Satukan Rasa
- Drama
- Keluarga
- Cinta
- Muzik
- Siti Nordiana
- Khai Bahar
- Nine
- Yusuf Bahrin
- Isyariana Che Azmi
- Raja Azmi
Datin Runika Mohd Yusof
Satukan Rasa ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2019 arahan Hadith Omar. Dibintangi oleh Siti Nordiana, dan Khai Bahar. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 4 November 2019 menggantikan Demi Rindumu[1]
Sinopsis
Kisah Indah Suhaila, seorang balu sedang selesa menjalani hidupnya sebagai pekerja servis party. Indah pernah menjadi seorang penyanyi terkenal dahulukala terpaksa masuk semula dalam industri musik tanah air apabila dia ditugaskan untuk membantu Jai, seorang penyanyi viral yang mempunyai masalah rasa gemuruh. Segalanya bermula apabila Ben menawarkan Indah untuk menjadi pengurus artis dan menjadi guru vokal untuk Jai bagi menghadapi masalah gemuruhnya itu. Pada mulanya Indah menolak tawaran tersebut namun demi menambahkan pendapatan dan melariskan perniagaan kedai mereka akhirnya Indah mengalah dan mula menerima tawaran tersebut. Pertengkaran sering terjadi diantara Indah dan Jai akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta diantara mereka.
Namun begitu, perhubungan tersebut mendapat tentangan Pak Bakri, iaitu ayah kepada Jai. Pak Bakri sebenarnya berasa tidak begitu menyenangi keputusan Jai untuk berhenti belajar demi menjadi seorang penyanyi. Berkat bantuan dan pujukan abang kandung Jai iaitu Shah, Pak Bakri akhirnya mengalah dan merestui keputusan Jai tersebut. Hubungan Indah dan Jai menjadi rumit apabila bos mereka, Ben juga dalam diam menyimpan perasaan terhadap Indah. Maka terjadilah konflik cinta tiga segi diantara mereka.
Pelakon
Watak utama
- Siti Nordiana sebagai Indah Suhaila
- Khai Bahar sebagai Jai Bakri
Watak sokongan
- Nine sebagai Ben
- Shasha Abedul sebagai Dede
- Yusuf Bahrin sebagai Shah Bakri
- Isyariana Che Azmi sebagai Ayu Saerah
- Che'Kem sebagai Pak Bakri
- Nina Juren sebagai Datin Amelia
- Nadya Syahera sebagai Yatt
- Ainin Batrisya sebagai Aira
- Raja Azmi sebagai Kalthom
Penampilan khas
- Naqiu Boboy sebagai Suami Indah (kemunculan kameo)
Rujukan
- ^ Drama Satukan Rasa. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021