Sylvia Lim
Yang Berhormat Sylvia Lim Swee Lian AP | |
---|---|
Di sebuah rapat umum di Stadium Bedok pada 30 April 2011 | |
Pengerusi Parti Pekerja Singapura | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 2003 | |
Didahului oleh | Tan Bin Seng |
Anggota Parlimen untuk Aljunied GRC | |
Penjawat kini | |
Memegang jawatan 7 Mei 2011 | |
Didahului oleh | Lim Hwee Hua |
Majoriti | 12,460 (9.42%) |
Anggota Parlimen untuk Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi | |
Dalam jawatan 6 Mei 2006 – 7 Mei 2015 | |
Didahului oleh | Steve Chia |
Digantikan oleh | Lina Chiam Yee Jenn Jong Gerald Giam |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1965-03-28) 28 Mac 1965 (umur 59) Singapura |
Parti politik | Parti Pekerja |
Alma mater | Universiti Nasional Singapura University College London |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Profesion | Peguam, pensyarah undang-undang Politeknik Temasek |
Sylvia Lim Swee Lian (lahir 28 Mac 1965) merupakan Pengerusi Parti Pekerja Singapura (WP). Beliau bertanding buat kali pertama dalam pilihan raya umum Singapura 2006 di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Aljunied, dan mengetuai kumpulan yang dianggotai lima calon WP yang telah berdepan dengan kumpulan Parti Tindakan Rakyat pimipinan Menteri Hal Ehwal Luar Negara, George Yeo.[1][2]
Latar belakang
Sylvia Lim ialah seorang pensyarah di Politeknik Temasek sejak tahun 1998 dan juga pengurus Lanjutan Pelajaran & Latihan di Sekolah Perniagaan Politeknik itu. Sylvia merupakan pakar dalam bidang prosedur sivil dan kriminal, pengadilan kriminal dan keselamatan swasta Dia juga telah bantu menghasilkan jilid yang bertajuk Criminal Procedure for Halsbury’s Laws of Singapore (2003), satu siri rujukan mengenai undang-undang.
Sylvia memiliki ijazah pertama dalam jurusan undang-undang (Kepujian) dari Universiti Nasional Singapura dan Sarjana Undang-undang pada tahun 1989 dari Universiti London setelah berjaya menamati pendidikan pra-universitinya di Maktab Rendah Kebangsaan (National Junior College atau NJC). Dia dipanggil untuk berkhidmat sebagai seorang peguam di Singapura pada 1991. Semasa menjadi siswazah di peringkat ijazah dan pos-ijazah, dia giat dalam kerja sukarela dengan pertubuhan-pertubuhan Spastic Children's Association, Salvation Army Home for the Aged dan University College Hospital (London). Dia juga bekerja secara sukarela dengan pertubuhan Criminal Legal Aid Scheme of the Law Society sebagai seorang penyunting.
Pada tahun 1991, Sylvia menganggotai Pasukan Polis Singapura sebagai seorang Inspektor Polis dan berkhidmat selama 3 tahun. Dia giat dalam kerja penyelidikan di Central Police Division HQ dan kemudiannya menjadi Pegawai Staf kepada Direktor bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (CID).
Pada 1994 dia kembali menjadi peguam di sektor swasta dengan syarikat peguaman M/s Lim & Lim. Dari 1994 hingga 1998, beliau aktif dalam kedua tindakan undang-undang sivil dan jenayah serta menangani pelbagai kes di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah dan Mahkamah Juvena.
Pada Mac 2006, Politeknik Temasek mengubah polisinya supaya Sylvia tidak perlu meletak jawatan sebagai seorang pensyarah sebelum dia dapat bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Falsafah
Dengan parti PAP yang menguasai 75% undi dari pilihanraya umum yang lalu, Sylvia prihatin bahawa nasib parti-parti alternatif di Singapura akan tergantung, melainkan orang-orang yang boleh di percayai tampil kehadapan. Parti-parti alternatif mempunyai peranan untuk meneliti dasar pemerintah secara konstruktif dan meminta justifikasi atas sebarang undang-undang yang akan menjejas rakyat.
Rujukan
Pautan luar
- Sylvia Lim's CV at the Singapore Parliament website