Lee Qri
Qri | |
---|---|
Qri in 2017 | |
Latar belakang | |
Nama asal | 이지현 |
Nama lahir | Lee Ji-hyun |
Juga dikenali sebagai | Qri |
Kelahiran | (1986-12-12) 12 Disember 1986 (umur 37) Seoul, Korea Selatan |
Genre |
|
Pekerjaan |
|
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2009–sekarang |
Syarikat rakaman | MBK Entertainment |
Pengkarya berkait |
|
Nama Korea | |
---|---|
Hangul | 큐리code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | Kyuri |
McCune–Reischauer | K'yuri |
Nama lahir | |
Hangul | 이지현code: ko is deprecated |
Hanja | 李智賢code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | I Ji-hyeon |
McCune–Reischauer | Yi Chi-hyŏn |
Lee Ji-hyun (Hangul: 이지현code: ko is deprecated ; lahir 12 Disember 1986),[1] lebih dikenali dengan nama pentas beliau Qri, ialah seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Beliau merupakan ketua kumpulan wanita Korea Selatan, T-ara.
Biografi
Qri dilahirkan pada 12 Disember 1986.[2] Nama kelahiran beliau adalah Lee Ji-hyun. Beliau belajar di Sekolah Tinggi Juyeob dan kemudiannya menghadiri Universiti Myungji dalam jurusan Teater dan Seni Visual. Beliau merupakan seorang model dan pemain bass untuk kumpulan rock Six Color sebelum membuat kemunculan pertama sebagai ahli T-ara.
Karier muzik
T-ara
Qri merupakan ahli terakhir daripada tiga ahli baru yang ditambah ke dalam kumpulan ini selepas dua bekas ahli, Jiae dan Jiwon menarik diri semasa pertengahan tahun 2009.[3] Ia kemudiannya disebut dalam Taxi Show bahawa beliau telah diperkenalkan kepada CEO Core Contents Media oleh syarikat asal beliau.
Pada bulan Julai 2013, Qri menjadi ketua T-ara baru dibawah sistem pertukaran pemimpin kumpulan ini.[4]
QBS
Qri, Boram dan Soyeon membentuk sub-unit QBS pada bulan Mei 2013. Sub unit ini menumpukan pasaran Jepun. Sub-unit ini mengeluarkan lagu pertama mereka bertajuk "Kaze no You ni" (風のように, Like the Wind) pada 26 Jun 2013.
Rujukan
- ^ "Birthdate". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-28. Dicapai pada 2016-05-01.
- ^ Mark Russell (29 April 2014). K-Pop Now!: The Korean Music Revolution. Tuttle Publishing. m/s. 102. ISBN 978-1-4629-1411-1.
- ^ (Korea) ‘티아라’ 여섯 멤버들을 소개할게요. Donga. Ogos 07, 2009.
- ^ "Qri appointed T-ara's new leader ahead of groups six-member comeback". Julai 13, 2013.