Sitora Harimau Jadian

Sitora Harimau Jadian
PengarahP. Ramlee
PenulisP. Ramlee
Lakon layarP. Ramlee
Cerita olehP. Ramlee
Dibintangi
  • P. Ramlee
  • Mahmud Jun
  • Rosmawati
  • Ali Rahman
  • Minah Hashim
  • Fazliyaton
  • Idris Hashim
Disunting olehJohari Ibrahim
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Merdeka Film Productions
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
November 1964 (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sitora Harimau Jadian ialah sebuah filem genre drama dan seram Malaysia yang ditayangkan pada November 1964 dengan arahan P. Ramlee. Filem ini ditayangkan lakonan oleh beliau sendiri sebagai Dr. Affendi, Mahmud Jun sebagai Sitora, Rosmawati sebagai Naemah, Ali Rahman sebagai Tuan OCPD dan turut serta Minah Hashim dan Fazliyaton.

Filem ini merupakan filem arahan P. Ramlee terawal di bawah Merdeka Film Productions di Kuala Lumpur setelah berhijrah dari Malay Film Productions di Singapura. Filem ini telah dikategorikan sebagai filem yang hilang atau musnah, dikhabarkan berpunca kerana banjir serta mungkin juga keadaan bilik simpanan yang tidak baik.

Barisan pelakon

  • P. Ramlee sebagai Dr. Affendi
  • Mahmud Jun sebagai Sitora
  • Rosmawati sebagai Naemah
  • Ali Rahman sebagai Tuan OCPD
  • Minah Hashim sebagai Tok Bomoh
  • Fazliyaton
  • Idris Hashim sebagai Pendekar Amin
  • Nyak Osman
  • Sanidy Ismail sebagai Rahman

Penerbitan

Filem ini pada awalnya terbit insiprasi ketika P. Ramlee dan rakannya, Ramli Kecil, berjalan-jalan berdekatan Zoo Negara yang hampir dengan studio Merdeka Film Productions sesudah beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, di mana P. Ramlee kemudiannya berjenaka tentang bayangan jikalau harimau yang dijaga di Zoo Negara terlepas lalu membaham mereka. Nama sang harimau, "Sitora", terbit daripada perkataan tora, perkataan Jepun bagi harimau.[1]

Ulasan kritis

Ketika filem ini ditayangkan, ia dikritik oleh wartawan kerana konsep filem ini dianggap terlalu awal di Malaysia ketika dahulu. Filem ini dikatakan adalah gabungan drama Melayu dan konsep filem seram komedi Werewolf of London.[perlu rujukan] Selain itu, filem tersebut juga diktritik oleh para wartawan kerana dikatakan tidak setanding dengan filem-filemnya di Singapura, terutamanya tanpa rakan sekerja kuat P. Ramlee untuk membantunya.[1]

Rujukan

  1. ^ a b Razali, Hidir Ali (2024). "Berhijrah ke Kuala Lumpur". P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur. m/s. 120–124. ISBN 9789672437871.

Pautan luar

  • Si Tora Harimau Jadian / 1964 - Filem Malaysia
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
1940-an
1950-an
1960-an
1970-an