Marmaduke (filem)

Marmaduke
Fail:Marmaduke ver3.jpg
Poster panggung
PengarahTom Dey
PenulisTim Rasmussen
Vince Di Meglio
BerdasarkanMarmaduke oleh
Brad Anderson
Phil Leeming
Dihasilkan olehJohn Davis
DibintangiOwen Wilson
Lee Pace
Judy Greer
William H. Macy
Steve Coogan
Sam Elliott
Fergie
George Lopez
Christopher Mintz-Plasse
Emma Stone
Kiefer Sutherland
Marlon Wayans
SinematografiGreg Gardiner
Disunting olehDon Zimmerman
Muzik olehChristopher Lennertz
Syarikat
penerbitan
Regency Enterprises
Davis Entertainment
United Feature Syndicate
Dune Entertainment
Intrigue Film
Diedarkan oleh20th Century Fox
Tarikh tayangan
  • 27 Mei 2010 (2010-05-27) (Argentina)
  • 3 Jun 2010 (2010-06-03) (Malaysia, Singapura)
  • 4 Jun 2010 (2010-06-04) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
87 minit
NegaraAmerika Syarikat
United Kingdom
BahasaInggeris
Bajet$50 juta[1]
Pecah panggung$83,761,844[2]

Marmaduke ialah sebuah adaptasi filem aksi langsung Amerika Syarikat 2010 lerang komik Brad Anderson yang bernama sama. Filem ini berpusatkan sebuah keluarga Kansas pedalaman dan haiwan peliharaan mereka—seekor anjing Denmark besar bernama Marmaduke (disuarakan oleh Owen Wilson) dan seekor kucing Bali bernama Carlos (disuarakan oleh George Lopez)—semasa keluarga berpindah ke California. Filem ini dikeluarkan pada 4 Jun 2010 dan menemui ulasan negatif dengan besar.

Jalan cerita

Marmaduke ialah seekor anjing Denmark besar yang tinggal di Kansas pedalaman dengan seekor kucing bernama Carlos. Pemiliknya, Phil (Lee Pace), bekerja untuk makanan anjing Bark Organic. Phil sangat tegas, daripada sudut pandangan Marmaduke.

Pada satu hari, Carlos memberitahu Marmaduke bahawa dia terdengar Phil mengatakan bahawa mereka akan dipindahkan ke Orange County. Mereka berpindah dari Kansas ke rumah baharu mereka di California. Bos Phil, Don Twombly (William H. Macy), mempunyai matlamat untuk membawa Bark Organic ke setiap kedai Petco di seluruh negara. Phil dan Don bertemu di taman anjing untuk membincangkan tugas Phil – kempen iklan untuk memenangi Petco. Di sana, Marmaduke menemui seekor anjing collie kasar bernama Jezebel (Fergie), yang teman lelakinya ialah Bosco (Kiefer Sutherland), seekor anjing gembala Beauce berkuasa dan ganas dengan dua ekor konco anjing pincer kecil bernama Thunder dan Lightning (Damon Wayans, Jr. dan Marlon Wayans). Bosco mengugut Marmaduke, yang tidak mahu bergaduh.

Marmaduke kemudian menemui Mazie (Emma Stone), yang jatuh hati terhadap Marmaduke. Dia juga menemui Giuseppe (Christopher Mintz-Plasse), seekor anjing berjambul China yang menakuti semuanya, dan Raisin (Steve Coogan), seekor Dachshund sangat cerdik tetapi sengaja terperinci. Mereka bertemu pada malam dan mengganggu parti pedigri sahaja yang dianjurkan oleh Bosco, hanya ditakutkan pergi oleh Bosco. Marmaduke meminta Mazie untuk menolong Marmaduke mendapatkan perempuan, yang ditanggap oleh Mazie merupakan dirinya tetapi sebenarnya merupakan Jezebel.

Marmaduke mendapatkan Carlos untuk berpura-pura sesat di taman aning, dan kedua-duanya berlawan di hadapan semua anjing lain untuk menigkatkan ketahanannya yang dapat diperhatikan. Marmaduke kemudian menyertai pertandingan peluncuran air anjing yang dianjurkan sebagai aksi lagak promosi oleh Phil untuk mempengaruhi Petco dan mengalahkan Bosco, yang merupakan juara peluncuran air anjing sah. Mereka bergaduh, yang mengejutkan eksekutif Petco.

