Notre-Dame de Nice

Menara basilika
Notre Dame de Nice pada waktu malam

Basilika Notre-Dame de Nice (Perancis: Basilique Notre-Dame de Nicecode: fr is deprecated ) ialah basilika Roman Katolik yang terletak di Avenue Jean Médecin di tengah Nice, Perancis. Ia dalam tradisi seni bina Neo-Goth.

Basilika ini dibina antara tahun 1864 dan 1868, direka oleh Louis Lenormand dan merupakan gereja terbesar di Nice,[1] tetapi bukan sebuah katedral.

Diilhamkan oleh Katedral Angers, ia dibina dalam gaya Goth. Pembinaannya terdorong oleh hasrat memperanciskan bandar tersebut selepas Kaunti Nice diilhakkan pada Perancis daripada Kerajaan Sardinia, dan pada masa itu bangunan Goth dikatakan bercirikan Perancis. Ciri utamanya ialah dua menara segi empat sama berketinggian 65 m, yang menonjol depan timur bersama dengan tingkap mawar besar yang menonjolkam babak Maria diangkat ke Syurga.

Lihat juga

  • Kejadian menikam Nice 2020

Nota

  1. ^ "website of the Mairie de Nice". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-18. Dicapai pada 2011-01-03.

Pautan luar

  • Les concerts de Notre-Dame: Official website of the Mairie de Nice
  • L'architecture à Nice entre 1850 et 1860, Michel Steve, Cahiers de la Méditerranée, vol. 74, Les crises dans l'histoire des Alpes-Maritimes, 2007

Templat:France-church-stub

Koordinat: 43°42′11.92″N 7°15′57.82″E / 43.7033111°N 7.2660611°E / 43.7033111; 7.2660611