Kacukan anjing–serigala

Anjing serigala
Hibrid serigala Artik/malamut Alaska dari Lobo Park, Antequera
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing serigala ialah kanin yang terhasil daripada pengawanan anjing bela jinak (Canis familiaris) dengan serigala kelabu (Canis lupus), serigala timur (Canis lycaon), serigala merah (Canis rufus), atau serigala Habsyah (Canis simensis) untuk menghasilkan hibrid.

Percampuran

Hibrid di Poland timur di Taman Hidupan Liar Kadzidłowo. Kiri: Induk: serigala betina dan anjing pemburu Poland jantan; kanan: induk: serigala betina dan laika Siberia Barat jantan.

Terdapat ramai pakar yang percaya bahawa mereka dapat menentukan perbezaan antara serigala, anjing, dengan anjing serigala, tetapi mereka telah terbukti tidak betul apabila memberikan keterangan mereka di hadapan mahkamah undang-undang.[1]

Percampuran antara anjing bela dengan dengan subspesies lain serigala kelabu merupakan anjing serigala paling lazim kerana anjing dan serigala kelabu dianggap spesies sama, sangat dekat secara genetik, dan telah mengongsi sebahagian besar wilayah selama beribu-ribu tahun. Percampuran sedemikian di alam liar telah dikesan dalam banyak populasi yang tersebar di serata Eropah dan Amerika Utara, yang biasanya berlaku di kawasan dengan populasi serigala yang telah berkurang akibat impak manusia dan penindasan.[2][3]

Pada masa yang sama, anjing serigala juga kerap dibiakbakakan dalam kurungan untuk pelbagai tujuan. Percampuran anjing dengan dua spesies lain serigala Amerika Utara juga telah berlaku dalam sejarah di alam liar, walaupun ahli biologi kerap sukar mendiskriminasi gen-gen anjing pada serigala balak timur dan serigala merah daripada gen-gen serigala kelabu yang juga hadir pada spesies-spesies serigala ini oleh sebab pertindihan sejarah bagi haiwan-haiwan ini dengan serigala kelabu Amerika Utara serta dengan koyote, yang kedua-duanya telah berintrogresi ke dalam takungan gen serigala balak timur dan serigala merah.[4] Pada masa sama, oleh sebab banyak populasi terasing bagi ketiga-tiga spesies serigala di Amerika Utara juga telah bercampur dengan koyote di alam liar,[5] telah ada spekulasi oleh sesetengah ahli biologi bahawa sesetengah hibrid serigala koyote di sepertiga timur laut bagi benua itu mungkin juga mempunyai kedua-dua anjing koyote dan anjing serigala dalam takungan gennya.[6] Hibrid antara anjing dengan serigala Habsyah yang ditemukan di Tanah Tinggi Habsyah berkemungkinan berasal daripada interaksi masa lalu antara anjing jalang bebas merantau dengan serigala Habsyah yang tinggal di kawasan terpencil.[7]

Baka anjing serigala yang diiktiraf oleh FCI merupakan anjing serigala Czechoslovakia dan anjing serigala Saarloos.

Sejarah

Penjujukan keseluruhan genom telah digunakan untuk mengkaji aliran gen antara spesies liar dengan spesies bela jinak. Terdapat bukti aliran gen meluas daripada anjing ke dalam populasi serigala dan sangat sedikit penyilangan sengaja bagi serigala dengan anjing, seperti anjing serigala Saarloos. Walau bagaimanapun, populasi anjing global membentuk satu gugusan genetik dengan sedikit bukti untuk aliran gen daripada serigala ke dalam populasi anjing. DNA purba menunjukkan bahawa anjing dari Eropah lebih 5,000 tahun lalu juga menunjukkan sedikit bukti bagi pembiakbakaan saling dengan canid liar.[8]

Anjing serigala prasejarah

Sebuah kajian tahun 1982 tentang tengkorak kanin dari Wyoming yang bertarikh kembali ke 10,000 tahun lalu mengenal pasti sesetengah yang memadani morfologi anjing serigala.[9] Kajian ini disangkal kerana tidak memberikan bukti meyakinkan empat tahun kemudian.[10]

Anjing serigala Teotihuacan

Pada tahun 2010, ahli arkeologi menemukan sisa anjing serigala di tapak pengebumian seorang pahlawan di lembah tengah Mexico yang bertarikh kira-kira dua ribu tahun yang lalu. Oleh itu, spesimen yang pernah dianggap sebagai koyote yang digambarkan dalam seni tamadun Teotihuacan sedang diperiksa semula.[11]

Serigala hitam Dunia Baru

Penyelidikan genetik telah menunjukkan bahawa serigala dengan lapis bulu hitam mendapat pewarnaannya daripada mutasi yang pertama kali timbul pada anjing bela jinak.

Penyelidikan genetik mendedahkan bahawa serigala dengan kulit bulu hitam mendapat pewarnaan distingtifnya daripada suatu mutasi yang memasuki populasi serigala melalui percampuran dengan anjing bela jinak.[12] Adolph Murie ialah antara ahli biologi serigala pertama yang berspekulasi bahawa variasi warna luas pada serigala disebabkan oleh pembiakbakaan saling dengan anjing;[13]

Murie, Adolph (1944). The Wolves of Mount McKinley [Serigala Gunung McKinley] (dalam bahasa Inggeris). ISBN 0-295-96203-8, ISBN 978-0-295-96203-0.

