Oncorhynchus kawamurae

Ikan kokani hitam (Oncorhynchus kawamurae), atau kunimasu (Bahasa Jepun 国鱒; "trout negara") ialah spesies trout Pasifik terkurung daratan di Jepun yang dianggap telah pupus selama 70 tahun sebelum ditemui semula pada 2010.[1] Spesies ini pada asalnya endemik di Tasik Tazawa, Wilayah Akita, tetapi dipindahkan ke Tasik Saiko dalam usaha untuk menyelamatkannya.[1] Usaha ini hanya didapati berjaya pada tahun 2010 apabila sembilan ekor ikan ditangkap oleh sepasukan penyelidik.[1][2]

Oncorhynchus kawamurae berkaitan dengan ikan salmon sokai (Oncorhynchus nerka) dan sebelum ini telah dianggap sebagai subspesiesnya yang dinamakan O. nerka kawamurae.[3] Ikan ini berwarna zaitun gelap dengan bintik-bintik hitam di belakangnya, dan panjangnya kira-kira 30 cm.[4] Spesies ini mempunyai bentuk badan yang panjang, langsing dan rata, tetapi dia mengalami perubahan warna dan bentuk bergantung kepada jantina dan peringkat kehidupan.[1][5] Kunimasu juga mempunyai musim pembiakan yang berbeza, kurang sekum pilorus, dan lebih banyak sisir insang yang membezakannya daripada Oncorhynchus nerka.[1][5]

Spesies kunimasu pada asalnya endemik di satu lokasi, Tasik Tazawa di Wilayah Akita, Jepun.[1] Pada tahun 1935, telur mata (peringkat telur yang disenyawakan) spesies ikan ini dipindahkan ke beberapa tasik lain di Jepun, termasuk Tasik Saiko, Wilayah Yamanashi, oleh percubaan pemindahan yang dianggap tidak berjaya.[1] Pada tahun 1940, air dimasukkan ke dalam Tasik Tazawa dari Sungai Tama untuk meningkatkan penjanaan kuasa hidroelektrik dari empangan tempatan.[1] Air ini adalah sangat berasid dan membunuh seluruh kunimasu,[1] kerana ikan ini sangat sensitif terhadap perubahan pH.[2] Spesies ikan kunimasu dianggap pupus untuk 70 tahun,[1] tetapi pada tahun 2010, sembilan spesimennya ditemui oleh sekumpulan penyelidik di Tasik Saiko, yang diandaikan sebagai keturunan telur yang dipindahkan pada tahun 1930-an.[1]

preserved specimen
Satu spesimen yang diawet

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i j k Nakabo, Tetsuji; Nakayama, Kouji; Muto, Nozomu; Miyazawa, Masayuki (April 2011). "Oncorhynchus kawamurae "Kunimasu," a deepwater trout, discovered in Lake Saiko, 70 years after extinction in the original habitat, Lake Tazawa, Japan". Ichthyological Research (dalam bahasa Inggeris). 58 (2): 180–183. doi:10.1007/s10228-011-0204-8. ISSN 1341-8998. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Ryall, Julian (4 February 2011). ""Extinct" Salmon Discovered in Japanese Lake". National Geographic. Diarkibkan daripada yang asal pada February 4, 2011. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "NG" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Nakayama, Kouji; Muto, Nozomu; Nakabo, Tetsuji (July 2013). "Mitochondrial DNA sequence divergence between "Kunimasu" Oncorhynchus kawamurae and "Himemasu" O. nerka in Lake Saiko, Yamanashi Prefecture, Japan, and their identification using multiplex haplotype-specific PCR". Ichthyological Research (dalam bahasa Inggeris). 60 (3): 277–281. doi:10.1007/s10228-013-0346-y. ISSN 1341-8998. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  4. ^ Associated Press (15 December 2010). "Japanese salmon species thought extinct found". NBC (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ a b Nakabo, Tetsuji; Tohkairin, Akira; Muto, Nozomu; Watanabe, Yasushi; Miura, Yasuaki; Miura, Hisashi; Aoyagi, Toshihiro; Kaji, Nana; Nakayama, Kouji (2014-04-01). "Growth-related morphology of "Kunimasu" (Oncorhynchus kawamurae: family Salmonidae) from Lake Saiko, Yamanashi Prefecture, Japan". Ichthyological Research (dalam bahasa Inggeris). 61 (2): 115–130. doi:10.1007/s10228-013-0382-7. ISSN 1616-3915.