OB Südost

Panglima Tertinggi Tenggara (Oberbefehlshaber Südost (Jerman: akronim OB Südost)) ialah pemerintah keseluruhan Angkatan Tentera Jerman di Greece dan rantau Balkan antara tahun 1943 dan 1945 semasa Perang Dunia II. Ia berada terus dibawah Markas Besar Angkatan Tentera Jerman.

Sejarah

Pemerintah keseluruhan angkatan bersenjata Jerman di Greece dan rantau Balkan, berserta dengan Itali, terletak di tangan Albert Kesselring selaku OB Süd sehingga hujung tahun 1942.
Dari 1 Januari 1943 satu jawatan baru Oberbefehlshaber Südost telah diwujudkan dan diberi kepada Alexander Löhr, iaitu panglima Tentera Darat Ke-12, yang menduduki kawasan itu. Ketumbukan dibawah pemerintahannya telah dibentuk semula sebagai Kumpulan Tentera Darat E.

Pada Ogos 1943 Kumpulan Tentera Darat F yang kedua telah ditubuhkan di rantau Balkan dibawah pemerintahan Generalfeldmarschall Maximilian von Weichs.
Disebabkan pangkat von Weichs lebih tinggi dari Alexander Löhr, beliau telah dilantik OB Südost dan Markas Kumpulan Tentera Darat E menjadi subordinat kepada Kumpulan Tentera Darat F yang baru.
Selepas hampir 2 tahun pertempuran sengit, Kumpulan Tentera Darat F telah dibubarkan pada 25 Mac 1945, dan Alexander Löhr sekali lagi mengambil alih tugas OB Südost.

Panglima

  • Generaloberst Alexander Lohr, 1 Januari 1943 – 26 Ogos 1943
  • Generalfeldmarschall Maximilian von Weichs, 26 Ogos 1943 – 25 Mac 1945
  • Generaloberst Alexander Lohr, 25 Mac 1945 – 8 Mei 1945

Lihat juga

  • OB West
  • Panglima Tertinggi
  • OB Sudwest
  • OB Süd

Sumber

  • Axis History