakusa
Gunung Wakakusa (Bumi)
LokasiNara, JepunInduk banjaranPergunungan Kasagi [ja]

Gunung Wakakusa (若草山code: ja is deprecated , Wakakusa-yama), juga dikenali sebagai Gunung Mikasa (三笠山 Mikasa-yama), ialah sebuah gunung berketinggian 342 meter (1,122 ka) yang terletak di timur Taman Nara di bandar Nara, Wilayah Nara, Jepun. Nama gunung tersebut secara harfiahnya bermaksud "rumput muda". Gunung tersebut ditutup dari 12 Disember hingga 17 Mac dan tidak boleh dimasuki.

Pada hari Sabtu keempat setiap Januari, rumput mati di Gunung Wakakusa dibakar dalam perayaan tahunan yang dikenali sebagai Yamayaki (山焼き secara harfiah "pembakaran gunung").[2] Tradisi ini kononnya berasal dari pertikaian sempadan antara dua kuil, Tōdai-ji dan Kōfuku-ji pada tahun 1760; selepas pengantaraan gagal, seluruh gunung itu dibakar. Penjelasan lain menunjukkan bahawa pembasmian babi hutan atau haiwan perosak lain ialah tujuan asal. Perayaan tersebut kini dimulakan dengan upacara menyalakan api oleh wakil kedua-dua kuil, diikuti dengan pertunjukan bunga api. Perayaan tesebut kadangkala ditangguhkan atau dibatalkan kerana cuaca buruk atau semasa perang.

Lokasi menonton Pesta Yamayaki

Pembakaran Gunung Wakakusa sebagai sebahagian daripada perayaan tahunan boleh dilihat dari bandar Nara dan banyak lokasi lain di bahagian utara Lembangan Nara. Ia boleh dilihat pada jarak yang lebih jauh dari tempat letak kereta bertingkat Aeon Mall Yamato-kōriyama, dan dari bangunan di bandar Kashihara dan Gose. Lereng bukit yang menyala-nyala juga boleh dilihat dari Gunung Kongo, Gunung Ikoma, Hozan-ji, dan lorong ryokan betul-betul di bawahnya. Walau bagaimanapun, lokasi tontonan yang paling popular termasuk Taman Nara berhampiran pagoda lima tingkat Kofuku-ji, kolam Oike berhampiran Yakushi-ji dan Istana Heijo.

Galeri

  • Pemandangan Nara
    Pemandangan Nara
  • Pemandangan malam Nara
    Pemandangan malam Nara
  • Pemandangan dari Istana Heijo (dengan Gunung Kasuga di kanan)
    Pemandangan dari Istana Heijo (dengan Gunung Kasuga di kanan)
  • Yakushiji dan Gunung Wakakusa dilihat dari kolam Oike
    Yakushiji dan Gunung Wakakusa dilihat dari kolam Oike
  • Pembakaran rumput mati beserta persembahan bunga api
    Pembakaran rumput mati beserta persembahan bunga api
  • Pembakaran rumput mati (dalangan)
    Pembakaran rumput mati (dalangan)

Rujukan

  1. ^ a b Templat:Cite opentopomap
  2. ^ "A centuries-old ritual that sets a mountain on fire". Japan National Tourism Organization.