Pada tahun 2008, terdapat penemuan bahawa suatu mutasi gen yang bertanggungjawab atas protein beta-defensin 3 bertanggungjawab atas warna lapis bulu hitam pada anjing.[14] Mutasi sama ini bertanggungjawab atas serigala hitam di Amerika Utara dan di Pergunungan Apennino di Itali dan telah muncul pada anjing 13,000 hingga 120,000 tahun lalu, dengan tarikh pilihan 47,000 tahun lalu selepas membandingkan sebahagian besar genom serigala, anjing, dan koyote.[12] Robert K. Wayne, seorang ahli biologi evolusi anjing, menyatakan bahawa beliau percaya bahawa anjing merupakan yang pertama yang mengalami mutasi itu. Beliau selanjutnya menyatakan bahawa andai kata itu pada asalnya muncul pada serigala Eurasia, mutasi itu diwarisi oleh anjing yang, sejurus selepas ketibaannya, membawa mutasi itu ke Dunia Baru dan kemudian mewariskan mutasi itu kepada serigala dan koyote.[15] Serigala hitam dengan keleluhur anjing terkini cenderung untuk mengekalkan pigmen hitam dengan lebih lama apabila semakin ia menua.[16]

Percampuran serigala kelabu Amerika Utara–anjing bela jinak

Setakat tahun 1999 di Amerika Syarikat, lebih daripada 100,000 ekor anjing serigala wujud.[17] Pada anjing serigala generasi pertama, serigala kelabu paling kerap disilangkan dengan anjing mirip serigala (seperti anjing gembala Jerman, husky Siberia, dan malamut Alaska) untuk penampilan yang paling menarik kepada pemilik yang menginginkan haiwan peliharaan eksotik.[18]

Pembiakbakaan berdokumen

"Mixed breed Dog and Wolf" ("Anjing Baka Kacuk dan Serigala" daripada The Menageries: Quadrupeds Described and Drawn from Living Subjects karya William Ogilby, 1829

Rekod pertama bagi pembiakbakaan anjing serigala di Great Britain berasal dari tahun 1766 apabila seekor serigala jantan yang dianggap dikawankan dengan seekor anjing yang dikenal pasti dalam bahasa zaman itu sebagai "Pomeranian" ("[anjing] Pomerania"), walaupun ia mungkin berbeza daripada baka anjing Pomerania moden. Penyatuan itu menghasilkan perinduk sembilan ekor anak anjing. Anjing serigala kadang-kadang dibeli oleh bangsawan Inggeris, yang memandangnya sebagai keganjilan sains. Anjing serigala merupakan pameran popular di koleksi haiwan kurungan dan di zoo British.[18]

Enam baka anjing wujud yang mengesahkan sejumlah besar percampuran anjing–serigala baru-baru ini dalam pewujudan baka itu. Salah satu baka ialah "wolamute", atau "malawolf", iaitu silangan antara malamut Alaska dengan serigala balak. Empat baka merupakan hasil persilangan sengaja dengan anjing gembala Jerman dan mempunyai ciri penampilan pembeza yang mungkin mencerminkan kepelbagaian subspesies serigala yang menyumbang kepada ternakan asasi baka tersebut. Persilangan lain yang lebih luar biasa telah terjadi; uji kaji baru-baru ini di Jerman dijalankan dalam penyilangan serigala dengan pudel.[19] Niat di sebalik pewujudan baka berbeza-beza daripada sekadar keinginan untuk anjing serigala pendamping berkandungan tinggi yang boleh dikenali kepada anjing pekerja tentera profesional.

Anjing serigala Saarloos

Seekor anjing serigala Saarloos

Pada tahun 1932, pembiak baka Belanda, Leendert Saarloos, menyilangkan seekor anjing gembala Jerman jantan dengan seekor serigala Eropah betina. Beliau kemudian membiakbakakan anak betina kembali dengan anjing gembala Jerman jantan itu, lalu mewujudkan anjing serigala Saarloos. Baka ini diwujudkan untuk menjadi anjing teman dan anjing rumah tahan lasak dan berdikari.[20] Raad van Beheer op Kynologisch Gebied in Nederland mengiktiraf baka pada tahun 1975. Untuk menghormati penciptanya, mereka mengubah namanya kepada "anjing serigala Saarloos". Pada tahun 1981, baka ini diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI).

Anjing serigala Czechoslovakia

Seekor anjing serigala Czechoslovakia

Pada tahun 1950-an, anjing serigala Czechoslovakia juga diwujudkan untuk bekerja dalam rondaan sempadan di negara-negara yang kini dikenali sebagai Slovakia dan Republik Czech. Ia pada asalnya dibiakbakakan daripada susur galur anjing gembala Jerman dengan serigala kelabu Karpatos. Ia diiktiraf secara rasmi sebagai baka kebangsaan di Czechoslovakia pada tahun 1982 dan kemudiannya diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa, Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club, dan United Kennel Club dan kini digunakan dalam ketangkasan, kepatuhan, pencarian dan penyelamatan, kerja polis, kerja terapi, dan penggembalaan di Eropah dan di Amerika Syarikat.

