Muhammad Ramli Nuh

محمد رملي بن نوحcode: ms is deprecated
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk TepuhDalam jawatan
2004–2013Didahului oleh Abu Bakar AbdullahDigantikan oleh Hishamuddin Abdul KarimMajoriti430 (PRU-12)
773 (PRU-13) Butiran peribadiLahir (1966-07-30) 30 Julai 1966 (umur 58)
Terengganu Wakaf Mensira, Kuala Terengganu, TerengganuParti politik UMNOAlma materUniversiti Kebangsaan MalaysiaLaman web rasmiDUN Terengganu

Haji Muhammad Ramli bin Haji Nuh (lahir 30 Julai 1966) adalah rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tepuh, Terengganu. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu. Sebelum itu, beliau merupakan bekas pegawai Kadi daerah Marang. Beliau telah dilahirkan di Kampung Wakaf Mesira pada 30 Julai 1966. Pada peringkat parti, beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO bahagian Kuala Nerus.

Mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Syariah dan Undang-Undang dari Fakulti Pengajian Islam. Beliau kini telah berkahwin dan mempunyai 5 cahaya mata. Beliau amat disenangi oleh semua golongan dan berjiwa rakyat.[1] Ustaz Muhammad Ramli telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 11 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tepuh dan berjaya memenangi kerusi tersebut. Beliau mendapat undi sebanyak 7,583 undi menewaskan penyandang sebelumnya iaitu Ustaz Dr Abu Bakar dengan majoriti 774 undi.[2] Dalam pilihan raya yang ke-12, Ustaz Muhammad Ramli mempertahankan kerusi tersebut dengan sekali lagi menewaskan calon dari PAS, Ustaz Dr Abu Bakar dengan majoriti 430.[3]

Keputusan Pilihan Raya

Dewan Undangan Negeri Terengganu: N09 Tepuh
Tahun Undi Pts Lawan Undi Pts Jumlah Undi Undi Rosak Majoriti Keluar
2004 Muhammad Ramli Bin Haji Nuh (UMNO) 7,583 52.66% Abu Bakar Abdullah (PAS) 6,809 47.28% 14,556 156 774 87.43%
2008 Muhammad Ramli Bin Haji Nuh (UMNO) 8,445 51.11% Abu Bakar Abdullah (PAS) 8,025 48.57% 16,715 192 430 84.21%
2013 Muhammad Ramli Bin Haji Nuh (UMNO) 10,899 49.36% Hishamuddin Abdul Karim (PAS) 11,128 50.40% 22,301 220 229 88.60%

Anugerah

  •  Terengganu :
    • Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
    • Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (AMZ)

Rujukan

  1. ^ http://dun.terengganu.gov.my]
  2. ^ http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkhir.php
  3. ^ http://semak.spr.gov.my/spr] KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE-12 (spr.gov.my)

Pautan luar

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.