Mohammed Shahabuddin

Yang Amat Berhormat

Mohammed Shahabuddin
মোহাম্মদ সাহাবুদ্দিন
Official portrait, 2023
Presiden Bangladesh ke-16
Penjawat kini
Memegang jawatan
24 April 2023
Perdana MenteriSheikh Hasina
Didahului olehMohammad Abdul Hamid
Butiran peribadi
LahirMohammed Shahabuddin
(1949-12-10) 10 Disember 1949 (umur 74)
Pabna, Benggali Timur, Pakistan
KerakyatanBangladesh
Parti politikLiga Awami Bangladesh[1]
PasanganRebecca Sultana (k. 1972)
Anak-anakArshad Adnan
KediamanBangabhaban
Alma mater
    • Kolej Edward Kerajaan, Pabna
    • Universiti Rajshahi (MSc)
    • Kolej Undang-undang Shahid Aminuddin (LLB)
Perkhidmatan ketenteraan
Nama samaranChuppu[2]
Perkhidmatan/
cawangan
Mukti Bahini
 ∟ Mujib Bahini
Tahun perkhidmatan1971
PertempuranPerang Pembebasan Bangladesh

Mohammed Shahabuddin (lahir di Pabna, Bangladesh, 10 Disember 1949; umur 74 tahun) [3] ialah seorang ahli undang-undang, penjawat awam, dan ahli politik Bangladesh yang menyandang jawatan Presiden Bangladesh ke-16. Dia dipilih tanpa bertanding dalam pilihan raya presiden 2023 selepas dicalonkan parti Liga Awami yang memerintah. Sebelum memegang jawatan presiden, beliau berkhidmat sebagai hakim daerah dan hakim sesyen serta pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dari 2011 hingga 2016. [4]

Kehidupan awal dan pendidikan

Shahabuddin dilahirkan pada 10 Disember 1949 di kawasan Jubli Tank di Sadar Upazila, Shibrampur dalam Daerah Pabna di Benggala Timur dahulu, Dominion Pakistan (kini Bangladesh). [5] Ibu bapanya ialah Sharfuddin Ansari dan Khairunnessa. [6]

Shahabuddin belajar di Sekolah Purbatan Gandhi Pabna dan kemudiannya dimasukkan ke Akademi Radhanagar Majumdar ketika gred empat di mana beliau lulus peperiksaan sijil sekolah menengah (SSC) pada 1966. [3] Beliau kemudiannya lulus sijil menengah tinggi (HSC) pada 1968 dan sarjana muda daripada Kolej Edward Kerajaan, Pabna pada 1972.[7] Kemudian, beliau memperoleh sarjana dalam psikologi dari Universiti Rajshahi pada 1974, dan kemudian LLB dari Kolej Undang-undang Shahid Aminuddin pada 1975. [3]

Kerjaya

Shahabuddin ialah ketua pelajar bagi Liga Awami pada akhir 1960-an dan awal 1970-an. Beliau adalah setiausaha agung unit Kolej Pabna Edward bagi Liga Chhatra dan presiden Liga Chhatra dan Liga Jubo di Daerah Pabna. Beliau adalah ketua Majlis Perjuangan Pelajar Bangla Merdeka bagi Daerah Pabna. [8] Dia mengambil bahagian dalam Perang Pembebasan Bangladesh sebagai pejuang kemerdekaan. Beliau adalah setiausaha bersama unit daerah Liga Awami Krishak Sramik Bangladesh (BAKSAL) dan setiausaha publisiti unit daerah Liga Awami. Dia dipenjarakan selepas pembunuhan Sheikh Mujibur Rahman pada 1975 selama tiga tahun. [8]

Pada 1982, Shahabuddin menyertai kader kehakimansebagai Munsef (Penolong Hakim) dalam Perkhidmatan Awam Bangladesh.[8] Beliau akhirnya dinaikkan pangkat ke jawatan Hakim Daerah dan Sesyen, jawatan tertinggi Perkhidmatan Kehakiman Bangladesh. Beliau telah dipilih untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Perkhidmatan Kehakiman pada 1995 dan 1996. [9]

Shahabuddin dilantik oleh Kementerian Undang-undang, Keadilan dan Hal Ehwal Parlimen untuk berkhidmat sebagai penyelaras dalam perbicaraan untuk mendakwa pembunuh Syeikh Mujibur Rahman. Beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Pilihan Raya di Majlis Kebangsaan Liga Awami Bangladesh 2022. [9]

