Mata air panas

Mata air panas di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat
"Kolam Darah" di Beppu, Jepun

Mata air panas atau kolam air panas ialah mata air yang terhasil akibat air bawah tanah yang dipanaskan secara geoterma mengalir keluar dari kerak Bumi yang mempunyai suhu lebih tinggi berbanding air normal di kawasan persekitarannya.

Air panas ini dikatakan boleh membantu merawat pelbagai penyakit berkaitan masalah kulit dan sakit sendi.

Malaysia

Di Malaysia terdapat kolam air panas di beberapa negeri antaranya Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah.

Selangor

Hulu Langat

  1. di kawasan Kampung Jawa, Hulu Langat
  2. Air panas di kawasan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua
  3. kolam air panas Sungai Serai
  4. Kompleks Air Panas Dusun Tua, Sungai Lalang, Semenyih
  5. Kolam Air Panas di Sungai Serai, Hulu Langat
  6. di tepi sungai Taman Rimba Templer

Utara Selangor

  1. berhampiran Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Baharu.
  2. kolam air panas Kerling, Ulu kalong dan Ulu Tamu
  3. Air Panas Batu 9, Gombak, terletak dalam kawasan tanah persendirian

Kuala Lumpur

  1. Kolam air panas terletak di kawasan Resources Springs Apartment, Jalan Air Panas, Taman Ayer Panas, Kuala Lumpur
  2. Telaga air panas di kawasan rumah persendirian terletak di Jalan Ayer Hijau, Setapak
  3. Kolam air panas di tengah Jalan AU 3/1, Keramat

Rujukan

  1. https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/kembara/2021/11/890527/melepak-di-15-kolam-air-panas