Volkosob

Volkosob pada mulanya dikembangkan pada tahun 1990-an selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. Pengawal sempadan Rusia menginginkan anjing yang memiliki kebolehlatihan dan mentaliti kawanan pada anjing gembala Jerman, yang digabungkan dengan kekuatan, deria unggul, dan daya tahan sejuk pada serigala liar, yang mampu menghadapi keadaan teruk di sempadan luas Rusia. Pada tahun 2000, seekor serigala steppe Kaspia, yang terkenal kerana luar biasa ramah dan bekerjasama terhadap manusia, dibiakbakakan dengan anjing gembala Jerman daripada susur galur anjing gembala Eropah Timur, sehingga generasi F3 dipiawaikan. Tidak seperti hibrid sebelumnya, volkosob ialah satu-satunya baka yang menjadi pengawal sempadan berkesan kerana terkenal kerana tidak terlalu malu.

Anjing penjaga haiwan ternakan

Sebuah kajian tahun 2014 mendapati bahawa 20% daripada jumlah serigala dan 37% daripada jumlah anjing mengongsi haplotip-haplotip mitokondrion sama di Georgia. Lebih daripada 13% daripada jumlah serigala yang dikaji mempunyai keleluhuran anjing yang boleh dikesan dan lebih daripada 10% daripada jumlah anjing mempunyai keleluhuran serigala yang boleh dikesan. Hasil kajian menunjukkan bahawa percampuran antara serigala dengan anjing ialah peristiwa lazim di kawasan yang mempunyai anjing penjaga haiwan ternakan besar sebagai pegangan cara tradisional dan bahawa aliran gen antara anjing dengan serigala kelabu ialah daya penting yang mempengaruhi takungan gen anjing selama beribu-ribu tahun sejak peristiwa-peristiwa pembelajinakan awal.[21]

Anjing serigala di alam liar

Penghibridan antara serigala dengan anjing biasanya berlaku apabila populasi serigala berada di bawah tekanan perburuan kuat dan strukturnya terganggu akibat bilangan tinggi anjing bebas merantau. Serigala biasanya memaparkan keagresifan terhadap anjing, tetapi serigala dapat mengubah tingkah lakunya dan menjadi suka bermain atau tunduk apabila menjadi terasing secara sosial.

Percampuran di alam liar biasanya berlaku dekat dengan petempatan manusia yang mempunyai kepadatan serigala yang rendah dan anjing yang banyak.[22] Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes terlapor tentang anjing serigala di kawasan yang mempunyai kepadatan serigala normal di bekas wilayah Kesatuan Soviet.[23] Anjing serigala liar kadang-kadang diburu oleh kebangsawanan Eropah dan digelar lycisca untuk membezakannya daripada serigala biasa.[24] Kes-kes bersejarah ketara (seperti Binatang Gévaudan) tentang serigala besar yang agresif secara abnormal terhadap manusia, mungkin berpunca daripada pengawanan serigala–anjing.[25] Di Eropah, pengawanan tidak sengaja antara anjing dengan serigala liar telah disahkan dalam sesetengah populasi melalui pengujian genetik. Memandangkan kemandirian sesetengah kawanan serigala Eropah Benua terancam parah, para saintis bimbang bahawa pewujudan populasi anjing serigala di alam liar ialah ancaman kepada kesinambungan kewujudan populasi serigala Eropah.[26] Walau bagaimanapun, percampuran meluas antara serigala dengan anjing tidak disokong oleh bukti morfologi dan analisis-analisis bagi jujukan-jujukan mtDNA telah mendedahkan bahawa pengawanan sedemikian adalah jarang.[22]

Pada tahun 1997, semasa Pengenalan Semula Serigala Mexico di Arizona, kontroversi bangkit apabila sebuah kawanan kurungan di Carlsbad yang diperuntukkan untuk pelepasan didapati oleh Roy McBride terdiri sebahagian besarnya daripada anjing serigala, yang telah menangkap banyak serigala untuk program pemulihan pada tahun 1970-an. Walaupun kakitangan pada awalnya berhujah bahawa penampilan ganjil haiwan-haiwan itu disebabkan oleh kurungan dan diet, kemudian keputusan dibuat untuk mengeutanasia haiwan-haiwan itu.[27]

Pada tahun 2018, sebuah kajian membandingkan jujukan bagi 61,000 polimorfisme nukleotida tunggal (mutasi) yang diambil daripada serata genom serigala kelabu. Kajian itu menunjukkan bahawa terdapat serigala individu dengan keleluhuran anjing–serigala dalam kebanyakan populasi serigala di Eurasia, tetapi kurang sedemikian di Amerika Utara. Percampuran telah berlaku merentasi skala masa berlainan dan bukan peristiwa terkini. Percampuran paras rendah tidak mengurangkan kedistingtifan serigala.[28]

