Robia Kosai

Dr. Robia Kosai (1949 - 24 Mei 2014) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Johor, mantan ADUN Sungai Balang selama dua penggal (2004-2013) dan mantan Ahli Parlimen Muar selama sepenggal (1999-2004).

Dr.

Robia Kosai
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Dalam jawatan
2008–2013
Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
untuk Sungai Balang
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului oleh Md Salikon Sarpin
Digantikan oleh Zaiton Ismail
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Muar
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Abdul Aziz Yassin
Digantikan oleh Razali Ibrahim
Butiran peribadi
Lahir1949
Meninggal dunia24 Mei 2014
(65 tahun)
Hospital Tawakal, Kuala Lumpur
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Kampung Parit Subari, Muar
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
IbuZaharah Abdul Majid
BapaKosai Salleh
PekerjaanAhli politik

Keluarga

Bapanya Dato' Haji Kosai Salleh pernah bertanding dalam Pilihan raya 1959 di DUN Parit Bakar. Haji Kosai meninggal dunia pada 1968. Bapanya seangkatan dengan pejuang kemerdekaan dan menentang Malayan Union tajaan British di Johor. Antara rakan seangkatan Hj Kosai ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Awang Hassan, Datuk Abdul Rahman Mohd Yassin, Datuk Suleiman Abdul Rahman, bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Hassan Yunus. Mereka kemudian disertai oleh Datuk Onn Jaafar, Tun Saadon Jubir, Tun Syed Nasir Syed Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah.

Ibunya Datin Zaharah Abdul Majid, memenangi Pilihanraya Umum 1969 bagi kerusi negeri Parit Jawa, kerusi Seri Menanti (kini Sungai Balang) 1974 dan kerusi Semerah pada 1979. Datin Zaharah pula meninggal dunia pada 1982.

Adik beradik Robia seramai 9 orang. Antaranya ialah Mansor Kosai (pemilik ladang) ; Fuad Kosai (MAS), Dr Rehah Kosai (Doktor swasta di Kota Baru), Kamariah Kosai (surirumah), Najad Kosai (Personnel Manager MIDF), Datin Kalthom Kosai (berkahwin dengan Pengerusi UDA Datuk Zihin Hasan), Prof Dr Wahab Kosai (UKM), Yahya Kosai (Pegawai Tentera).

Kerjaya politik

Dr Robiah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan menjadi Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat & Kesihatan di bawah Menteri Besar Johor Dato' Haji Abdul Ghani Othman.

Meninggal dunia

Pada 24 Mei 2014, beliau meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur di usia 65 tahun. Jenazah dibawa ke Kampung Parit Bali, Parit Jawa, Sungai Balang, Muar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Subari, Parit Yusof, Sungai Balang .[1]

Rujukan

  1. ^ "Elak mati mengejut - Dr. Robia". Utusan Malaysia. 1 Oktober 2010.