Obertenghi

Obertenghi
Keluarga bangsawan Marcher
keluarga indukBonifaci
NegaraEmpayar Suci Rom Kerajaan beraja Itali (HRE)
EtimologiKeturunan daripada Oberto I[1]
Tempat asalKemungkinan Pavia atau Lombardy
Diasaskan940 (940)
PengasasAdalberto si Margrave[2]
Ketua sekarangTiada; cabang utama telah pupus
Pemerintah terakhirAlbert Azzo II
Gelaran
Senarai
  • Count Genoa
    (940 – 1097)
  • Margrave Milan[2]
    (940 – 1097)
  • Count palatine Pavia[1]
    (953 – 1097)
  • Marquis of Este
    (1011 – 1097)
  • Margrave Ancona
    (1013 – 1093)
Pembubaran1097 (1097)
Cabang kadet
  • Kerabat Este
    • Kerabat Welf
  • Kerabat Malaspina
  • Kerabat Pallavicini

Obertenghi adalah sebuah keluarga bangsawan penting di Itali yang berasal dari Frank berketurunan daripada Viscount Adalbert III, Margrave Milan pertama.

Keluarga ini memegang gelaran Marquis Milan dan Genoa, Count Luni, Tortona, Genoa dan Milan dan pemangku March yang menggunakan nama keluarga ini pada kurun ke-10. "Marca Obertenga", yang mana terdiri daripada kebanyakan wilayah yang kini terletak di Itali Barat Laut dan sebahagian daripada Switzerland.

Dinasti ini merupakan leluhur kepada Kerabat Este yang berkuasa dan berprestij, selain Kerabat Welf, kerabat induk bagi dinasti Hanover.[3] Cabang kadet lain termasuk keluarga Malaspina dan Pallavicini.[4]

Asal-usul

March Ivrea, Marca Arduinica, Marca Aleramica dan Marca Obertenga, subdivisyen dalam Kerajaan beraja Lombardy diasaskan oleh Berengar II dari Itali pada kurun ke-10.

Awal tahun 951, Berengar II dari Itali selesai menyusun semula struktur feudal Itali yang dimulakan oleh pendahulu beliau Hugh. Beliau telah menamakan tiga margrave baharu menjadi tiga wilayah baharu:

  • Arduin Glaber telah diangkat daripada count kepada margrave Turin (Torino, Ivrea, Maritime Alps, Nice, Ventimiglia, Sanremo); Marca Arduinica atau ditandakan Arduinici.
  • Aleramo, Marquis Montferrat, beliau telah dijadikan sebagai margrave bagi Liguria Barat (Vercelli, Monferrato, Ceva, Acqui Terme, Oneglia, Albenga); Marca Aleramica atau ditandakan Aleramici.
  • Oberto I[5][6] margrave Milan dan count Luni (Milan dan Liguria Timur pada waktu ini terdiri daripada kaunti-kaunti Genoa, Luni, Tortona, Bobbio, Piacenza dan Parma); Marca Obertenga atau ditandakan Obertenghi.

Salasilah keluarga

Keluarga Obertenghi[7]
Adalberto si Margrave
il Margravio atau Adalberto III
(kurun ke-10 – 951?)
Tidak diketahui
Oberto I (?-975)Tidak diketahuiAmbroso
Bishop Aleria (?-988)
Oberto IIRailendaAdalberto IAdelaideAdalberto IIITidak diketahuiAnselmoGuglielmoBertaOberto Obizzo
UgoAlberto Azzo IAdeleOberto
Obizzo I
BerthaUlric Manfred IIAdalberto IVAnselmoOberto IIIAdalberto VI

Ketua keluarga

  • 940 – 951: Adalbert III, (pemangku) Margrave Milan[2]  – bangsawan Frank, anak lelaki kepada Guy, Margrave Tuscany yang terkenal.[8]
  • 951 – 975: Otbert I, Margrave Milan, Count Genoa[1]  – anak lelaki kepada Adalbert; leluhur dinasti, di mana namanya berasal.
  • 975 – 1002: Adalbert IV, Margrave Milan, Count Genoa  – anak lelaki sulung kepada Otbert I; datuk kepada Adalbert II Pelavicino, pengasas keluarga Pallavicini.[9]
  • 1002 – 1014: Otbert II, Margrave of Milan, Count of Genoa  – second-born son of Otbert I; deposed and imprisoned by Emperor Henry II due to his support for Arduin of Ivrea. Father of Obizzo I (third-born son), forefather of the Malaspina family.
  • 1014 – 1024: Hugh, Margrave Milan, Count Genoa  – anak lelaki sulung kepada Odbert II. Dilantik oleh Maharaja Henry II, jatuh selepas kematian beliau. Meninggal dunia tanpa anak.[2]
  • 1024 – 1029: Albert Azzo I, Margrave Milan, Count Genoa  – anak lelaki kedua kepada Odbert II. Marquis of Este pertama pada tahun 1011.[10]
  • 1029 – 1097: Albert Azzo II, Margrave Milan, Count Genoa  – anak lelaki kepada Albert Azzo. Pemerintah terakhir daripada cabang utama Obertenghi.[11] Digantikan oleh:
    • Dari perkahwinan beliau dengan Kunigunde dari Altdorf, Welf I, pengasas Kerabat Welf yang lebih muda.[12]
    • Dari perkahwinan beliau dengan Gersende, Countess Maine, Faulk I, masih lagi sebagai Margrave Milan dan pengasas Kerabat Este.[13]
    • Anak lelaki lain bersama dengan Gersende, Hugh V, mewarisi Kaunti Maine, meninggal dunia tanpa anak.[14]

Lihat juga

  • Kerajaan beraja Itali (Empayar Suci Rom)

Rujukan

  1. ^ a b c Provero, Luigi (2013). Treccani (penyunting). Oberto I. Dizionario Biografico degli Italiani. LXXIX.
  2. ^ a b c d Litta, Pompeo (1832). Este (d'). Famiglie celebri italiane.
  3. ^ Currò Troiano, Carmelo; Caputo, Don Salvatore. International Commission and Association of Nobility (penyunting). Memories of the House of Este in England (PDF). Dicapai pada June 5, 2019.
  4. ^ Pivano, Silvio (1935). Treccani (penyunting). Obertenghi. Enciclopedia Italiana.
  5. ^ "OBERTO I". treccani.it. treccani.it. Dicapai pada 29 June 2021.
  6. ^ "Oberténghi". treccani.it. treccani.it. Dicapai pada 29 June 2021.
  7. ^ "Oberténghi". treccani.it. treccani.it. Dicapai pada 29 June 2021.
  8. ^ Chiappini, Luciano (1967). Dall'Oglio (penyunting). Gli Estensi.
  9. ^ Formentini, Ubaldo (1960). Treccani (penyunting). Adalberto. Dizionario Biografico degli Italiani. I.
  10. ^ Chiappini (1967), p. 18.
  11. ^ Bertolini, Margherita Giuliana (1960). Treccani (penyunting). Alberto Azzo. Dizionario Biografico degli Italiani. I.
  12. ^ Monumenta Germanica Historica, Scriptores, tomus XIII, Genealogia Welforum, p. 764.
  13. ^ Orderici Vitalis, Historia Ecclesiastica, tomus unicus, pars III, liber VIII, cap. XI, col. 589.
  14. ^ Actus pontificum Cenomannis, cap. XXXII, Gesta Domini Arnaldi Episcopi, p. 377.