Pada tahun 2019, di rantau bergunung-ganang Osogovo di sepanjang sempadan di antara Bulgaria dengan Macedonia Utara, seekor serigala kelabu anggapan dirakam oleh kamera dalam pada ia hidup dengan sekawan 10 ekor anjing jalang dan dengan tingkah lakunya serta fenotipnya diandaikan sebagai hibrid serigala–anjing.[29]

Perundangan spesifik baka

Anjing serigala telah menjadi pusat kontroversi untuk kebanyakan sejarahnya dan kebanyakan perundangan spesifik baka sama ada merupakan hasil daripada bahaya anggapan daripada haiwan itu atau pengkategoriannya sebagai hidupan liar asli terlindung.[30] Humane Society of the United States, RSPCA, Ottawa Humane Society, Dogs Trust, dan Kumpulan Pakar Serigala Suruhanjaya Kemandirian Spesies IUCN menganggap bahawa anjing serigala ialah haiwan liar dan, oleh itu, tidak sesuai sebagai haiwan peliharaan dan menyokong larangan antarabangsa terhadap pemilikan persendirian, pembiakbakaan, dan penjualan anjing serigala.[18][31][32]

Menurut National Wolfdog Alliance, 40 buah negeri di Amerika Syarikat secara berkesan melarang pemilikan, pembiakbakaan, dan pengimportan anjing serigala, sementara yang lain mengenakan sesetengah bentuk peraturan terhadap pemilikan.[33] Di Kanada, provinsi Alberta, Manitoba, Newfoundland, dan Pulau Putera Edward melarang anjing serigala sebagai haiwan peliharaan.[34] Kebanyakan negara Eropah sama ada melarang haiwan itu sepenuhnya atau meletakkan sekatan ke atas pemilikan.[35] Anjing serigala merupakan antara baka yang dilarang dari pangkalan Kor Marin Amerika Syarikat di Camp Pendleton dan di tempat lain selepas serangan anjing maut oleh seekor pitbul ke atas seorang kanak-kanak.[36]

Perihal

Rangka seekor hibrid serigala–anjing dari Muséum national d'histoire naturelle

Ciri-ciri fizikal haiwan yang diwujudkan melalui pembiakbakaan antara serigala dengan anjing tidak dapat diramalkan, serupa dengan anjing baka kacuk. Dalam banyak kes, anjing serigala dewasa yang terhasil mungkin lebih besar daripada mana-mana induknya oleh sebab fenomena genetik heterosis (yang lazimnya dikenali sebagai kecergasan hibrid).[25] Uji kaji pembiakbakaan di Jerman antara pudel dengan serigala dan kemudian sesama anjing serigala yang terhasil menunjukkan kesuburan tidak terbatas, pengawanan melalui pilihan bebas, dan ketiadaan masalah komunikasi ketara (walaupun selepas beberapa generasi). Walau bagaimanapun, anak kepada pudel sama ada dengan koyote atau jakal, kesemuanya menunjukkan penurunan kesuburan, masalah komunikasi ketara, dan peningkatan penyakit genetik selepas tiga generasi pembiakbakaan saling sesama hibrid. Oleh itu, para penyelidik berkesimpulan bahawa anjing bela jinak dan serigala merupakan spesies sama.[19]

Anjing serigala mempamerkan pelbagai penampilan, daripada keserupaan dengan anjing tanpa darah serigala hingga haiwan yang kerap disalah anggap sebagai serigala berdarah penuh. Sebuah kajian panjang oleh DEFRA dan RSPCA mendapati beberapa contoh salah nyata oleh pembiak baka dan paras tidak tentu bagi pedigri serigala sebenar pada banyak haiwan yang dijual sebagai anjing serigala. Laporan itu mencatatkan bahawa warga tidak berpendidikan silap mengenal pasti anjing dengan penampilan mirip serigala sebagai anjing serigala.[18] Anjing serigala cenderung untuk mempunyai kepala agak lebih kecil berbanding dengan serigala tulen, dengan telinga lebih besar dan lebih runcing yang kekurangan bulu padat yang lazim terlihat pada telinga serigala. Tanda-tanda bulu juga cenderung untuk menjadi sangat distingtif dan tidak sebati. Anjing serigala berwarna hitam cenderung untuk mengekalkan pigmen hitam dengan lebih lama semakin ia menua, berbanding dengan serigala hitam.[16] Dalam sesetengah kes, kehadiran kuku embun pada kaki belakang dianggap sebagai petunjuk berguna, tetapi tidak mutlak, bagi kontaminasi gen anjing pada serigala liar. Kuku embun ialah sisa jari kaki pertama, yang lazim pada tungkai belakang anjing bela jinak tetapi disangkakan tidak hadir pada serigala tulen, yang hanya mempunyai empat jari kaki belakang.[26]

Pemerhatian terhadap anjing serigala liar di bekas wilayah Kesatuan Soviet menunjukkan bahawa dalam keadaan liar haiwan ini mungkin membentuk kawanan lebih besar berbanding dengan serigala tulen dan mempunyai daya ketahanan lebih tinggi apabila mengejar mangsa.[37] Anjing serigala berkandungan serigala tinggi biasanya mempunyai gigi taring lebih panjang berbanding dengan anjing dengan saiz sebanding, dengan sesetengah pegawai dalam Angkatan Pertahanan Afrika Selatan yang mengulas bahawa haiwan itu mampu menggigit melalui penebal paling keras "seperti pisau melalui mentega".[38]