Pada Februari 2023, Shahabuddin, meletak jawatan daripada lembaga pengarah Bank Islam Bangladesh Berhad selepas dipilih sebagai presiden Bangladesh, jawatan yang disandangnya sejak 2017. [10]

Kepresidenan

Pilihan raya

Shahabuddin telah dicalonkan oleh Parti Parlimen Liga Awami sebagai calon mereka untuk Presiden Bangladesh. [11] Pada 12 Februari 2023, beliau menyerahkan permohonannya kepada Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya dan Pegawai Pilihan Raya Presiden di Suruhanjaya Pilihan Raya untuk pilihan raya presiden, dan menjadi satu-satunya calon yang berbuat demikian.[12] Shahabuddin kemudian mengadakan perbincangan sulit empat mata dengan Perdana Menteri Sheikh Hasina di Ganahaban. [13] Pencalonan beliau disambut baik oleh parti pembangkang Jatiya, manakala Parti Nasionalis Bangladesh menyatakan rasa tidak berminat mereka.[14] Pada 13 Februari 2023, beliau secara rasmi dipilih sebagai presiden ke-22 negara kerana beliau tidak ditentang sesiapa. Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Kazi Habibul Awal.[15][16]

Perasmian

Shahabuddin mengangkat sumpah sebagai Presiden Bangladesh ke-22 dalam satu majlis di Bangabhaban pada 24 April 2023.[17] Pengerusi Jatiya Sangsad, Shirin Sharmin Chaudhury menerima ikrar sumpah itu. Perdana Menteri Sheikh Hasina, Ketua Hakim Negara Hasan Foez Siddique, Sheikh Rehana, anggota kabinet, dan tetamu lain menghadiri majlis negara tersebut. Selepas majlis mengangkat sumpah, Shahabuddin dan bekas presiden Mohammad Abdul Hamid secara rasmi bertukar tempat duduk sebagai sebahagian daripada upacara peralihan jawatan. Shahabuddin dan Yang di-Perua Shirin Sharmin Chaudhury menandatangani dokumen sumpah jawatan itu.[18]

Penggal pemerintahan

Pada Mac 2024, Shahabuddin memveto Rang Undang-undang Buruh 2023 yang diluluskan oleh Parlimen dan menghantarnya untuk dipertimbangkan semula.

Perletakan jawatan Sheikh Hasina

Pada 5 Ogos 2024, Panglima Tentera Darat, Jeneral Waker-uz-Zaman menyerahkan peletakan jawatan Perdana Menteri Sheikh Hasina kepada Shahabuddin.[19][20][21] Beliau segera memulakan proses pertemuan dengan pemimpin politik dari seluruh negara untuk membincangkan pembentukan kerajaan sementara. Beliau juga telah membubarkan parlimen.[22][23]

Beliau turut mengarahkan pembebasan bekas Perdana Menteri Khaleda Zia daripada tahanan rumah. [24]

Lawatan luar negara

Kehidupan peribadi

Sejak November 1972, Shahabuddin berkahwin dengan Rebecca Sultana, bekas setiausaha bersama kerajaan Bangladesh.[25] Beliau kini berkhidmat sebagai ahli fakulti Universiti Primeasia dan pengerusi pengasas Pertubuhan Rakan untuk Kanak-kanak.[25] Bersama-sama mereka mempunyai seorang anak lelaki, Arshad Adnan, yang menghasilkan beberapa filem Bangladesh, termasuk filem Bangladesh dengan kutipan tertinggi Priyotoma (2023).[26][27]

Legasi

Sebagai penghormatan kepadanya, sebuah taman yang dibina oleh Perbandaran Pabna pada 2020 dinamakan "Taman Permainan Bir Muktijoddha (Pahlawan Perang) Mohammad Sahabuddin Chuppu". [28]

