Sekolah Kebangsaan Cator Avenue

Sekolah Kebangsaan Cator Avenue
Lokasi
 Malaysia Lebuh Cator, 30450, Ipoh,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6052545387
Kod sekolahABB2076
Faks6052432630


Sekolah Kebangsaan Cator Avenue atau nama ringkasnya SK Cator Avenue, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Lebuh Cator.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Cator Avenue memiliki 782 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 782 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009

Sejarah

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1949 atas nama Anderson Primary School di tanah berkeluasan 13.5 ekar, dengan bangunan kayu merangkumi sepuluh bilik darjah [1]. Pada tahun 1962, sebuah blok konkrit dua tingkat dengan lapan bilik darjah pula telah dibina. 
Di tahun 1963, sekolah ini telah mempunyai identitinya yang tersendiri apabila nama sekolah ini telah didaftarkan dan diberi nama Cator Avenue Primary School bersempena nama jalan di mana sekolah ini dibina dan nama salah seorang tenaga penggeraknya iaitu Cik Elizabeth Cator. Bahasa pengantar awalnya ialah Bahasa Inggeris sebelum berstatus sekolah kerajaan dengan gelaran Sekolah Rendah Kebangsaan Cator Avenue [2].

Alamat

Sekolah Kebangsaan Cator Avenue
Lebuh Cator
30450, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052545387
Fax = 6052432630

Pautan luar

  • 1. https://michael001.tripod.com/bgcai.htm
  • 2. https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/cator-avenue/profil-sekolah/sejarah-sekolah