Ujian yang dijalankan di Institut Angkatan Pedalaman Perm di Rusia menunjukkan bahawa anjing serigala berkandungan serigala tinggi mengambil masa 15–20 saat untuk menjejak sasaran dalam sesi latihan, sementara anjing polis biasa mengambil masa 3–4 minit.[39] Bukti saintifik yang menyokong dakwaan oleh para penyelidik anjing serigala adalah minimum dan lebih banyak penyelidikan telah diminta.[40]

Kesihatan

Anjing serigala pada umumnya dikatakan sebagai haiwan yang sihat secara semula jadi dan kurang terjejas akibat penyakit terwaris berbanding dengan kebanyakan baka anjing. Anjing serigala biasanya lebih sihat daripada mana-mana induk kerana heterosis.[25] Terdapat sesetengah kontroversi mengenai keberkesanan vaksin rabies piawai anjing/kucing pada anjing serigala. USDA sehingga kini belum meluluskan sebarang vaksin rabies untuk kegunaan pada anjing serigala, walaupun mereka mengesyorkan penggunaan luar label bagi vaksin itu.[41] Pemilik dan pembiak baka anjing serigala mendakwa bahawa kekurangan kelulusan rasmi ialah langkah politik untuk menghalang pemilikan anjing serigala.[42]

Perangai dan tingkah laku

Anjing serigala ialah campuran trait-trait genetik, yang menghasilkan pola tingkah laku kurang boleh ramal berbanding dengan sama ada serigala atau anjing.[25] Tingkah laku dewasa pada anak anjing serigala juga tidak dapat diramalkan dengan kepastian setanding dengan anak anjing, walaupun pada anak anjing generasi ketiga yang dihasilkan oleh pengawanan anjing serigala dengan anjing atau daripada tingkah laku haiwan induk.[25] Oleh itu, walaupun tingkah laku bagi anjing serigala individu mungkin boleh ramal, tingkah laku jenis secara keseluruhannya adalah tidak boleh ramal.[25]

Oleh sebab kebolehubahan yang sedia ada pada campuran ini,[25] penilaian bahaya lebih tinggi pada kacukan serigala–anjing berbanding dengan anjing bergantung pada tingkah laku yang spesifik untuk individu sahaja dan bukannya untuk anjing serigala sebagai kelompok.

Pandangan bahawa ciri-ciri agresif sememangnya sebahagian daripada perangai anjing serigala telah dipertikaikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini oleh para pembiak baka anjing serigala dan penyokong lain bagi anjing serigala sebagai haiwan peliharaan.[43][44]

  • Jed ialah seekor serigala balak Kanada–malamut Alaska dan haiwan pelakon, yang terkenal dengan peranannya dalam filem seperti White Fang (1991), White Fang 2: Myth of the White Wolf (1994), The Journey of Natty Gann (1985), dan The Thing (1982); ia lahir pada tahun 1977 dan mati pada Jun 1995, berusia 18 tahun.
  • Balto, Aleu, dan Kodi merupakan anjing serigala cereka dalam filem-filem animasi Balto (1995), Balto II: Wolf Quest (2002), dan Balto III: Wings of Change (2004), masing-masing. Balto sebenar bukan seekor anjing serigala tetapi sebaliknya seekor husky Siberia.
  • White Fang ialah watak judul bagi novel tahun 1906 senama karya Jack London, yang pertama kali disiarkan dalam majalah Outing, yang memperincikan perjalanan anjing serigala liar itu ke arah pembelajinakan di Wilayah Yukon dan di Wilayah Barat Laut semasa Kerubut Emas Klondike tahun 1890-an.
  • The Wolf Dog (1933) ialah sebuah siri filem Maskot Pra-Kod Amerika yang membintangkan Frankie Darro dan Rin Tin Tin Jr.
  • Wolf Dog (1958), yang juga dikenali sebagai A Boy and His Dog, ialah sebuah filem Northwestern, yang diarahkan dan diterbitkan oleh Sam Newfield, dan diterbitkan oleh Regal Films.
  • Wolfdogs Magazine menggambarkan diri sebagai "penerbitan berasaskan komuniti yang progresif untuk penggemar anjing serigala".[45]

Lihat juga

  • Calupoh
  • Dogxim
  • Hibrid canid
  • Kacukan dingo–anjing
  • Kacukan jakal–anjing
  • Kacukan koyote–anjing
  • Serigala hitam
  • Serigala sebagai haiwan peliharaan dan haiwan pekerja

Bacaan lanjut

  • Addams, Jessica; Miller, Andrew. Between Dog and Wolf: Understanding the connection and confusion [Antara Anjing dengan Serigala: Memahami sambungan dan kekeliruan] (dalam bahasa Inggeris).[petikan lengkap diperlukan]
  • Prendergast, Dorothy. Above Reproach: A guide for wolf hybrid owners [Tanpa Cela: Panduan untuk pemilih hibrid serigala] (dalam bahasa Inggeris).[petikan lengkap diperlukan]
  • Prendergast, Dorothy. The Wolf Hybrid [Hibrid Serigala] (dalam bahasa Inggeris).[petikan lengkap diperlukan]
  • Wilde, Nicole. Living with Wolfdogs [Hidup dengan SErigala] (dalam bahasa Inggeris).[petikan lengkap diperlukan]
  • Wilde, Nicole. Wolfdogs A-Z: Behavior, training & more [Anjing Serigala A-Z: Tingkah laku, pelatihan, dan lebih lagi] (dalam bahasa Inggeris).[petikan lengkap diperlukan]