Dia kemudian membawa Jezebel ke dalam janji temu impian Mazie, dengan Mazie hanya melihat dari jauh. Sementara keluarga Winslow berada di atas bot Don, Marmaduke memulakan parti, dengan kebanyakan pendudukan taman anjing datang kecuali Mazie, Giuseppe dan Raisin. Bosco mengganggu parti ini dan menemui bahawa Carlos yang berada di taman anjing. Dia kemudian mendedahkan Marmaduke, yang kehilangan teman pedigrinya. Dia ditinggalkan dengan tiada teman dan rumah yang musnah. Apabila Phil menemui rumahnya kesepahan, dia mengunci Marmaduke di luar sepanjang malam. Marmaduke melarikan diri, dan meninggalkan Mazie mainan yang diberikan oleh Mazie kepadanya awal sebelum itu. Mazie pergi ke rumah Marmaduke, dan Carlos memberitahu Mazie bahawa Marmaduke tidak pulang. Dia kemudian pergi mencari Marmaduke. Marmaduke sementara telah menemui Chupadogra, seekor anjing mastif Inggeris tua dan bijaksana (Sam Elliott) yang ditakuti di seluruh Orange County kerana dianggap membunuh pemiliknya. Pada kenyataan, dia melarikan diri untuk mengetuai kawanan, tetapi mereka meninggalkannya. Dia telah meluangkan masa bersendirian di hutan dengan tiada apa-apa kecuali selimut dan mangkuk air lamanya, yang terbaca "Buster". Buster/Chupadogra memberitahu Marmaduke untuk pulang ke rumah dan pulang kepada keluarganya sementara masih ada, dan kemudian menggangu seorang pengangkap anjing. Marmaduke pergi, tetapi sesat.

Pada paginya, keluarganya mengetahui bawah Marmaduke hilang dan mula mencari Marmaduke. Mazie dan keluarga itu menemui Marmaduke pada masa sama di jalanan, tetapi Mazie terjatuh ke dalam konduit air hujan bawah tanah selepas jalan di bawah tapak kakinya runtuh. Marmaduke lompat untuk mendapatkan Mazie dan Phil cuba mendapatkan Marmaduke, bersama bomba. Bomba menyelamatkan Mazie, tetapi kehilangan Marmaduke di dalam air deras. Pada masa ini, Phil telah dipercat kerana tidak menghadiri pertemuan untuk peluang terakhirnya dengan Petco. Dia kemudian berlari ke akueduk yang merupakan tujuan aliran konduit dan menemui Marmaduke di dalam air deras. Dia merayu pada Marmaduke untuk melepaskan dahan yang dipegang olehnya dan membiarkan air membawanya kepada Phil. Dia dengan hati berat melakukannya, dan diselamatkan. Beberapa orang budak mendapatkan itu dalam video dan meletakkannya di YouTube. Kerana video itu menjanakan hampir 700,000 orang penonton, Phil diupah semula. Phil kemudian bercakap tentang perpindahan semula ke Kansas, tetapi seluruh keluarga mahu tinggal di California. Marmaduke kemudian menghadapi anjing pedigri, mengatakan bahawa perbezaan tidak patut penting, bahawa mereka semua ialah anjing dan patut mempunyai kongsi sama rata terhadap taman itu. Semua bersetuju dan mengkhianati Bosco, yang pergi, menjanjikan balas dendam. Sementara, video YouTube juga memenangi persetujuan syarikat Petco. Phil dan Don mula memikirkan iklan baharu apabila mereka menanya satu sama lain tentang sekiranya anjing-anjing di situ boleh bercakap antara satu sama lain, atau juga menari.

Finalenya kemudia menunjukkan Marmaduke, Jezebel, Mazie, Giuseppe, Raisin, dan Buster, bersama yang lain, menari dan menyanyikan "What I Like About You", yang sebenarnya merupakan iklan. Pada akhirnya, Marmaduke dan Mazie berjanji temu, Marmaduke dan Jezebel berteman dan semuanya baik-baik. Marmaduke kemudian kentut di katil sebaik dia kemudian mengenyit mata di hadapan kamera.

