Pilihan raya kecil Sungai Kandis 2018
| |||||||||||||||||
Kerusi Sunagi Kandis di Dewan Undangan Negeri Selangor. Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak. | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||
Peta DUN Sungai Kandis dan peta parliemen Kota Raja. | |||||||||||||||||
|
Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis 2018 merupakan pilihan raya kecil yang pertama selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai 2018[1]. Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 4 Ogos 2018.
Penamaan Calon
Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PH-PKR, BN-UMNO dan calon Bebas. PH-PKR mencalonkan Mohd Zawawi Ahmad Mughni. BN-UMNO telah mempertaruhkan Lokman Noor Adam. Seorang calon bebas K Murthy turut mencalonkan diri.
Keputusan Pilihan Raya
Berikut merupakan keputusan rasmi[2]
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
PH-PKR | Mohd Zawawi Ahmad Mughni | 15,427 | Menang |
BN-UMNO | Lokman Noor Adam | 9,585 | Kalah |
Bebas | K Murthy | 97 | Hilang Deposit |