Shin Ramyun
Shin Ramyun | |
---|---|
Satu mangkuk merah Shin Ramyun dengan hiasan termasuk daging sapi, cendawan shitake, lada merah, dan daun bawang | |
Nama Korea | |
Hangul | 신라면code: ko is deprecated |
Hanja | 辛拉麵code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | Sinramyeon |
McCune–Reischauer | Sinramyŏn |
Shin Ramyun/Ramyeon ialah jenama mi segera (termasuk ramyeon cawan) yang dihasilkan oleh syarikat makanan Korea Selatan Nongshim sejak Oktober 1986. Kini dieksport ke lebih dari 100 negara, dan merupakan jenama mi segera paling laris di Korea Selatan.
Shin Ramyun terkenal dengan rasa pedasnya. Ia dihasilkan dalam dua jenis: Shin Ramyun,[1] yang asli, dan Shin Ramyun Black,[2] yang diperkenalkan pada tahun 2011. Satu pakej standard Shin Ramyun terdiri daripada mi, satu paket serbuk perisa (asas sup), dan sachet sayuran serpihan. Shin Ramyun Black mengandungi sup stok daging lembu tambahan, yang memberi sup rasa yang lebih sengit.
Rujukan
Pautan luar
- The official website of Nongshim
- Shin Ramyun, Ramen of Choice in North Korea