Pelakon

Pelakon aksi langsung

  • Lee Pace sebagai Phil Winslow
  • Judy Greer sebagai Debbie Winslow
  • William H. Macy sebagai Don Twombly
  • Raugi Yu sebagai Pelatih Drama
  • Finley Jacobsen sebagai Brian Winslow
  • Caroline Sunshine sebagai Barbara Winslow
  • Milana Haines sebagai Sarah Winslow
  • Frank Topol sebagai Pemilik Bosco
  • Michael Teigen sebagai Gray
  • Sydney Imbeau sebagai Budak Perempuan Kecil (tidak dikreditkan)
  • Glenn McCuen sebagai Bodie
  • David Walliams sebagai Anton Harrison
  • Heather Doerksen sebagai Jessica

Pelakon suara

  • Owen Wilson sebagai Marmaduke: seekor anjing Denmark besar dan protagonis utama. Sebagai seekor anjing besar, dia menyuaki masakan Debbie, dan cuba membuat Phil mendengar Brian dan Barbara.
  • Emma Stone sebagai Mazie: seekor anjing gembala Australia tomboi yang jatuh hati terhadap Marmaduke dan merupakan minat cinta utama Marmaduke dan menyambut Marmaduke ke dalam geng tempatan untuk membuat Marmaduke berasa seperti di rumah di LA.
  • Fergie sebagai Jezebel: seekor anjing collie kasar berhati baik dan minat cinat asal pertama Marmaduke.
  • George Lopez sebagai Carlos: seekor kucing Bali yang berteman dengan Marmaduke.
  • Kiefer Sutherland sebagai Bosco: seekor anjing gembala Beauce dan antagonis utama. Dia cemburu akan anjing jantan lain dalam geng, termasuk pendatang terbaharu.
  • Christopher Mintz-Plasse sebagai Giuseppe: seekor anjing berjambul China bergaya.
  • Sam Elliott sebagai Chupadogra/Buster: seekor anjing mastif Inggeris tua yang dipercayai oleh mereka mendapat penyakit anjing gila dan memakan pemiliknya. Nama sebenarnya ialah Buster.
  • Steve Coogan sebagai Raisin, seekor Dachshund cerdik.
  • Marlon Wayans sebagai Lightning: salah satu teman sampingan Bosco dan merupakan anjing pincer kecil.
  • Damon Wayans, Jr. sebagai Thunder: Kembar Lightning dan juga teman sampingan Bosco.
  • Todd Glass sebagai Doberman / Shasta
  • Randall Montgomery sebagai Anjing Berbaju Sejuk
  • Devon Werkheiser sebagai Anjing Drama #1 / Anjing Cendawan #2 / Anjing Keemasan / Anjing Cocker Spaniel
  • Chris Colfer sebagai Anjing Drama #2 / Anjing Cendawan #1 / Anjing Pantai #1
  • Ryan Devlin sebagai Deuce / Anjing Pantai #2
  • Jeffrey Garcia sebagai Anjing Pantai #3
  • King Kedar sebagai Anjing Anugerah Peluncuran Air / Anjing Pantai #4 (sebagai King 'AB' Kedar)
  • Jennifer Louise La Voie sebagai seekor anjing pudel cawan teh
  • Hope Levy sebagai Anjing Pemburu Afghan #1
  • Anjelah Johnson sebagai Anjing Pemburu Afghan #2
  • Josh Gad as Anjing Bandana
  • Francisco Ramos sebagai Anjing Chihuahua Beg Tangan #1
  • Bernardo de Paula sebagai Anjing Chihuahua Beg Tangan #2
  • Eddie 'Piolin' Sotelo sebagai Anjing Chihuahua Beg Tangan #3
  • Jack McGee sebagai Anjing Dalmatia
  • Hudson Tahmes sebagai Anjing Delinkuen

Keluaran dan sambutan

Filem ini dikeluarkan pada 4 Jun 2013 oleh 20th Century Fox dan Regency Enterprises ke 3,213 buah panggung di seluruh Amerika Syarikat. Filem ini telah dikeluarkan di Venezuela seminggu lebih awal, pada 28 Mei.

Marmaduke telah dikadarkan PG oleh MPAA kerana "sesetengah kelucuan tidak sopan dan bahasa lembut".