Rujukan

  1. ^ Pierotti, R.; Fogg, B. (2017). The First Domestication: How wolves and humans co‑evolved [Pembelajinakan Pertama: Cara serigala dan manusia ber-evolusi bersama-sama] (dalam bahasa Inggeris). Yale University Press. m/s. 225–237. ISBN 978-0-300-22616-4.
  2. ^ Randi, Ettore; Hulva, Pavel; Fabbri, Elena; Galaverni, Marco; Galov, Ana; Kusak, Josip; Bigi, Daniele; Černá Bolfíková, Barbora; Smetanová, Milena; Caniglia, Romolo (22 Januari 2014). Larson, Greger John (penyunting). "Multilocus Detection of Wolf x Dog Hybridization in Italy, and Guidelines for Marker Selection" [Pengesanan Berbilang Lokus bagi Penghibridan Serigala x Anjing di Itali dan Garis Panduan untuk Pemilihan Penanda]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 9 (1): e86409. Bibcode:2014PLoSO...986409R. doi:10.1371/journal.pone.0086409. ISSN 1932-6203. PMC 3899229. PMID 24466077. S2CID 2919308.
  3. ^ Vilà, Carles; Wayne, Robert K. (Februari 1999). "Hybridization between Wolves and Dogs" [Penghibridan antara Serigala dengan Anjing]. Conservation Biology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 13 (1): 195–198. Bibcode:1999ConBi..13..195V. doi:10.1046/j.1523-1739.1999.97425.x. ISSN 1523-1739. JSTOR 2641580. S2CID 85011290.
  4. ^ "Great Lakes-boreal wolf" [Serigala boreal Great Lakes]. Wolf.nrdpfc.ca (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2020. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  5. ^ Hailer, Frank; Leonard, Jennifer A. (8 Oktober 2008). Harpending, Henry (penyunting). "Hybridization among Three Native North American Canis Species in a Region of Natural Sympatry" [Penghibridan sesama Tiga Spesies Canis Asli Amerika Utara di Rantau Simpatri Semula Jadi]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 3 (10): e3333. Bibcode:2008PLoSO...3.3333H. doi:10.1371/journal.pone.0003333. ISSN 1932-6203. PMC 2556088. PMID 18841199. S2CID 1922091.
  6. ^ Yoon, Carol Kaesuk (27 September 2010). "Mysteries That Howl and Hunt" [Misteri yang Melolong dan Berburu]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  7. ^ Gottelli, D.; Sillero-Zubiri, C.; Applebaum, G. D.; Roy, M. S.; Girman, D. J.; Garcia-Moreno, J.; Ostrander, Elaine Ann; Wayne, Robert K. (Ogos 1994). "Molecular genetics of the most endangered canid: the Ethiopian wolf Canis simensis" [Genetik moleukl bagi canid paling terancam: serigala Habsyah Canis simensis]. Molecular Ecology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 3 (4): 301–312. Bibcode:1994MolEc...3..301G. doi:10.1111/j.1365-294X.1994.tb00070.x. ISSN 1365-294X. PMID 7921357. S2CID 25976335.
  8. ^ Frantz, Laurent A.F.; Larson, Greger (2018). "Chapter 1. A genetic perspective on the domestication continuum". Dalam Stépanoff, Charles; Vigne, Jean-Denis (penyunting). Hybrid communities: Biosocial approaches to domestication and other trans-species relationships [Komuniti hibrid: Pendekatan biososial kepada pembelajinakan dan hubungan rentas spesies lain] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Taylor & Francis. m/s. 23–38. ISBN 9781351717984.
  9. ^ Walker, Danny N.; Frison, George C. (Jun 1982). "Studies on Amerindian dogs, 3: Prehistoric wolf/dog hybrids from the northwestern plains" [Kajian tentang anjing Amerindian, 3: Hibrid serigala/anjing prasejarah dari dataran barat laut]. Journal of Archaeological Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 9 (2): 125–172. Bibcode:1982JArSc...9..125W. doi:10.1016/0305-4403(82)90047-4. ISSN 1095-9238. S2CID 129523557.
  10. ^ Morey, Darcy F. (Mac 1986). "Studies on Amerindian dogs: Taxonomic analysis of canid crania from the Northern Plains" [Kajian tentang anjing Amerindian: Analisis taksonomi bagi tengkorak canid dari Dataran Utara]. Journal of Archaeological Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 13 (2): 119–145. Bibcode:1986JArSc..13..119M. doi:10.1016/0305-4403(86)90003-8. ISSN 1095-9238. S2CID 128535737.
  11. ^ "Experts: Ancient Mexicans crossbred wolf-dogs". Boston.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  12. ^ a b Derr, Mark (5 Februari 2009). "New world wolves and coyotes owe debt to dogs" [Serigala dan koyote Dunia Baru berhutang kepada anjing]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
