Imam Shah

Imam Shah
Imam di majlis perkahwinan Nadia Brian pada 2019.
Kelahiran
Muhammad Imam Shah

(1988-06-21) 21 Jun 1988 (umur 36)
Mount Elizabeth, Singapura
Nama lainEmy
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Usahawan
Tahun aktif2013–kini
Ketinggian179 cm (5 ka 10 in)
PasanganHannah Delisha (k. 2021)
Keluarga
  • Abdul Mu Talib (bapa)
  • Mariana Yati (ibu)
  • Nona Asiah (nenek)
AnugerahMediacorp Suria Personaliti Lelaki Paling Popular 2015

Imam Shah (lahir 21 Jun 1988) ialah seorang pelakon kelahiran Singapura.[1] Beliau terkenal dengan peranan aksinya dalam saluran televisyen Singapura MediaCorp Suria. Di Malaysia, beliau terkenal dengan watak Shafiq dalam Lafazkan Kalimah Cintamu (2018).[2]

Kehidupan Awal

Imam dilahirkan pada 21 Jun 1988 di Singapura dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia.[3] Beliau bersekolah di Sekolah Sri Inai Kuala Lumpur pada tahun 1996-2001 sebelum kembali ke Singapura untuk menjalani perkhidmatan negara sebagai seorang bomba. Imam adalah anak kepada pelakon Singapura Mariana Yati dan cucu kepada Biduanita Nona Asiah.[4] Beliau memiliki darah kacukan Melayu dan Jepun.

Kerjaya

Imam mula berlakon di Singapura sebagai kalefare dalam Mengejar Mentari S2 (2015),[5] sebelum mendapat perhatian dengan peranan utamanya di drama bersiri S.O.S[6][7] dan Firasat (2014). Dia kemudiannya dinobatkan sebagai Personaliti Lelaki Paling Popular dalam Pesta Perdana (2015),[8] menewaskan Syarif Sleeq dan Hisyam Hamid untuk anugerah itu.[9]

Beliau mendapat status penduduk tetap dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 2017 untuk memulakan kerjaya lakonannya dan dipilih untuk memainkan watak Shafiq dalam salah satu novel Siti Rosmizah Semail yang dinantikan bertajuk Lafazkan Kalimah Cintamu pada tahun 2018.[10]

Pada 25 Mac 2020, Imam membintangi bersama pelakon dan rakan lama Hannah Delisha dalam drama aksi SAGA 2.0[11] Setahun kemudian, Imam dan Hannah bertunang dan kemudiannya berkahwin dalam majlis perkahwinan persendirian di Fullerton Hotel Singapore pada 18 Februari 2021.[12][13]

Diskografi

Drama

Rujukan

  1. ^ Haryani Ismail (18 Februari 2024). "Hannah Delisha Imam Shah sah diijabkabulkan". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  2. ^ Rozaimi Zubaidi (31 Januari 2018). "Tonton Lafazkan Kalimah Cintamu". Gempak.com Berita Terkini. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  3. ^ Athirah Zulkifli (18 Februari 2024). "Imam Shah lelaki yang menjadi suami Hannah Delisha". Gempak.com InTrend. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  4. ^ Rubiah Mohd (31 Julai 2024). "Keluarga, kenalan terkesan dengan pemergian Nona Asiah". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  5. ^ Mediacorp (2015). "Content Distribution Mengejar Mentari". Mediacorp Suria. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  6. ^ Linilidia Abdul Hamid (29 Januari 2014). "SOS bantu Imam Kejar impian". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  7. ^ Hakim Yusof (4 Mac 2015). "Imam Shah dulu ditolak". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  8. ^ Eddino Abdul Hadi (19 Januari 2016). "Nurul Aini and Imam Shah are the most popular Malay TV personalities". The Straits Times. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  9. ^ May Seah (13 April 2015). "Dark House Win". Today Online. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  10. ^ "Lafazkan Kalimah Cintaku drama Info". My Info Taip. 15 Januari 2018. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  11. ^ "Drama 'SAGA 2.0' tampilkan seni bela diri campuran dengan aksi". Berita Mediacorp. 24 Mac 2020. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  12. ^ Qarami Hashim (18 Februari 2021). "[VIDEO] Hannah Delisha selamat bernikah dengan pelakon Singapura, Imam Shah - "Akhirnya selepas lima tahun"". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2021.
  13. ^ Tahir Alhamzah (18 Februari 2021). "#Showbiz: Hannah Delisha weds fellow Singaporean actor". New Straits Times. Dicapai pada 26 Ogos 2024.

Pautan luar

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Refleksi S1 Zahid Mediacorp Suria
Mengejar Mentari James
SOS Sufyan
2014 Refleksi S2 Shahrul Mediacorp Suria
Firasat 1 Shahid
The Chalet Boi Ketat DVD
2015 SAGA Zachary Borhan Mediacorp Suria
31 Disember Azam
2016 JB Pailang Chen Lang Filem Tidak diterbitkan
2017 Firasat 2 Shahid Mediacorp Suria
Faculty Daniel Mediacorp Saluran 5
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Zul Helmi TV3
2018 Lafazkan Kalimah Cintamu Shafiq Astro Ria Siti Rosmizah
Oppa, I Love You Reza RTM1
Rintihan Hati Eddy/ Fazli Mediacorp Suria
2019 SAGA 2.0 Zachary Borhan Mediacorp Suria New York Film Festival
2021 Kisah Rumah Tangga Iman Astro Ria
2024 Makan Inc. Ashraf Mediacorp Suria
Dia Imamku Amirul Rafiq Astro Ria Siti Rosmizah