Lihat juga

  • Senarai lawatan antarabangsa presiden oleh Mohammed Shahabuddin

Rujukan

  1. ^ "Mohammad Shahabuddin poised to become the next president of Bangladesh". WION.
  2. ^ "Shahabuddin Chuppu takes oath as Bangladesh's 22nd president". Al Jazeera English.
  3. ^ a b c রাষ্ট্রপতির কার্যালয়. bangabhaban.portal.gov.bd (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-05-05. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "bio" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ "AL nominates Shahabuddin Chuppu for country's next President". The Business Standard (dalam bahasa Inggeris). 12 February 2023. Dicapai pada 2023-02-12.
  5. ^ Arafat, Aditya (13 March 2016). bbanglanews24.com অবসরে থাকছেন বদিউজ্জামান, সুপ্রিম কোর্টে ফিরছেন চুপ্পু [Badiuzzaman to go in retirement, Chuppu to return in Supreme Court] (dalam bahasa Bengali). Dicapai pada 15 February 2023.
  6. ^ "Profile of Md Shahabuddin Chuppu". Daily Sun. 12 February 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-02-13. Dicapai pada 2023-02-13.
  7. ^ Sheikh, Emran Hossain (12 February 2023). "কেন রাষ্ট্রপতি পদে আ.লীগের পছন্দ সাহাবুদ্দিন চুপ্পু?" [Why Shahabuddin Chuppu is favourite of A.League for the post of President?]. Bangla Tribune (dalam bahasa Bengali). Dicapai pada 15 February 2023.
  8. ^ a b c "Md Shahabuddin elected 22nd president of Bangladesh". The Business Standard (dalam bahasa Inggeris). 2023-02-13. Dicapai pada 2023-02-13. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  9. ^ a b "Shahabuddin Chuppu becomes president-elect". Dhaka Tribune. 12 February 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-02-13. Dicapai pada 2023-02-13. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  10. ^ "President-elect Shahabuddin resigns from Islami Bank's board". The Daily Star (dalam bahasa Inggeris). 2023-02-13. Dicapai pada 2023-04-16.
  11. ^ "AL nominates Shahabuddin as candidate for Bangladesh president". New Age (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-02-13.
  12. ^ "Shahabuddin Chuppu set to become next Bangladesh president". The Hindu (dalam bahasa Inggeris). PTI. 2023-02-12. ISSN 0971-751X. Dicapai pada 2023-02-13.
  13. ^ "AL-nominated president candidate Shahabuddin calls on PM". Daily Sun. Bangladesh Sangbad Sangstha. 2023-02-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-02-14. Dicapai pada 2023-02-14.
  14. ^ "BNP has no interest, JaPa welcomes next president Shahabuddin". Prothom Alo. 12 February 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-02-13. Dicapai pada 2023-02-13.
  15. ^ সংবাদ বিজ্ঞপ্তি (PDF). ecs.gov.bd (dalam bahasa Bengali). Bangladesh Election Commission. Dicapai pada 13 February 2023.
  16. ^ "Mohammad Shahabuddin elected 22nd president of Bangladesh". Prothom Alo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-02-13.
  17. ^ "Shahabuddin Chuppu takes oath as Bangladesh's 22nd president" (dalam bahasa Inggeris). Al Jazeera. Dicapai pada 2023-04-28.
  18. ^ "Shahabuddin sworn in as the 22nd president". The Daily Star (dalam bahasa Inggeris). UNB. 2023-04-25. Dicapai pada 2023-04-28.
  19. ^ Gupta, Anant (5 August 2024). "Bangladeshi Prime Minister Sheikh Hasina resigns, army chief says". Washington Post.
  20. ^ Alam, Julhas; Pathi, Krutika (5 August 2024). "Prime Minister Sheikh Hasina resigns and leaves Bangladesh, ending 15-year rule". Associated Press. Dicapai pada 5 August 2024.
  21. ^ Hasnat, Saif; Martínez, Andrés R. "What We Know About the Ouster of Bangladesh's Leader". The New York Times.
  22. ^ https://www.aljazeera.com/news/liveblog/2024/8/6/bangladesh-protests-live-news-students-leaders-to-meet-army-chief
  23. ^ https://www.uniindia.com/bangladesh-parliament-to-be-dissolved-interim-govt-to-be-formed-soon-president-shahabuddin/world/news/3256223.html
  24. ^ "Bangladesh president orders release of ex-PM Khaleda Zia".
  25. ^ a b একনজরে রাষ্ট্রপতি প্রার্থী মোহাম্মদ সাহাবুদ্দিন (dalam bahasa Bengali). RTV. Dicapai pada 2023-05-05.
  26. ^ Farhin Antara, Nawaz (12 February 2023). "BNP says it is unconcerned by presidential election". Dhaka Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-02-13. Dicapai pada 2023-02-13.
  27. ^ "Md Sahabuddin to take oath as 22nd president of Bangladesh today". Prothom Alo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-05-05.
  28. ^ পাবনায় 'মুক্তিযোদ্ধা মোহাম্মদ সাহাবুদ্দিন চুপ্পু বিনোদন পার্ক' উদ্বোধন. Jugantor (dalam bahasa Bengali). 1 July 2020. Dicapai pada 12 February 2023.

Templat:BangladeshPresidentsTemplat:Bangladesh Awami LeagueTemplat:Heads of state of republicsTemplat:Current Socialist rulers