Kitab kuning

Kitab kuning Tafsir al-Jalalain

Kitab kuning, dalam pendidikan agama Islam, merujuk kepada buku-buku tradisional yang mengandungi mata pelajaran pengajian Islam (diraasah al-islamiyyah) yang diajarkan di sekolah pondok atau pesantren, bermula dari akidah, fiqah, akhlak, tatabahasa Arab (nahu dan saraf), hadis, tafsir, ilmu-ilmu al-Quran termasuklah ilmu kemasyarakatan (muamalah) dan pentadbiran Islam (siasah). Kitab ini dikenali juga sebagai kitab gondol kerana ia mengandungi tulisan Arab tanpa baris. Kemahiran dalam tatabahasa Arab (nahu dan saraf) diperlukan bagi membolehkan kitab kuning dibaca. Pengajian menggunakan kitab ini juga menjadi faktor mendalami ilmu tatabahasa Arab[1].

Dalam karya lain

Ahli antropologi Clifford Geertz dari Amerika Syarikat dalam bukunya yang berjudul Abangan, Santri, Priyayi Dalam Masyarakat Jawa[2] memasukkan sedikit cerita mengenai kitab kuning. Selain itu, buku karangan penyelidik Belanda, Martin van Bruinessen yang berjudul Kitab Kuning, Pesantren, dan Tarekat,[3] membahaskan sejarah kitab kuning dan pendidikan Islam tradisional di Indonesia.

Rujukan

  1. ^ Izmi, Nelly (2023-02-14). "TRADISI PEMBELAJARAN KITAB KUNING DALAM KURIKULUM PESANTREN". El-Rusyd : Jurnal Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah STIT Ahlussunnah Bukittinggi. 7 (2): 1–12. doi:10.58485/elrusyd.v7i2.132. ISSN 2580-0256.
  2. ^ Geertz, Clifford. Abangan, Santri, Priyayi Dalam Masyarakat Jawa (The Religion of Java), Pent. Aswab Mahasin, Pustaka Jaya, Cet. Ketiga, 1989. ISBN 977-419-068-3. Diakses 7 Oktober 2010
  3. ^ Bruinessen, Martin van. Kitab kuning, pesantren dan tarekat: tradisi-tradisi Islam di Indonesia, Mizan, Cet. 1, Bandung, 1995. ISBN 979-433-061-2. Diakses 7 Oktober 2010