Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2018
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2018 terdiri dari 8 wakil dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan 3 wakil dari Parti Keadilan Rakyat di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2018.[1]
Majis ini akan bersidang setiap minggu pada hari Rabu bagi membincangkan hal-hal berkaitan pentadbiran negeri. Selain itu, setiap ahli MMK yang dilantik turut mengemukakan permohonan-permohonan berkaitan yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Nama | Parti | Kawasan | Portfolio |
---|---|---|---|
Chow Kon Yeow | DAP | Padang Kota | Ketua Menteri Pulau Pinang Pengerusi Jawatankuasa Tanah & Ekonomi Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi |
Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman | PKR | Pinang Tunggal | Timbalan Ketua Menteri l Pulau Pinang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pengerusi Jawatankuasa Koperasi Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Komuniti |
Prof Dr. P. Ramasamy Palanisamy | DAP | Perai | Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi |
Chong Eng | DAP | Padang Lalang | Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam |
Jagdeep Singh Deo | DAP | Datok Keramat | Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar & Desa |
Phee Boon Poh | DAP | Sungai Puyu | Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan |
Zairil Khir Johari | DAP | Tanjong Bunga | Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan |
Dato' Haji Abdul Halim Haji Hussain | PKR | Batu Maung | Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan & Industri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan |
Yeoh Soon Hin | DAP | Paya Terubong | Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Kreatif |
Soon Lip Chee | DAP | Bagan Jermal | Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan |
Dr. Norlela Ariffin | PKR | Penanti | Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi & Keselamatan Makanan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan |
Perubahan keahlian
Dr. Norlela Ariffin telah dilantik menggantikan Dr. Afif Bahardin setelah beliau dipecat dari PKR dan menyertai BERSATU.[2]
Unit MMK
Unit ini diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan berfungsi untuk merekodkan dan memfailkan segala urusan yang berkaitan dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- Laman direktori Kerajaan Negeri Pulau Pinang