Kamaruddin Mape
Kamaruddin Mape | |
---|---|
Kelahiran | (1969-01-30) 30 Januari 1969 (umur 55) Tawau, Sabah, Malaysia |
Pekerjaan | Penyampai berita |
Tahun aktif | 1997–kini |
Majikan |
|
Kamaruddin Mape ialah seorang penyampai berita Malaysia yang berasal dari Tawau, Sabah. Beliau merupakan seorang penyampai berita di dalam Buletin Utama yang disiarkan di TV3, selalunya sebagai penyampai buletin utama. Beliau merupakan bekas pelajar SMK Kuhara, Tawau, Sabah dan belajar di sana sehingga Tingkatan 5. Beliau menyambung pembelajaran untuk Tingkatan 6 dalam aliran Perakaunan di SMK Sandakan atau lebih dikenali sebagai SMK Taman Fajar pada masa kini yang terletak di Sandakan, Sabah [perlu rujukan] sebelum meneruskan pengajiannya dalam bidang komunikasi massa di Institut Teknologi MARA pada tahun 1995. Beliau memulakan kerjaya di TV3 pada tahun 1997 dan merupakan orang Sabah yang berjaya menjadi pembaca berita di TV3 selain dari Azmi Aziz, bermula sebagai pelatih praktikal di sana pada tahun 1994.[1].
Filemografi
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1997–2023 | Buletin Utama | Penyampai berita | TV3 |
Rujukan
- ^ Karim, Haryati (31 Januari 2013). "Menggalas imej syarikat". KOSMO!. Dicapai pada 19 Disember 2013.