Jun 2012

Singkirkan[pautan mati kekal] cache laman ini
<< Jun >>
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30  
2024

Jun 2012 adalah bulan keenam bagi tahun 2012. Ia bermula pada hari Jumaat dan berakhir selepas 30 hari pada hari Sabtu.

Peristiwa bulan ini

Peristiwa mengikut hari untuk bulan Jun 2012

17 Jun 2012 (Ahad)

Pengundi di Mesir keluar mengundi untuk hari kedua pengundian bagi pusingan kedua pilihan raya presiden Mesir. (BBC)

16 Jun 2012 (Sabtu)

 Republik Rakyat China berjaya membawa kapal angkasanya, Shenzhou 9 dan tiga orang angkasawannya ke modul orbit, Tiangong-1 di angkasa. (BBC) (Al Jazeera)

15 Jun 2012 (Jumaat)

 Itali telah mengumumkan untuk menjual tiga jenis perniagaan milik negeri dengan harapan untuk menyelesaikan masalah hutang negara itu. (BBC)

14 Jun 2012 (Khamis)

Penyanyi kumpulan muzik Westlife, Shane Filan telah diisytiharkan muflis. (The Guardian) (BBC)

13 Jun 2012 (Rabu)

Satu siri pengeboman berlaku di seluruh Iraq termasuklah di Baghdad dan Kirkuk yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 93 maut dan 300 yang lain cedera. (Al Jazeera)

12 Jun 2012 (Selasa)

3,000 orang penduduk di Taiwan dipindahkan atas sebab banjir kilat yang berpunca daripada hujan lebat. (AP melalui ABC News America)

11 Jun 2012 (Isnin)

Myanmar mengisytiharkan perintah darurat selepas beberapa orang terbunuh dalam keganasan sektarian antara penganut Buddha dan umat Islam. (The Guardian)
  • United Kingdom Banjir telah melanda sebahagian besar England dan Wales. (The Guardian)
  • Afghanistan Dua buah gempa bumi telah menggemparkan utara Afghanistan yang telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh. (Google)[pautan mati kekal]
  • Politik dan pilihan raya

    10 Jun 2012 (Ahad)

    Satu pilihan raya tempatan diadakan di negara Romania. (Reuters) Diarkibkan 2012-06-16 di Wayback Machine

    9 Jun 2012 (Sabtu)

    400 orang terperangkap dalam satu kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jammu dan Kashmir, India. (IBN live) Diarkibkan 2012-06-13 di Wayback Machine

    8 Jun 2012 (Jumaat)

    UEFA Euro 2012 membuka tirainya di Poland. (BBC) (Utusan Malaysia)

    7 Jun 2012 (Khamis)

    Dua pertubuhan pejuang Palestin, Hamas dan Fatah bersetuju untuk menubuhkan kerajaan baru di Palestin. (Utusan Malaysia)
    Sains

    4 Jun 2012 (Isnin)

    Perlumbaan basikal Tour de Singkarak 2012 bermula di Kota Sawahlunto, Indonesia.

    3 Jun 2012 (Ahad)

    Ulang tahun ke-60 pemerintahan (Jubli Intan) Ratu Elizabeth II disambut dengan perarakan bot dan kapal di Sungai Thames, London.

    2 Jun 2012 (Sabtu)

    Hosni Mubarak, bekas Presiden Mesir telah dihukum penjara seumur hidup kerana terbukti bersalah dalam Revolusi Mesir 2011.
    Portal:
    •  hal semasa