Nor Hizwan bin Ahmad
Yang Berbahagia Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Tuan Nor Hizwan bin Ahmad | |
---|---|
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Getah Malaysia | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 15 November 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob |
Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM) | |
Dalam jawatan 8 Januari 2022 – 27 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob |
Setiausaha Politik Kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia | |
Dalam jawatan 27 September 2021 – 12 November 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob |
Setiausaha Politik Kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia | |
Dalam jawatan 22 Mei 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Dalam jawatan Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahatir Mohamad |
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat | |
Dalam jawatan 8 September 2014 – 22 September 2018 | |
Raja | Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Haji Razak |
Butiran peribadi | |
Lahir | Nor Hizwan Bin Ahmad |
Parti politik | Fail:Parti-Bangsa-Malaysia-logo-new1.jpg (2022) |
Profesion | Ahli politik |
Nor Hizwan bin Ahmad ialah seorang ahli politik bagi negeri Johor, Malaysia sehingga tahun 2022. Kini beliau merupakan usahawan dan pengajar dalam bidang E-commerce serta mempunyai beberapa perniagaan sendiri disamping menjadi konsultan pengurusan perniagaan
Penglibatan politik
Nor Hizwan Ahmad memulakan penglibatan politik dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat[1], Ketua Biro Komunikasi (PKR) Selangor.[2][3][4] dan Ketua Penyelaras PKR Cawangan Muar[5][6] Beliau pernah menjadi calon pilihanraya umum ke 13 untuk Parlimen Muar namun tewas sebanyak 1,646 undi kepada calon Barisan Nasional yang juga merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi serta Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu.
Namun begitu, beliau telah meninggalkan PKR pada peristiwa langkah shereton[7][8] bagi menyokong kepimpinan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin serta Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang keluar daripada PKR.
Pada 8 Januari 2022, Nor Hizwan Ahmad dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM).[9][10][11][12][13][14] Pada 27 Disember, beliau bersama 12 orang ahli PBM lain dipecat daripada parti berkenaan.[15] akibat daripada perselilisahn dengan Presiden PBM, YB Datuk Larry Sng.
Lantikan Setiausaha politik
Nor Hizwan Ahmad pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia sebanyak dua kali pada pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dari Julai 2018 hingga 24 Februari 2020 dan pemerintahan Perikatan Nasional (PN) dari 22 Mei 2020 hingga 16 Ogos 2021[16][17][18].
Namun pada 16 Ogos 2021, Politik Malaysia kembali bergolak apabila ahli Parlimen dari UMNO menarik kembali sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional, ekoran daripada itu Kerajaan Perikatan Nasional akhirnya tumbang diperingkat persekutuan. Dimana Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletakkan Jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke lapan[19].
Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan Jawatan , Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan. Pada pemerintahan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Nor Hizwan Ahmad telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia[20]. Beliau menjawat Jawatan berikut dari 27 September 2021 hingga 1 November 2021.
Kerjaya korporat
Nor Hizwan Ahmad dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Getah Malaysia[21] Pada 1 November 2021 dan beliau memulakan tugasan pada 15 November 2021[22][23][24][25][26][27].
Penglibatan persatuan
Nor Hizwan Ahmad aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang jawatan sebagai ;
- Pengerusi Penggerak Komuniti Negara[28][29][30].
- Pengerusi Yayasan Penggerak Komuniti Negara[31].
Keputusan pilihan raya
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, Nor Hizwan Ahmad aktif telah dicalonkan untuk bertanding bagi Parlimen Muar[32]. Beliau merupakan calon dari (PKR) yang menentang calon BN iaitu Datuk Seri Razali Ibrahim[33][34].
Tahun | Kerajaan | Undian | Peratusan | Pembangkang | Undian | Peratusan | Jumlah Undi | Majoriti | Jumlah Pengundi Berdaftar | Peratus Keluar Mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Nor Hizwan Ahmad (PKR) | 19,221 | 47.95% | Razali Ibrahim(UMNO) | 20,867 | 52.05% | 40,992 | 1,646 | 48,208 | 85.00% |
Anugerah
- Malaysia:
- Pingat Setia Bomba (P.S.B) - (2020)[38][39].
