Klang Parade
Lokasi | Klang, Selangor, Malaysia |
---|---|
Koordinat | 3°03′50″N 101°27′12″E / 3.06389°N 101.45333°E / 3.06389; 101.45333 |
Alamat | No 2112, KM2 Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor |
Pemilik | ARA Asia Dragon Fund |
Arkitek | Darryl Yamamoto[1] |
Keluasan lantai peruncitan | 660,102 kaki persegi (61,325 m2) |
Bil. tingkat | 5 |
Laman web | http://www.klang.parade.com.my |
Klang Parade ialah salah satu kompleks membeli belah utama di bandar diraja Klang, Selangor, Malaysia dengan gedung serbaneka Parkson Grand sebagai kedai utama.
Sejarah
Klang Parade dibuka pada tahun 1995. Ia dibina dan dikendalikan oleh Parkson. Pusat membeli-belah ini dijual kepada ARA Asia Dragon Fund pada tahun 2012 dan ditutup antara Julai 2013 dan Januari 2014 bagi tugas-tugas pengubahsuaian.
Pengubahsuai besar-besaran
Pusat membeli-belah ini telah diubah-suai selepas ia dibeli oleh syarikat ARA Asia Dragon Fund pada tahun 2012.[2] Klang Parade dibuka semula pada 27 September 2014.[3]
Kemudahan
Bas
Klang Parade boleh diakses dengan menggunakan perkhidmatan bas Seranas 96 dan Smart Selangor. Stesen perkhidmatan bas terletak di Jalan Meru and Jalan Pekan Baru.
- T713 - Hentian Klang - Klang Parade, Jalan Meru - Hentian Klang
- KLG2 - SRJK ( C ) Kong Hoe, Jalan Batu Tiga Lama - Kawasan Perniagaan Jalan Pekan Baru - SRJK ( C ) Kong Hoe, Jalan Batu Tiga Lama
Lihat juga
- Subang Parade
Pautan luar
- The Lion Group Sdn. Bhd.
- Sepang Institute of Technology International College Diarkibkan 2007-10-23 di Wayback Machine
- The MPH Bookstores Diarkibkan 2006-08-11 di Wayback Machine
Koordinat: 3°03′52″N 101°27′04″E / 3.06437°N 101.4512443°E / 3.06437; 101.4512443