Majlis Perbandaran Jasin

Majlis Perbandaran Jasin

MPJ
Lambang
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Januari 2007
Didahului oleh
Majlis Daerah Jasin
Kepimpinan
Yang Dipertua
Mohd Shaiful Hizam bin Johan
Struktur
Ahli27 orang ahli majlis
Tempat persidangan
Majlis Perbandaran Jasin,
Vista Alamanda,
77000 Jasin, Melaka
Laman sesawang
www.mpjasin.gov.my
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Jasin (dikenali sebagai MPJ) ialah salah sebuah daripada tiga kerajaan tempatan di negeri Melaka selain daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Kerajaan ini masih berpusat di Bandar Jasin sehingga kini. MPJ bertekad untuk menjadi sebuah kerajaan tempatan yang maju demi masa depan negeri dan negara.

Sejarah

Sejarah Majlis Perbandaran Jasin bermula pada 1959 sebagai Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council). Kemudian dengan berkuatkuasanya undang-undang Akta Kerajaan Tempatan 1976, seperti mana juga dengan penguasa-penguasa tempatan yang lain, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Jasin mulai 1 Julai 1978. Pada 1 Januari 2007 ia telah dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Jasin.

Bangunan Majlis Perbandaran Jasin telah dibina pada 12 Mei 1937 oleh Persatuan India Jasin semasa pemerintahan Raja George VI. Pada zaman dahulu, bangunan ini dijadikan sebagai pusat pentadbiran daerah Inggeris. Seterusnya pada tahun 1959, apabila Majlis Daerah Luar Bandar Jasin ditubuhkan, banguanan ini menjadi pusat pentadbiran Majlis, dan ia berkekalan sehingga kini.

Misi, Visi dan Objektif

Misi

Memperkasakan Perkhidmatan Perbandaran Yang Berkualiti Dan Pintar Demi Kesejahteraan Masyarakat

Visi

Jasin Ke Arah Bandar Pintar, Berdaya Huni dan Inklusif

Objektif

  • Menjadikan Jasin sebuah daerah yang maju.
  • Dengan meningkatkan pertumbuhan pembangunan melalui perindustrian dan pelancongan.
  • Memberikan kehidupan yang harmoni, persekitaran bersih dan indah.
  • Mempunyai infrastruktur terbaik dengan penekanan kepada teknologi informasi, rekreasi dan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti, untuk menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup berasaskan wawasan negara.

Piagam Pelanggan

Jabatan Khidmat Pengurusan dan Korporat

  • Memastikan aduan awam diberi maklumbalas, dalam tempoh - 14 hari bekerja
  • Memastikan semua surat diedarkan ke setiap jabatan/ unit, dalam tempoh - 24 jam kecuali hari sabtu, ahad dan kelepasan am.

Jabatan Kewangan

  • Memastikan Pesanan Kerajaan dan Inden Kerja disediakan dalam tempoh - 3 hari bekerja

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

  • Memastikan keputusan pindah milik harta dalam tempoh - 7 hari bekerja
  • Memastikan nilai kadar dan nilaian bangunan dalam tempoh :
  1. Baru - 14 hari bekerja
  2. Tambahan - 14 hari bekerja
  • Memastikan keputusan tawaran sewaan permis MPJ, dalam tempoh :
  1. Tawaran Terus - 14 hari bekerja
  2. Temuduga - 30 hari bekerja

Jabatan Kawalan Perniagaan

  • Memastikan keputusan permohonan lesen, dalam tempoh :
  1. Lesen Premis Perniagaan/ Iklan - 30 hari bekerja
  2. Lesen Perniagaan Sementara - 1 hari bekerja
  3. Lesen Iklan Sementara/Kain Rentang - 1 hari bekerja

Ahli Majlis

Bilangan Nama No. Telefon
1 Tn Hj Murad Hj Husin 019-6273364
2 En. Halim Ahmad 06-5298119
3 DSP Che Suza Che Hitam, A.M.N 012-5738883
4 En. Zulkepli Yahya 012-6412172
5 En. Azlan Hj Fadhil, PJK 017-2093279
6 En. Abdul Latip Hj. Pating 012-6149375
7 En. Nor Hisyam Hj. Mohamad 016-6459084
8 En. Abdul Nasir Bazid 019-6624162
9 Hj. Musa Ahmad, PJK., BKT 019-6657665
10 Pn. Nur Hilayaatti Datuk Abdul Rahim 019-3638122
11 Pn. Rosidah Hj Baba, PJK 012-6966372
12 Tn. Hj. Adzahar Hj. Abu, PJK 019-2362560
13 En. Hashim Hj. Mohd Akib, BKT., PBM 012-2826384
14 En. Abdul Kalam Hasan 013-6498480
15 En. Mokhtar Md. Yusin, PJK.,PBM 012-3819027
16 En. Ismail Ahmad 013-6139757
17 En. Razani Seman, PJK 019-6287616
18 Pn. Hjh Normah binti AC Podesinho, BKT, PJK 017-6061408
19 En. Md. Ali Aluai, A.M.N,BKT.,PJK, PBM 013-6204543
20 En. Chong Baba 019-3456666
21 En. Gan Boon Chuan 012-6378777
22 En. Choo Chin Chye, BKT 012-6015139
23 En.Chu Chee Seng, PJK 016-6261784
24 Pn. Lim Chia Lee 012-3052211
25 En. S. Sinniah, A.M.N,BCM.,PJK.,PBM 012-6734575

Pautan luar

  • Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Jasin