- Profesor Adjung Pengurusan Perniagaan (Universiti Geomatika Malaysia) - (2023)
Rujukan
- ^ "Senarai Ahli Majlis Pimpinan AMK penggal 2014-2017". dialograkyat.blogspot.com.
- ^ "Calon PM: Pemimpin PKR Selangor tolak Mahathir". wwww.1media.my.
- ^ "30 peratus undi PKR Kedah hilang". wwww.bharian.com.my.
- ^ "Undi cabang lebih banyak dari pusat, ini jawapan JPP". wwww.malaysiakini.com.
- ^ "Penyelaras KEADILAN Muar dihalang serah sumbangan persekolahan". arrisalah-elbi.blogspot.com.
- ^ "Jelajah bongkar skandal Scorpene ke Johor". dialograkyat.blogspot.com.
- ^ "Kronologi desas desus perubahan kerajaan". www.mstar.com.my.
- ^ "Kronologi bersejarah peralihan Kerajaan PH ke PN". harakahdaily.net.
- ^ "Larry Sng dilantik Presiden PBM". www.astroawani.com.
- ^ "Those with TVET backgrounds stand to have the edge, says PBM". www.nst.com.my.
- ^ "Setiausaha agung PBM beri bayangan lebih ramai Ahli Parlimen ikut jejak Zuraida". www.freemalaysiatoday.com.
- ^ "PBM sudah terima permohonan Zuraida". www.bharian.com.my.
- ^ "PBM terima permohonan Zuraida, akui teruja". www.utusan.com.my.
- ^ "Perkenal kursus integriti, antirasuah di sekolah rendah: PBM". www.sinarharian.com.my.
- ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/12/1044849/pbm-pecat-13-individu-termasuk-zuraida-nor-hizwan
- ^ "Tiba masa lantik ketua pembangkang baru, kata setiausaha Zuraida". www.malaysiakini.com.
- ^ "Pegawai Zuraida dedah dokumen projek rundingan terus libatkan syarikat, Guan Eng". www.malaysianow.com.
- ^ "Keluarga anak ramai gembira terima bantuan, kini cukup kelengkapan ikuti PdPR". www.malaysianow.com.
- ^ "Setiausaha Politik Zuraida maklum Agong terima peletakan jawatan Muhyiddin". www.utusan.com.my.
- ^ "22 setiausaha politik menteri angkat sumpah simpan rahsia". www.bharian.com.my.
- ^ "Pengurusan MRC". www.myrubbercouncil.com.my.
- ^ "Graphene space balloons to bring Malaysia's rubber industry to next level -- MRC". www.bernama.com.
- ^ "Produk getah Malaysia dieksport ke 189 negara". origin.bharian.com.my.
- ^ "Malaysian Rubber Council eyes new markets in Latin America, Africa". www.nst.com.my.
- ^ "Rubber exports hit record RM71b high". www.dailyexpress.com.my.
- ^ "Malaysian Rubber Council targets new markets". www.theedgemarkets.com.
- ^ "MRC pacu industri getah negara". www.bharian.com.my.
- ^ "Tiada pelancaran parti baharu, hanya umum ahli NGO sertai Parti Bangsa Malaysia". www.freemalaysiatoday.com.
- ^ "Bekas Setiausaha Politik Zuraida, lebih 53,000 ahli PKN sertai Parti Bangsa Malaysia". malaysiagazette.com.
- ^ "Pengerusi NGO dakwa Razlan termakan hasutan DAP". m.malaysiakini.com.
- ^ "Foundation gives RM100,000 to flood relief efforts". www.thestar.com.my.
- ^ "NOR HIZWAN AHMAD". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "Calon PRU-13: Mampukah Nor Hizwan Gugat Razali Di Parlimen Muar?". www.mstar.com.my.
- ^ "Jeneral bersara ketuai cabaran PKR di Johor". m.malaysiakini.com.
- ^ "Keputusan PRU13 Negeri Johor". www.mstar.com.my.
- ^ "Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum". resultpru13.spr.gov.my.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen". resultpru13.spr.gov.my.
- ^ "Wartawan Sinar Harian terima Pingat Cemerlang Bomba". m.sinarharian.com.my.
- ^ "Presiden Cuepacs dahului senarai penerima Pingat Ketua Pengarah JBPM". www.kosmo.com.my.