Piagam Persekutuan 1291

Piagam Persekutuan 1291
Tajuk asal
  • (dalam bahasa Jerman) Bundesbrief
  • (dalam bahasa Perancis) Pacte fédéral
  • (dalam bahasa Itali) Patto federale
JenisPerlembagaan, charter Sunting ini di Wikidata
Dibuat1 Ogos 1291 Sunting ini di Wikidata
Berkuat kuasaAwal Ogos 1291 (1291-08)
LokasiMuseum of the Swiss Charters of Confederation (building) Sunting ini di Wikidata
NegaraSwitzerland Sunting ini di Wikidata
TujuanKesatuan tiga kanton di kawasan yang kini dikenali sebagai Switzerland pusat.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Piagam Persekutuan atau Surat Perikatan (Jerman: Bundesbrief) ialah salah satu dokumen perlembagaan Switzerland yang terawal. Sebuah perjanjian perikatan dari 1291 antara kanton Uri, Schwyz dan Unterwalden, Piagam ini adalah salah satu daripada siri pakatan yang darinya Konfederasi Swiss Tua muncul. Pada abad ke-19 dan ke-20, selepas penubuhan negara persekutuan Switzerland, Piagam menjadi dokumen pengasas utama Switzerland dalam imaginasi popular.

Piagam itu mendokumenkan Perikatan Abadi Liga Tiga Kanton Hutan (Jerman: Ewiger Bund der Drei Waldstätten), penyatuan tiga kanton di kawasan tengah Switzerland. Ia bertarikh pada awal Ogos 1291, yang pada abad ke-20 mengilhamkan tarikh Hari Kebangsaan Switzerland, 1 Ogos. Dibuat dalam bahasa Latin, Piagam merujuk kepada pakatan sebelumnya (hilang atau tidak bertulis). Ia kini dipamerkan di Muzium Piagam Konfederasi Switzerland di Schwyz.[1]

Rujukan

  1. ^ Visitor Information to the Bundesbriefmuseum Diarkibkan 18 Mei 2013 di Wayback Machine