Sambal tumis

Sambal tumis
JenisSambal Sunting ini di Wikidata
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauJohor
Dicipta olehMelayu Malaysia
Bahan utamaCilikering
Bahan yang biasa digunakanbawang putih, bawang merah, ikan bilis, cilikering, garam, gula
Keragaman/variasiSambal belacan, Sambal bilis, Sambal sotong
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sambal tumis (سمبل توميس) ialah hidangan sampingan berasaskan cili kering yang ditumis sehingga pecah minyak, ia dipercayai berasal daripada Johor ketika era Kesultanan Melaka dan makanan harian rakyat Malaysia.

Sambal tumis juga ia digunakan sebagai sambal Nasi Lemak ,juga boleh di naik taraf menjadi Sambal bilis.

Ramuan

  • Ramuan utama : bawang merah, bawang putih, cili kering, ikan bilis, garam dan gula

Sambal tumis wajib letak sedikit ikan bilis kerana beri rasa yang seimbang iaitu rasa umami.

  • Cara : Jika mahu sambal tumis berwarna merah terang hanya pecah minyak sebanyak dua kali, Jika mahu sambal tumis berwarna sederhana terang dan gelap perlu pecah minyak tiga atau empat kali, Jika mahu sambal tumis berwarna merah gelap harus pecah minyak sebanyak lima hingga tujuh kali.

Budaya

Budaya di Johor lebih lagi di daerah Muar, biasanya Sambal tumis boleh dimakan bersama Jemput-jemput, Ubi kayu rebus, Lempeng, Mi siput, Nasi goreng, Mi goreng, Mihun goreng atau juga Nasi lemak.

Variasi

Sambal tumis juga sudah banyak variasi antaranya ialah:

  • Sambal bilis :ianya sama seperti Sambal tumis cumanya lebih banyak penggunaan ikan bilis basah atau ikan bilis goreng.
  • Sambal ikan : penggunaan bahan yang sama, tetapi tidak memakai ikan bilis , boleh juga tambah serai dan digaulkan bersama ikan goreng.
  • Sambal udang : penggunaan bahan yang sama tidak memakai ikan bilis, rasa daripada udang.
  • Sambal sotong : penggunaan bahan yang sama tidak meakai ikan bilis, rasa daripada sotong.
  • Sambal kerang atau Sambal kupang : penggunaan bahan yang sama tidak memakai ikan bilis sebaliknya kerang atau kupang.
  • Sambal petai : bahan yang sama boleh pakai ikan bilis atau tidak dan tambah petai.
  • Sambal paru : bahan yang sama boleh pakai ikan bilis, serai ataupun tidak dan tambah paru lembu goreng.
  • Sambal telur : bahan yang sama dan memakai telur ayam.
  • Sambal telur puyuh : bahan yang sama dan memakai telur puyuh .