Memanah di Sukan Paralimpik Musim Panas 2024
Memanah di Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 | |
---|---|
Lokasi | Les Invalides |
Tarikh | 29 Ogos - 5 September 2024 |
Pesaing | 140 atlet |
← 2020 2028 → |
Memanah di Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 dijadualkan unter berlangsung di Les Invalides yang terletak di Paris, Perancis dari 27 Ogos hingga 4 September 2024.[1] Sebanyak 140 atlet dari dua kategori akan bertanding dalam 9 acara.
Kelayakan
Tempoh kelayakan untuk Sukan Paralimpik 2024 adalah dari 1 Julai 2023 hingga 1 Julai 2024. Slot kelayakan adalah diberi kepada JPK dan bukannya atlet. Setiap atlet hanya boleh memperoleh satu (1) slot kelayakan untuk JPKnya. Bagi pengagihan slot melalui Jemputan Jawatankuasa Dwipihak pula, slot kelayakan adalah diberi kepada atlet dan bukannya JPK. Setiap JPK hanya boleh memperoleh maksimum dua (2) slot bagi setiap acara pingat individu. Sesebuah JPK secara automatiknya diberi maksimum satu (1) slot untuk sebuah pasukan yang terdiri daripada satu (1) atlet lelaki dan satu (1) atlet perempuan yang layak sekiranya mereka ada atlet yang bertanding dalam kedua-dua jantina. Anggota pasukan adalah dipilih daripada atlet-atlet yang bertanding dalam acara individu.[2]
Cara Layak | Tarikh | Lokasi | Bilangan Slot |
---|---|---|---|
Kejohanan Para Memanah Dunia 2023 | 17 – 23 Julai 2023 | Pilzen | 78 slot Individu: 32 lelaki 22 perempuan |
Kejohanan Kelayakan Benua 2023 (Eropah) | 10 - 20 Ogos 2023 | Rotterdam | 10 slot 5 lelaki 5 perempuan |
Kejohanan Kelayakan Benua 2023 (Asia) | 16-25 November 2023 | Bangkok | 10 slot 5 lelaki 5 perempuan |
Sukan Parapan Amerika | 17-26 November 2023 | Santiago | 10 slot 5 lelaki 5 perempuan |
Kejohanan Kelayakan Benua 2024 (Afrika/Oceania) | TBD | Dubai | 6 slot 3 lelaki 3 perempuan |
Kejohanan Kelayakan Dunia 2024 | TBD | Dubai | 12 slot 6 lelaki 6 perempuan |
Pengagihan Tuan Rumah | - | - | 6 slot 3 lelaki 3 perempuan |
Pengagihan Jemputan Jawatankuasa Dwipihak | TBD | - | 8 slot 4 lelaki 4 perempuan |
Jumlah | 140 |
Kategori
140 peserta (80 lelaki dan 60 perempuan) akan bertanding dalam 9 acara.[3]
- Individu W1 (Lelaki/Perempuan)
- Individu Compound - Terbuka (Lelaki/Perempuan)
- Individu Recurve - Terbuka (Lelaki/Perempuan)
- Kumpulan W1 (Campuran)
- Kumpulan Compound - Terbuka (Campuran)
- Kumpulan Recurve - Terbuka (Campuran)
Klasifikasi
Terdapat dua klasifikasi bagi memanah dalam Sukan Paralimpik 2024:
- W1: Atlet yang mempunyai kecatatan pada kedua-dua tangan dan kakinya serta menggunakan kerusi roda
- Terbuka: Atlet yang mempunyai kecatatan pada kakinya atau mempunyai masalah keseimbangan dan memanah dengan berdiri atau duduk di bangku.
Penyertaan
Keputusan
Jadual pingat
* Tuan rumah (Perancis)
Kedudukan | NPC | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | China | 3 | 3 | 2 | 8 |
2 | Amerika Syarikat | 2 | 0 | 0 | 2 |
3 | Turki | 1 | 1 | 0 | 2 |
4 | Itali | 1 | 0 | 2 | 3 |
5 | Great Britain | 1 | 0 | 1 | 2 |
India | 1 | 0 | 1 | 2 | |
7 | Iran | 0 | 2 | 1 | 3 |
Republik Czech | 0 | 2 | 1 | 3 | |
9 | Poland | 0 | 1 | 0 | 1 |
10 | Slovenia | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah (10 NPC) | 9 | 9 | 9 | 27 |
Pemenang
Acara | Emas | Perak | Gangsa |
---|---|---|---|
Individu Recurve - Terbuka (lelaki) | Harvinder Singh India | Łukasz Ciszek Poland | Mohammad Reza Ameri Iran |
Individu Recurve - Terbuka (perempuan) | Wu Chunyan China | Wu Yang China | Elisabetta Mijno Itali |
Kumpulan Recurve - Terbuka (campuran) | Itali Elisabetta Mijno Stefano Travisani | Turki Merve Nur Eroğlu Sadık Savaş | Slovenia Živa Lavrinc Dejan Fabčič |
Individu W1 (lelaki) | Jason Tabansky Amerika Syarikat | Han Guifei China | Zhang Tianxin China |
Individu W1 (perempuan) | Chen Minyi China | Šárka Musilová Republik Czech | Tereza Brandtlová Republik Czech |
Kumpulan W1 (campuran) | China Chen Minyi Zhang Tianxin | Republik Czech David Drahonínský Šárka Musilová | Itali Daila Dameno Paolo Tonon |
Individu Compound - Terbuka (lelaki) | Matt Stutzman Amerika Syarikat | Ai Xinliang China | He Zihao China |
Individu Compound - Terbuka (perempuan) | Öznur Cüre Turki | Fatemeh Hemmati Iran | Jodie Grinham Great Britain |
Kumpulan Compound - Terbuka (campuran) | Great Britain Jodie Grinham Nathan MacQueen | Iran Fatemeh Hemmati Hadi Nori | India Rakesh Kumar Sheetal Devi |
Rujukan
Sumber yang dirujuk
- ^ "Competition Venue Concept". paris2024.org.
- ^ "Paris 2024 Paralympic Games Qualification Regulations" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. 5 Mei 2023. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 7 Mei 2023. Dicapai pada 5 Jun 2023.
- ^ "Para Archery". paris2024.org.