Linguist List

Linguist List (Jawi: ‌ليڠݢوءيس‌ت ليس‌تcode: ms is deprecated ) ialah sumber dalam talian untuk bidang akademik linguistik. Ia diasaskan oleh Anthony Aristar pada awal tahun 1990 di Universiti Australia Barat,[1] dan digunakan sebagai rujukan oleh Yayasan Sains Kebangsaan Amerika Syarikat.[2] Ciri utama dan tertuanya ialah senarai mel elektronik pramoderasi, dengan pelanggan di seluruh dunia.

Perkhidmatan

LINGUIST List menganjurkan dua senarai mel LINGUIST dan LINGLITE:

  • LINGUIST, senarai mel yang memajukan semua siaran kepada pelanggan secara langsung atau sebagai ringkasan harian.[3]
  • LINGLITE, senarai mel yang memajukan sekali sehari senarai siaran dengan tajuk dan pautan kepada pelanggan.[4]

Senarai mel LINGUIST List adalah percuma dan terbuka untuk langganan menggunakan antara muka web.[5]

Semua orang boleh menghantar siaran ke senarai The LINGUIST List tanpa melanggan atau menjadi ahli berdaftar dalam apa cara sekalipun.[6] Antara muka web digunakan untuk menghantar siaran ke senarai.[7]

Lihat juga

  • iconPortal Bahasa

Rujukan

  1. ^ "About LINGUIST List". linguistlist.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2020. Dicapai pada 23 December 2010.
  2. ^ "Documenting Endangered Languages (DEL) nsf05590".
  3. ^ [1] The LINGUIST List: The LINGUIST Mailing List
  4. ^ [2] The LINGUIST List: The LINGLITE Mailing List
  5. ^ [3] Diarkibkan 12 Mei 2022 di Wayback Machine The LINGUIST List Subscription Page
  6. ^ [4] Diarkibkan 12 Mei 2022 di Wayback Machine The LINGUIST List Subscription Interface
  7. ^ [5] Diarkibkan 18 Mei 2022 di Wayback Machine The LINGUIST List Posting Submission Interface

Pautan luar

  • Laman web rasmi LINGUIST List