  13. ^ "Adolph Murie speculated on dog-wolf hybridization as the source of unusual color" [Adolph Murie berspekulasi tentang penghibridan anjing–serigala sebagai sumber warna luar biasa] (dalam bahasa Inggeris). Retrieverman.wordpress.com. 27 Ogos 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  14. ^ "Black Wolf Mystery Solved" [Misteri Serigala Hitam Terungkai]. Redorbit.com (dalam bahasa Inggeris). 6 Februari 2009. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  15. ^ Maugh, Thomas H., II (7 Februari 2009). "The big black wolf is a legacy from dogs, study finds" [Serigala hitam besar ialah legasi daripada anjing, menurut penemuan kajian]. Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  16. ^ a b Sloan, Monty (2000) [1999]. "Identification" [Pengenalpastian]. Wolf Park. Wolfdog: America's other controversial canine, the wolf hybrid (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2007. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  17. ^ Wayne, Robert K.; Ostrander, Elaine Ann (29 Mac 1999). "Origin, genetic diversity, and genome structure of the domestic dog" [Asal usul, kepelbagaian genetik, dan struktur genom anjing bela jinak]. BioEssays (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 21 (3): 247–257. doi:10.1002/(SICI)1521-1878(199903)21:3<247::AID-BIES9>3.0.CO;2-Z. ISSN 1521-1878. PMID 10333734. S2CID 5547543.
  18. ^ a b c d "The Keeping of Wolf-Hybrids in Great Britain" [Pembelaan Hibrid Serigala di Great Britain] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). RSPCA. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Disember 2008. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  19. ^ a b Doris Feddersen-Petersen (2004). Hundepsychologie (Jerman), edisi ke-4. Franck-Kosmos-Verlag 2004
  20. ^ "United Kennel Club Breed Standard: Saarloosewolfdog" [Piawaian Baka United Kennel Club: Anjing Serigala Saarloos]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 1 Julai 2006. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  21. ^ Kopaliani, Natia; Shakarashvili, Maia; Gurielidze, Zurab; Qurkhuli, Tamar; Tarkhnishvili, David (12 Mac 2014). "Gene Flow between Wolf and Shepherd Dog Populations in Georgia (Caucasus)" [Aliran Gen antara Populasi Serigala dengan Populasi Anjing Gembala di Georgia (Kaukasus)]. Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 105 (3): 345–353. doi:10.1093/jhered/esu014. ISSN 1465-7333. PMID 24622972. S2CID 17148044.
  22. ^ a b Mech, L. David; Boitani, Luigi (2001). Wolves: Behaviour, Ecology and Conservation [Serigala: Tingkah Laku, Ekologi, dan Pemuliharaan] (dalam bahasa Inggeris). m/s. 448. ISBN 978-0-226-51696-7.
  23. ^ Iwanowitsch, Dmitrij, Prof. Dr. (1990). Der Wolf [Serigala] (dalam bahasa Jerman). Wittenberg Lutherstadt, Jerman: Auflage; A. Ziemsen Verlag. ISBN 3-7403-0155-4.
  24. ^ Rousseau, Élise (2006). Anthologie du Loup [Antologi Serigala] (dalam bahasa Perancis). m/s. 319. ISBN 978-2-603-01335-9.
  25. ^ a b c d e f g Willems, Robert A. (Musim Sejuk 1994–1995) [1994]. "The wolf-dog hybrid: An overview of a controversial animal" [Hibrid anjing–serigala: Gambaran keseluruhan haiwan berkontroversi]. Pusat Maklumat Kebajikan Haiwan / Perpusatakaan Pertanian Kebangsaan. AWIC Newsletter (dalam bahasa Inggeris). Beltsville, Maryland, Amerika Syarikat: Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. m/s. 3–7. ISSN 1050-561X. LCCN 90002352. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2014. Dicapai pada 8 Jun 2024. Check date values in: |date= (bantuan)
  26. ^ a b Rincon, Paul (8 April 2004). "Claws reveal wolf survival threat" [Cakar dedahkan ancaman kemandirian serigala]. BBC (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 8 Jun 2024. Wolves with an extra toe on their hind legs are the products of cross-mating between wolves and domestic dogs, scientists in Italy have confirmed.
  27. ^ McBryde, Roy; Parsons, David R.; dll. (23 Julai 1997) [2 Jun 1997]. "The courts were wrong: These wolves are hybrids" [Mahkamah salah: Serigala ini merupakan hibrid] (PDF) (surat terbuka) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Jun 2009.— Dokumen-dokumen arkib merupakan dua pucuk surat terbuka, yang dari Jun 1997 daripada R. McBryde kepada D.R. Parsons, dan surat beliau sebagai balasan, Julai 1997. Yang dibahaskan ialah kegunaan hibrid serigala–anjing yang diketahui yang diterbitkan daripada Ghost Ranch, sebelumnya dipaparkan di 'Living Deseart Zoo' di Carlsbad, New Mexico, dalam Program Pemulihan Serigala Mexico. Kedua-dua surat disusuli oleh laporan lebih meluas tentang status bagi tiga susur galur serigala Mexico, seperti yang dipercayai pada lewat tahun 1996.
