Hari Afrika
Hari Afrika | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Hari Kebebasan Afrika |
Diraikan oleh/di | negara ahli bagi Kesatuan Afrika |
Jenis | cuti antarabangsa, kebudayaan dan bersejarah |
Kepentingan | Afrika |
Tarikh | 25 Mei |
Hari Afrika disambut pada 25 Mei setiap tahun. Ia dimulakan pada 25 Mei 1963 di Addis Ababa, Habsyah. Semua 32 negara di benua Afrika telah bebas atau merdeka dan menandatangani piagam Persatuan Afrika Bersatu (OAU). Pada 1991, OAU menubuhkan Komuniti Ekonomi Afrika (AEC). Pada 2002 OAU digantikan dengan Kesatuan Afrika (AU).
Sambutan di Malaysia
Pesuruhjaya Tinggi Kenya ke Malaysia dan Doyen Perwakilan Diplomat Afrika David Gachoki Njoka menyatakan sambutan Hari Afrika akan disambut oleh seluruh warga Afrika, semua diplomat, pegawai Malaysia di Kuala Lumpur. Tujuannya untuk menghormati tokoh-tokoh pejuang yang membebaskan Afrika dan memperkukuh martabatnya. Mereka sanggup mengorbankan nyawa demi menentukan bahawa kemerdekaan menjadi realiti di benua tua itu. Rakyat Afrika berhadapan dengan pelbagai cabaran bersama seperti kemiskinan, perdagangan, pelaburan dan komunikasi.[1]
Lihat juga
- Hari Pembebasan Afrika
Rujukan
- ^ Perwakilan Diplomat Afrika Sambut Hari Afrika, Bernama
Pautan luar
- Siaran akhbar Hari Afrika 2009 oleh AU Diarkibkan 2009-06-17 di Wayback Machine