Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Kepimpinan
Yang Dipertua
DR. SAKDUDDIN BIN ZAMLI
Struktur
Ahli23 orang ahli majlis
Moto
"KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA, BANDAR WARISAN BUDAYA"

"KUALA KANGSAR INDAH PERMAI"

"MEMBINA KEHIDUPAN BERKUALITI"
Tempat persidangan
Wisma MPKK, Jalan Sultan Nazrin Shah, 33000, Kuala Kangsar
Laman sesawang
https://www.kualakangsar.gov.my/
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar merupakan salah satu pihak berkuasa tempatan bagi negeri Perak. Kuala Kangsar merupakan sebuah daerah yang ketiga terbesar di negeri Perak dan terletak diantara daerah Ipoh dan juga Taiping.

Sejarah

Majlis Daerah Kuala Kangsar telah ditubuhkan pada 1 Januari 1980, di bawah peruntukan penyusunan semula Penguasa- penguasa Tempatan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 dengan mencantumkan beberapa Penguasa Tempatan dalam Daerah Kuala Kangsar dan hanya mewujudkan Sungai Siput (U) sebagai cawangan untuk menjadikan Penguasa Tempatan yang besar dan kukuh. Penguasa-Penguasa Tempatan yang dimaksudkan ialah

  • Kuala Kangsar
  • Jerlun
  • Sungai Siput
  • Manong
  • Padang Rengas
  • Sauk
  • Liman Kati
  • Karai
  • Salak Baru

Selaras dengan Seksyen 7(1) Akta 171 pada Julai 1997, Majlis Daerah Kuala Kangsar (MDKK) telah mewartakan seluas 79.94 kilometer persegi sebagai kawasan yang diperluaskan pemakaian semua Majlis Bandaran Kuala Kangsar Dan Ipoh (MBKKI) Akta yang diterimapakai oleh MDKK. Kawasan MDKK mempunyai penduduk berbilang bangsa. Pada tahun 2000 iaitu mengikut banci 2000, jumlah penduduk di Daerah Kuala Kangsar menjangkau 154,048 orang. Keluasan Kawasan Pentadbiran Kuala Kangsar adalah 204.94 kilometer persegi. Keluasan kawasan kawalan pula terdiri daripada 47.6% daripada keluasan sebenar dan 157.3% merupakan kawasan operasi yang diberikan perkhidmatan perbandaran.

  • Lembaga Bandaran Kuala Kangsar
  • Majlis Bandaran Kuala Kangsar dan Ipoh
  • Majlis Tempatan Jerlun
  • Majlis Tempatan Sungai Siput

Rujukan

  1. https://www.kualakangsar.gov.my/