  28. ^ Pilot, Małgorzata; Greco, Claudia; vonHoldt, Bridgett M.; Randi, Ettore; Jedrzejewski, Wlodzimierz; Sidorovich, Vadim E.; Konopiński, Maciej K.; Ostrander, Elaine Ann; Wayne, Robert K. (15 Januari 2018). "Widespread, long-term admixture between grey wolves and domestic dogs across Eurasia and its implications for the conservation status of hybrids" [Percampuran jangka panjang meluas antara serigala kelabu dengan anjing bela jinak di serata Eurasia dan implikasinya untuk status pemuliharaan hibrid]. Evolutionary Applications (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 11 (5): 662–680. doi:10.1111/eva.12595. ISSN 1752-4571. PMC 5978975. PMID 29875809. S2CID 46947666.
  29. ^ Popova, Elitsa; Zlatanova, Diana (14 Jun 2019). "Living a dog's life: a putative gray wolf in a feral dog group" [Menjalani kehidupan anjing: serigala andaian dalam kelompok anjing jalang]. Mammalia (dalam bahasa Inggeris). De Gruyter. 84 (2): 115–120. doi:10.1515/mammalia-2019-0010. ISSN 1864-1547. S2CID 195783859.
  30. ^ "Wolfdogs" [Anjing serigala] (PDF). DEFRA. Wildlife / Countryside (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 Disember 2006.
  31. ^ "Ottawa Humane". Ottawa Humane (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  32. ^ "Wolf and wolf-dog hybrid" [Serigala dan hibrid anjing–serigala]. Humane Society of the U.S. (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2007. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  33. ^ "NWA" (dalam bahasa Inggeris). National Wolf Dog Alliance. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  34. ^ Bruch, Robert H. (2007). The Wolf Almanac [Almanak Serigala] (dalam bahasa Inggeris). The Lyons Press. m/s. 185. ISBN 978-1-59921-069-8.
  35. ^ "National Wolf Dog Alliance" (dalam bahasa Inggeris). National Wolf Dog Alliance. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  36. ^ Perry, Tony (9 Oktober 2009). "Marine Corps bans pit bulls, Rottweilers at Camp Pendleton, other bases" [Kor Marin larang pitbul, rottweiler di Camp Pendleton, pangkalan lain]. L.A. Now (dalam bahasa Inggeris). Los Angeles Times.
  37. ^ Graves, Will (2007). Wolves in Russia: Anxiety throughout the ages [Serigala di Rusia: Keresahan sepanjang berzaman-zaman] (dalam bahasa Inggeris). ISBN 978-1-55059-332-7.
  38. ^ MacCormick, Alex, penyunting (2003), "The wolf inside every dog", The Mammoth Book of Maneaters [Buku Gergasi Pemakan Orang] (dalam bahasa Inggeris), Carroll & Graf Publishers, ISBN 978-0-7867-1170-3
  39. ^ Sudakov, Dmitry (25 April 2006). "Russian police employ wolves for service" [Polis Rusia kerah serigala untuk khidmat] (dalam bahasa Inggeris). English.pravda.ru. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  40. ^ Hall, N.J.; Protopopova, A.; Wynne, C.D.L. (2016). "Chapter 6. Olfacation in Wild Canids and Russian Canid Hybrids". Dalam Jezierski, T.; Ensminger, J.; Papet, L.E. (penyunting). Canine Olfaction Science and Law: Advances in forensic science, medicine, conservation, and remedial conservation [Sains dan Hukum Penghiduan Anjing: Kemajuan dalam sains forensik, perubatan, pemuliharaan, dan pemuliharaan pemulihan] (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. m/s. 63–64.
  41. ^ "RSPCA report on wolfdogs" [Laporan RSPCA tentang anjing serigala] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). DEFRA. 23 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 Disember 2006. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  42. ^ "The WolfDog Project Q-and-A" [Soal Jawab The WolfDog Project] (dalam bahasa Inggeris). 27 Oktober 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2009. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  43. ^ "The Wolf Dunn's Wolfdog FAQ - Question #1" [Soalan Lazim Anjing Serigala The Wolf Dunn - Soalan #1] (dalam bahasa Inggeris). Inetdesign.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2012. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  44. ^ "The Wolf is at the Door, Inc" (dalam bahasa Inggeris). Wolf-to-wolfdog.org. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  45. ^ Wolfdogs Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2013. Dicapai pada 8 Jun 2024.

Pautan luar

  • "Wolf-dog Education" [Pendidikan Anjing Serigala]. texx-wolf-tails.webs.com (dalam bahasa Inggeris).
  • "Wolfdog Education: the Basics" [Pendidikan Anjing Serigala: Asas]. kyrawolfdog.webs.com (dalam bahasa Inggeris).
  • "Wolfdog Rescue Resources". www.renokeo.com/wrr.html (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2007. Dicapai pada 8 Jun 2024.

Templat:Hibrid mamalia

  • l
  • b
  • s
Tingkah laku
Kesihatan
Pelatihan
Jenis
Baka
Kerja
Interaksi
manusia–anjing
  • Kategori Kategori