Poecilia

Poecilia
Male sailfin molly (P. latipinna)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Cyprinodontiformes
Keluarga: Poeciliidae
Subkeluarga: Poeciliinae
Tribus: Poeciliini
Genus: Poecilia
Bloch & J. G. Schneider, 1801
Spesies jenis
Poecilia vivipara
Bloch & J. G. Schneider, 1801
Species

See text.

Sinonim[1]
  • Acanthophacelus Eigenmann, 1907
  • Allopoecilia Hubbs, 1924
  • Lebistes De Filippi, 1861
  • Lembesseia Fowler, 1949
  • Mollienesia Lesueur, 1821
  • Neopoecilia Hubbs, 1924
  • Pamphoria Regan, 1913
  • Parapoecilia Hubbs, 1924

Poecilia ialah genus ikan dalam keluarga Poeciliidae dari order Cyprinodontiformes, yang berasal benua Amerika. [2]

Spesies dalam Poecilia biasanya dipanggil ikan molly (cth. P. sphenops) atau ikan gupi (cth P. reticulata) bergantung pada bentuk badan.

Sesetengah spesies yang meluas sering dipelihara sebagai ikan akuarium, manakala yang lain mempunyai julat yang sangat kecil dan tengah terancam. [3]

Ciri-Ciri

Penyesuaian Air

Ikan ini berasal dari air tawar, air payau dan air masin, dan beberapa spesies dalam genus boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai tahap kemasinan. Beberapa spesies telah menyesuaikan diri untuk hidup di perairan yang mengandungi tahap hidrogen sulfida yang tinggi.[3] Di samping itu, ada kumpulan P. mexicana yang tinggal di dalam gua gelap gelita, manakala kumpulan lain hidup di permukaan.[4]

Pembiakan

Membezakan ikan jantan dan betina adalah mudah kerana yang jantan mempunyai gonopodium—sirip dubur yang digunakan untuk menyiram betina. Umumnya ikan ini matang dengan cepat dan mudah membiak; yang betina melahirkan sepuluh atau lebih anak setiap bulan. [5] Sesetengah ikan Poeciliidae bersifat kanibal dan memakan mana-mana anak ikan yang tidak dapat melarikan diri, terutamanya dalam persekitaran akuarium yang sempit.

Spesies

Pada tahun 2013, terdapat 41 spesies yang telah diterangkan[6]. Contohnya:

  • Poecilia butleri D. S. Jordan, 1889 (Ikan molly Pasifik)
  • Poecilia chica R. R. Miller, 1975 (Ikan molly kerdil)
  • Poecilia formosa (Girard, 1859) (Ikan molly Amazon)
  • Poecilia latipinna (Lesueur, 1821) (Ikan molly sirip layar)
  • Poecilia latipunctata Meek, 1904 (Ikan molly bintik besar)
  • Poecilia mexicana Steindachner, 1863 (Ikan molly sirip pendek atau ikan molly gua)
  • Poecilia picta (Regan, 1913) (Ikan gupi paya)
  • Poecilia reticulata W. K. H. Peters, 1859 (Ikan gupi biasa)
  • Poecilia sphenops Valenciennes, 1846 (Ikan molly biasa)
  • Poecilia velifera (Regan, 1914) (Ikan molly Yucatán)
  • Poecilia wingei Poeser, Kempkes & Isbrücker, 2005 (Ikan gupi Endler atau ikan pelahir hidup Endler)[7]

Rujukan

  1. ^ Bailly, Nicolas (2014). "Poecilia Bloch & Schneider, 1801". World Register of Marine Species. Dicapai pada 19 July 2023.
  2. ^ "Poecilia". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada June 8, 2006.
  3. ^ a b Palacios, Arias-Rodriguez, Plath, Eifert, Lerp, Lamboj, Voelker, & Tobler (2013).
  4. ^ Plath; Heubel; García de León; & Schlupp (2005).
  5. ^ "Reproductive biology of Poecilia sphenops Valenciennes, 1846 (Cyprinidontiformes: Poeciliidae) at the Emiliano Zapata Reservoir in Morelos, Mexico". Neotropical Ichthyology. 14. 2016 – melalui SciELO Brazil.
  6. ^ Poeser, F.N. (2013): Apropos Guppys...
  7. ^ Fred N. Poeser; Michael Kempkes; Isaac J. H. Isbrücker (2005). "Description of Poecilia (Acanthophacelus) wingei n. sp. from the Paria Peninsula, Venezuela, including notes on Acanthophacelus Eigenmann, 1907 and other subgenera of Poecilia Bloch and Schneider, 1801 (Teleostei, Cyprinodontiformes, Poecilidae)" (PDF). Contributions to Zoology. 74 (1–2): 97–115. doi:10.1163/18759866-0740102007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-10-20.

Pautan luar