Semarak suria

Semarak suria dengan imej Musytari dan Bumi untuk perbandingan saiz.

Semarak suria, semarak matahari atau prominen ialah ciri cerah bergas yang besar mengunjur keluar dari permukaan matahari, sering dalam bentuk gelung. Semarak suria berakar di permukaan Matahari iaitu di fotosfera, dan mengunjur ke arah luar ke dalam korona Matahari. Sementara korona terdiri daripada gas terion terlampau panas, dikenali sebagai plasma, yang tidak mengeluarkan banyak cahaya tampak, semarak mengandungi plasma lebih sejuk, sama komposisi dengan yang ada pada kromosfera. Plasma semarak biasanya seratus kali lebih sejuk dan lebih padat daripada plasma korona.

Semarak suria terbentuk pada skala masa kira-kira satu hari, dan mungkin berterusan dalam korona untuk beberapa minggu atau bulan, menggelung beratus-ratus ribu batu ke angkasa. Sesetengah semarak akan pecah dan kemudian boleh membawa kepada pancutan jisim korona. Ahli-ahli sains sedang menyelidik bagaimana dan mengapa prominens terbentuk.

Bahan merah bergelung yang bercahaya ialah plasma, gas panas terdiri daripada hidrogen dan helium bercas elektrik. Plasma semarak suria mengalir di sepanjang struktur medan magnet yang kusut dan berpintal yang dihasilkan oleh dinamo dalaman matahari. Letusan semarak berlaku apabila struktur itu menjadi tidak simbang dan pecah keluar lantas membebaskan plasma.

Semarak suria biasa menjangkau lebih beribu-ribu kilometer; yang terbesar dalam rekod dianggarkan lebih 800,000 kilometer (500,000 bt) panjang[1] – lebih kurang jejari Matahari.

Sejarah

Penerangan terperinci pertama tentang semarak suria adalah pada abad ke-14 dalam Laurentian Codex, menerangkan gerhana matahari 1 Mei 1185. Mereka dikenali sebagai "lidah seperti api daripada bara sebenar."[2][3]

Prominen dan filamen

Apabila prominen atau semarak suria dilihat dari perspektif yang berbeza supaya ia berlatar belakangkan matahari dan bukannya terhadap angkasa, ia kelihatan lebih gelap daripada latar belakang sekitarnya. Pembentukan ini sebaliknya dipanggil filamen suria.[1] Adalah mungkin bagi satu-satu unjuran itu adalah kedua-dua filamen dan prominen. Sesetengah prominen adalah begitu kuat sehingga membuang jirim dari Matahari ke angkasa lepas pada kelajuan dari 600 km/s kepada lebih dari 1000 km/s. Prominen lain membentuk gelung gas bercahaya besar atau tiang melengkung atas tompok matahari yang boleh mencapai ketinggian beratus-ratus ribu kilometer. Prominen boleh bertahan selama beberapa hari atau beberapa bulan.[4]

Video

Klip video semarak suria.
Kejadian gerhana diikuti oleh semarak suria gelap yang luar biasa besar.
Pada 23 September 2012 matahari yang memancarkan letupan besar plasma dalam bentuk semarak suria.
Pada 16 September 2012, matahari mempunyai semarak yang indah yang perlahan-lahan berpusing dan hilang selama beberapa jam.
Pada hari terakhir tahun 2012, matahari membentangkan semarak yang berpusing indah meningkat tinggi ke korona selama 3 jam.


Imej

  • Semarak suria.
    Semarak suria.
  • Semarak suria terputus.
    Semarak suria terputus.
  • Sembir suar dan semarak selepas suar.
    Sembir suar dan semarak selepas suar.
  • Semarak letusan utama (Skylab 1973).
    Semarak letusan utama (Skylab 1973).
  • Semarak suria STEREO di belakang.
    Semarak suria STEREO di belakang.
  • Semarak suria STEREO di hadapan.
    Semarak suria STEREO di hadapan.
  • Prominen suria (merah) yang boleh dilihat di tepi matahari semasa gerhana matahari
    Prominen suria (merah) yang boleh dilihat di tepi matahari semasa gerhana matahari

Lihat juga

  • Pancutan jisim korona
  • Suar suria
  • Korona

Rujukan

  1. ^ a b Atkinson, Nancy (6 August 2012). "Huge Solar Filament Stretches Across the Sun". Universe Today. Dicapai pada 11 August 2012.
  2. ^ "1185: The first description of solar prominences". Great Moments in the History of Solar Physics. Université de Montréal. 2008. Dicapai pada March 30, 2015. See pdf version here (accessed 21 August 2015).
  3. ^ Poitevin, Patrick; Edmonds, Joanne (2003). "Solar Eclipse Newsletter" (PDF). 8 (5). Patrick Poitevin. Dicapai pada March 30, 2015. Cite journal requires |journal= (bantuan) Original text cited at "Лаврентьевская летопись". Izbornik. Leningrad: USSR Academy of Sciences. 1927. m/s. 396. Dicapai pada 30 March 2015.
  4. ^ "About Filaments and Prominences". solar.physics.montana.edu. Dicapai pada 2 January 2010.

Bacaan lanjut

  • Galsgaard, K.; Longbottom, A.W. (1999). "Formation of solar prominences by flux convergence". Astrophysical Journal. 510: 444. Bibcode:1999ApJ...510..444G. doi:10.1086/306559.
  • Low, B.C.; Fong, B.; Fan, Y. (2003). "The mass of a solar quiescent prominence". Astrophysical Journal. 594 (2): 1060. Bibcode:2003ApJ...594.1060L. doi:10.1086/377042.
  • Golub, L.; Pasachoff J.M. (1997). The Solar Corona. Cambridge University Press. ISBN 0-521-48535-5.
  • Tandberg-Hanssen, Einar (1995). The Nature of Solar Prominences. Dordrecht: Kluwer Acad. ISBN 978-0792333746.
  • l
  • b
  • s
Matahari
Struktur
Teras · Zon sinaran · Zon perolakan
Gambar Matahari pada 7 Jun 1992 (NASA)
Atmosfera
Fotosfera · Kromosfera · Kawasan peralihan · Korona
Struktur
Heliosfera (Kepingan arus · Kejutan penamatan)  · Selaput helios  · Heliopaus  · Kejutan busur
Fenomena Matahari
Lubang korona  · Gelung korona  · Lentingan jisim korona  · Gerhana  · Fakula  · Suar  · Granul  · Gelombang Moreton  · Semarak  · Sinaran (variasi)  · Spikul  · Tompok  · Supergranulan  · Angin
Topik berkaitan
Sistem Suria · Dinamo suria