Sarah Adiba Yussof

Sarah Adiba Yussof
Kelahiran
Sarah Adiba binti Mohammed Yussof

(1990-10-04) 4 Oktober 1990 (umur 33)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Penggerudian)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Petronas (UTP)
PekerjaanPengacara, wartawan
Tahun aktif2016–kini
MajikanTV3 (Media Prima Berhad)

Sarah Adiba Mohammed Yussof (lahir 4 Oktober 1990) merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Beliau ialah bekas peserta rancangan Clever Girl Malaysia di TV3.[1]

Kerjaya

Sarah Adiba memulakan kerjaya awal sebagai Jurutera Operasi dan pernah bekerja sebagai guru tuisyen.[2] Pada tahun 2016, beliau dipilih salah seorang dari 14 peserta Clever Girl Malaysia musim pertama yang bersiaran di TV3. Selepas tamat Clever Girl, beliau menjadi pengacara dokumentari jenayah 999 di studio dan lapangan.[1] Selepas menamatkan khidmat sebagai pengacara 999, beliau menjadi salah seorang dari 8 pengacara bersama rancangan bual bicara TV3, Borak Kopitiam, yang disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad bermula dari 8:00 hingga 9:30 pagi.[1][3]

Filemografi

Televisyen

  • Clever Girl Malaysia (2016) - Dirinya sendiri/peserta
  • 999 (2017-2018) - Dirinya sendiri/pengacara
  • Wanita Hari Ini (2017) - Dirinya sendiri/wartawan
  • Borak Kopitiam (2018-2020) - Dirinya sendiri/pengacara
  • Alert (2018) - Dirinya sendiri/pengacara

Rujukan

  1. ^ a b c Dennis Chua (13 Mac 2018). "Borak Kopitiam, a godsend for Sarah". New Straits Times. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Sarah Adiba
  3. ^ Ardini Sophia Sina (14 Mac 2018). "Sarah tak menyesal". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mac 2018.

Pautan luar