Marmaduke dikeluarkan pada 31 Ogos 2010 dalam DVD dan Blu-ray, hanya dua setengah bulan selepas keluarannya di panggung.[3]

Sambutan kritikal

Filem ini keseluruhannya telah dikecam oleh pengkritik. Rotten Tomatoes agregat ulasan melaporkan bahawa hanya 9% daripada pengkritik telah memberi filem ini ulasan positif berdasarkan 96 ulasan, dengan markah purata 4.3/10.[4] Kesepakatan kritikal adalah: "Membosankan dan tidak melucukan, Marmaduke menawarkan sedikit penonton filem lebih daripada satu lagi pusingan haiwan bercakap dan kelucuan skatologikal."[5] Satu lagi agregat ulasan, Metacritic, yang memberikan markah ternormal antara 0–100 berdasarkan ulasan daripada pengkritik aliran utama, mengira markah purata 30 berdasarkan 22 ulasan.[6]

Roger Ebert dari The Chicago Sun-Times memberi filem ini dua daripada empat bintang, dan menulis dalam ulasannya, "Pada detik saya menonton bibir meleleh besar Marmaduke bergerak, saya mengetahui saya berada dalam masalah."[7] Radio Times, walau bagaimanapun, agak positif, mengatakan "semuanya buat-buatan sedikit, tetapi kedua-dua muda dan tua akan mendapat sesuatu daripadanya—sungguhpun pergerakan bibir memerlukan sedikit untuk menjadi biasa terhadapnya." [8]

Pecah panggung

Filem ini memperoleh $3.4 juta pada hari pembukaan, bertempat keenam di belakang Sex and the City 2, Prince of Persia: The Sands of Time, Killers, Get Him to the Greek, dan Shrek Forever After masing-masing. Ini jauh di bawah pembukaan filem aksi langsung haiwan bercakap lain dan merupakan kekecewaan untuk studio. Filem ini kekal berada di tempat keenam selama hujung minggu, dengan $11.6 juta diperoleh untuk purata $3,608 dari 3,213 buah panggung.[9] Pada hujung minggu keduanya, filem ini mempunyai penurunan 48% kepada hanya melebihi $6 juta dan menurun ke tempat ketujuh.[10] Filem ini ditutup pada 16 September 2010 selepas pulang kasar $33,644,788 dalam negeri dan tambahan $50,117,056 luar negara untuk jumlah sedunia $83,761,844.

Runut bunyi

Lima runut disahkan untuk filem ini: "California" oleh Phantom Planet, Bounce Back oleh Miss Eighty 6 menonjolkan Early Earl, "California Love" oleh 2Pac menonjolkan Dr. Dre dan Roger Troutman, "Fire Burning" oleh Sean Kingston, dan "What I Like About You" oleh The Romantics.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Fritz, Ben (3 Jun 2010). "Movie projector: 'Get Him to the Bering Sea' and 'Murderers' aiming for No. 2 against Mclovin: the true story". Los Angeles Times. Tribune Company. Dicapai pada 4 Jun 2010. The picture cost Fox and partner New Regency Pictures about $50 million to make.
  2. ^ "Marmaduke (2010)". Box Office Mojo. Internet Movie Database. Dicapai pada 31 Julai 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ DVD News: Marmaduke on Blu-ray and DVD August 31 Diarkibkan 2011-10-09 di Wayback Machine. FusedFilm.com (2010-08-03). Capaian 7 Januari 2011.
  4. ^ "Rotten Tomatoes". Dicapai pada 5 September 2010.
  5. ^ "Marmaduke Movie Reviews, Pictures". Rotten Tomatoes. Flixster, Inc. Dicapai pada 13 Jun 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ "Marmaduke reviews at Metacritic.com". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada 13 Jun 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ Ebert, Roger (22 Jun 2010). "Marmaduke :: rogerebert.com :: Reviews". rogerbert.com. Sun-Times Media Group. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  8. ^ The Radio Times (25 Ogos 2010). "Marmaduke film review — Radio Times". radiotimes.com. Radio Times. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  9. ^ "Weekend Box Office Results for June 4–6, 2010". Box Office Mojo. Internet Movie Database. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  10. ^ "Marmaduke (2010) – Weekend Box Office Results". Box Office Mojo. Internet Movie Database. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Pautan luar

Templat:Tom Dey